Beli Rosie's Studio Diecut Shapes Pack di Mr. DIY

Isnin, Oktober 18, 2021

Assalamualaikum.

Minggu lalu sewaktu keluar melunaskan urusan, saya sempat singgah ke Mr. DIY. Lama benar tak jalan-jalan keliling kedai tengok barang-barang. Seperti biasa, bahagian alat tulis dan kraf yang saya tuju dahulu.

Jumpa dua pek die cut shapes Rosie's Studio ini. Teruja saya. Pek hiasan Vacay dan Clover Lane. 

Pek hiasan sebegini sangat sesuai digunakan untuk hias jurnal, planner dan scrapbook. Malah untuk aktiviti card making pun boleh sebab hiasannya cantik-cantik belaka.

Sebenarnya, sudah lama saya tak beli sebarang pek hiasan keluaran Rosie's Studio. Dahulu memang kerap beli. Selain daripada banyak pilihan, harganya juga murah. Setiap siri/set yang keluar lengkap dengan paper pack, clear stamps, washi tapes, pelekat hiasan, pelekat tulisan dan hiasan-hiasan lain yang miliki tema sama.

Cuma beberapa tahun belakangan ini, susah nak jumpa sebab dah licin dibeli orang ramai. Saya perasan harganya juga bertambah mahal. Dah nak sama dengan produk hiasan kraf yang dijual di kedai peralatan kraf. Kurang berbaloi di situ.

Kali ini, saya rasa dua pek tersebut agak berbaloi. Alang-alang dah jumpa dan saya pun rindu nak beli barang kraf, lama jugalah saya berdiri di hadapan rak jualan memilih pek yang saya rasa paling cantik, paling sempurna dan tiada cela. Dah puas hati baru masuk bakul.


Pilih punya pilih ...

Masalahnya, pilih punya pilih punya pilih ... dah balik rumah masa belek semula pembelian, saya perasan sesuatu.


Aduhai, salah satu hiasan tu kena dawai kokot! 😰


Oh no! Terus bergema lagu Sakitnya Tuh Di Sini sebagai lagu latar perasaan saya saat melihat banner tu berlubang kesan tebukan dawai kokot! Terasa berlubang sama hati ini. 

Pilihlah sangat kan ….

Pengajaran penting buat diri - kalau nak memilih barang … kena betul-betul pilih pakai mata hahaha.

Selamat memulakan minggu baharu! Semoga hari kalian menyenangkan!

Psst! Pagi ni saya kena pergi bersenam dahulu. Petang sikit baru blogwalking ya 😊

8 ulasan

  1. Alamak tetkena dawai, halus ja lubangnya, tapi Farrah teliti dan halusi orangnya kan, bila siap dikaburi dengan hasi yang cantk keseluruh. Selamat bersenam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi, insya-Allah boleh disembunyikan tetapi tetap berlubang di hati. Thanks, Sis babYpose. Alhamdulillah, dah selamat keluar peluh. Ini baru nak jalan-jalan blog :)

      Padam
  2. ala kena ubat stapler sikit..
    tp tetap nmpk comel je.. hehe

    BalasPadam
  3. Auwwwww injured banner tu. Ammi pernah nampak benda alah yg awak beli ni. Tanya kat anak dara Kot2 lah dia nak benda comel ni.. Hmmmm. Dia geleng tanpa perasaan.

    Ammi tengah tercari2 apakah minat anak dara ni sebenarnya?

    BalasPadam
  4. ish..sakit hati gak tu walaupun satu je. maybe dah famous brand ni, jadi harga naik sikit

    BalasPadam
  5. semua design comel-comel . mujur ada defect sedikit sahaja , kalau ada kesan koyakkan lagi kecewa terus

    BalasPadam
  6. Kalau dah ternampak tu, rugi kalau tak beli. Murah pulak kan. Aduhaiii..sakit pulak hati kita tengok ada yang terkena dawai kokot tu. Boleh gosok dengan something licin bentuk bulat untuk tutup lubang tu. Make sure benda tu warna putih lah.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.