Gembira Makan Nasi Minyak Orang Kahwin

Selasa, Oktober 19, 2021

Ini susulan kisah sebelum ini. Kan saya dan Bott gantung kuali sebab ada jiran + orang kampung yang janji nak hantar makanan kepada kami. Menjelang tengah hari, saya dah ulang alik ke pintu gelangsar sambut kiriman mereka. Alhamdulillah, banyak rezeki semalam. Ini rezeki anak rantau rentas negeri namanya. Kami pun dapatlah tempiasnya sama.

Dalam banyak-banyak kiriman tu, ada satu yang betul-betul buat saya teruja. Nasi minyak orang kahwin! Pak cik saudara menikahkan anak perempuan sulungnya. Tiada majlis yang dibuat tetapi food packs diedarkan sebagai tanda kesyukuran meraikan kedua-dua mempelai.

Oh, lamanya tak makan lauk kenduri! Rasanya kali terakhir makan kenduri bulan 8 tahun lepas. 


Satu set hidangan nasi minyak untuk satu kepala. Lauk ayam masak merah, kurma daging … di bawah set kutleri tu ada nasi minyak juga acar timun dan nanas. Lupa nak ambil gambar nasinya. Masa ni saya dan Bott tengah teruja belek bekas makanan yang digunakan - Ellianware Bento Lunch Box Set. Sturdy. Bott siap pasang angan-angan, kalau nak pergi piknik boleh isi makanan dalam bekas ini. Pergi piknik bawa tiffin dan bakul pikniklah, Bott. Tidak silap saya, Elianware pun ada set tiffin yang boleh masuk ketuhar gelombang mikro. Tetapi, saya lebih suka tiffin besi. Barulah rasa klasik gitu!

Kami dapat tiga set nasi, tiga-tiga bekas tu dia claimed dia punya. Suka hatilah. Saya tak pandang bekas dah … isi bekas tu yang lebih utama. Alhamdulillah, puas makan nasi minyak di hujung minggu. Itu yang pagi ni terbit keinsafan dalam diri pergi bersenam sebab semalam sepanjang hari terlajak makan! 🤣

Kalau lauk orang kenduri kalian paling suka lauk apa?

16 ulasan

  1. Kalau kenduri belah utara SA suka gulai kawah dia...pergh...kalau muka x malu memang mintak tapau...lepas tu kalau area NS ni...biasa la lauk- lauk kampung la sedap kan...eh...lama gak la x makan nasi kenduri

    BalasPadam
  2. Mesti teruja, bento bersudu, sekali buka terhidang menunya. Konsep norma baru, dapat berita baik dan rezeki Alhamdulillah.. Sedap daging kurma..

    BalasPadam
  3. Ammi tak suka nasi minyak. Suka nasi putih dna paceri terung. Sedapnya.

    Duit sewa khemah tu ganti dengan set bento yg cantik ni.. I loikeeee

    BalasPadam
  4. kalau pegi kenduri kahwin, wak puas hati betul kalau ada menu kambing

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...rezeki sangat tu

    BalasPadam
  6. Yelah musim pandemik ni memang lama dah tak makan nasi kenduri.
    Mrs. A suka makan kenduri nasi minyak paling best ada kismis besar-besar dan biji gajus dia banyak hiks! lauk apa-apa pun layan jer...

    BalasPadam
  7. wah siap dapat set sudu sekali..mesti mahal cost satu kepala.. wuaaa lama x makan nasi minyak

    BalasPadam
  8. mau tak gembira kalau macam ni!

    BalasPadam
  9. saya suka lauk kenduri kahwin. tapi tak suka orang tanya soalan tak best kat kenduri kahwin. haha. lauk favourite is ayam masak merah.

    BalasPadam
  10. nak makan lauk kenduri ,paling suka menu ayam masak merah

    BalasPadam
  11. Di kampung saya pun begitu, tidak ada majlis kahwin tapi ada nasi minyak tapau diedar kepada jiran tetangga dan saudara mara.

    BalasPadam
  12. bekas pon cantik! mmg puas ati la..
    mmg rindu betol nk mkn ns org kawen.. huhu..

    kalo sy suka gulai kawah! ayam masak merah pon sedappp..

    BalasPadam
  13. Suka lauk dendeng dan pajeri nanas tidakpun acar rampai. Makan ini memang berselera.
    Tidak sabar hendak makan nasi kenduri.

    BalasPadam
  14. Tak dapat pergi majlis, dapat merasa nasi minyak bungkus pun nikmat dah. Menariknya dia pek dengan Ellianware Bento Lunch Box Set lagi. Boleh simpan buat bekas bekal makanan gunakan akan datang. Sesuai sangat tu buat untuk piknik :)

    BalasPadam
  15. cantiknya bekas tu. terbaik!
    kebetulan semlm aida ada 2 majlis, farrah.
    kat rumah abg ipar, berkampung utk bincang wedding anak dia. nasi minyak.
    mlm, rumah akak aida, khatam quran. again nasi minyak.
    masak merah, dalca, jelatah, papadom. buah2an.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.