Assalamu'alaikum, hari ini saya kongsi satu lagi resepi mudah - Nasi Bukhari Ayam. Kebetulan, hari saya masak hidangan ni, team kerja saya datang berkunjung ke rumah. Dengan saya seorang diri, tak larat nak prepare macam-macam sangat. Jadi, nasi ni saya masak menggunakan slow cooker. Di tempat baru sekarang, memang saya lebih gemar masak one pot meal guna slow cooker. Sediakan apa yang patut, campak-campak, tekan ON. Balik kerja dah ada makanan panas sedia menanti!
Untuk sediakan Nasi Bukhari Ayam yang mudah, super simple,...saya gunakan Perencah Nasi Daging Iman. Bukan buat from the scratch ye. Harganya RM2.70 sebungkus. Tapi masa saya beli di Tesco, tak silap RM2.35 ke RM2.45 sepek. Siap beli berbungkus-bungkus buat stok.
Inilah rupanya,...
Resepi Nasi Bukhari Ayam (4 - 6 orang)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Satu pek Perencah Nasi Daging Iman
- 500g beras, dibasuh dan ditoskan. Saya tak guna beras basmathi. Guna beras Herba Poni Taj Mahal tu je,.. sebab memang pakai beras tu.
- Potongan ayam + setengah ekor
- Sedikit minyak masak untuk tumis rempah.
- Air secukupnya untuk tanak nasi.
Langkah-langkah Penyediaan:
- Mula-mula, baca dan hadam betul-betul instructions di belakang pek tu ;). Untuk hidangan ini, saya masak sekali ayam dengan beras.
- Tumis perencah rempah nasi daging dengan minyak sehingga naik bau. Masukkan beras yang telah dicuci bersih dan tumisan rempah ke dalam periuk/pot slow cooker. Kemudian, tambah air yang secukupnya untuk tanak nasi.
- Akhir sekali, masukkan potongan-potongan ayam. Sedia untuk ditanak!
Inilah rupanya apabila dimasukkan ke dalam slow cooker. Potongan ayam dok menyelam kat dasar periuk, so tak nampaklah ye.
Semasa gambar ni diambil, nasi dah siap dikarih. Semerbak harum baunya mengisi ruang rumah. Waktu untuk makannnnnn!
Ooopss! Sebelum tu, untuk lengkapkan hidangan ini, saya buat sos harrah. Main agak-agak je bahannya asal kena dengan tekak.
Resepi Sos Harrah
Bahan-bahan yang diperlukan:
- beberapa biji tomato
- segenggam cili api
- sedikit daun ketumbar
- sedikit perahan air lemon/ limau kasturi
- sedikit garam dan gula untuk imbangkan rasa
Langkah-langkah Penyediaan:
- Kisar tomato, cili api dan daun ketumbar hingga halus.
- Perasakan dengan perahan air lemon, garam dan gula hingga dapat rasa yang diingini.
Selain itu, boleh juga potong cili hijau, tomato dan timun menjadi hirisan kecil. Perahkan dengan perahan air lemon/limau kasturi. Jadi ala-ala salad sebagai pelengkap hidangan. Nak sediakan sup sekali pun boleh. Kali pertama saya cuba buat resepi ni, saya rebus ayam terlebih dahulu. Kemudian, barulah ayam dan separuh daripada air rebusan ayam dimasukkan ke dalam periuk untuk ditanak bersama beras. Selebihnya, kita adjust jadi sup :)
Selamat Mencuba!
bak laa sepinggan...sy lom lunch lg ni ;-)
BalasPadam2 pinggan kak...saya sepinggan hehe
Padam2 pggn sy sorg je hahaha
PadamAmbil jelah satu periuk tu,..tapi dapat gambar jelah :)
Padamsedapnya..lagi sedap kalau Kak Farrah tolong masakkan untuk lauk berbuka hari ni... kikiki
BalasPadamJauhnya nak pergi masak utk Firah :)
PadamJadi lapar sekarang! Senang nya nak buat bila ada perencah siap2 cani. Guna periuk nasi biasa boleh x?
BalasPadamConvenient kan,...boleh je guna periuk nasi biasa, Fatin :)
PadamSalam singgah pagi sini Farrah...wwahhh...pagi2 nampak ni terus lapar lah...
BalasPadamWah wah wah hehe
PadamJamu mata jelah ye :)
Padamsedapnya Farrah..
BalasPadamDap dap dappp
PadamSalam kak ! wah wah nasi bukhari nampak! :)
BalasPadamw/salam. sekali-sekala :)
Padamsos harrah paling win sedap sangat! hehhehe nasi arab pon sos gitu !
BalasPadamYesss,..akak kadang2 memang simply buat sos ni untuk cicah dengan ikan
PadamTelan air liur dah ni. Haha.
BalasPadamHihihi sorry, Cik Azz ;)
Padamsedapnya....mana nak cari nasi bukhari ayam ni...biasa kalau bulan puasa senang nak cari hehe
BalasPadamsinggah sini kak farrah
Pi beli rempah kat atas tu, then request mama Cik Puteri tolong masakkan :)
PadamSedapnyaa. Terliur pulak tengok. Haha :)
BalasPadamNanti leh try buat, Nani :)
PadamHmm..sedap tu dapat makan nasi bukhari...rasa macam di luar negeri pula..
BalasPadamHihihi sekarang tak perlu pergi jauh-jauh, Sis Fida. Di dapur rumah sendiri pun boleh bernasi bukhari ;)
PadamWahh!! Senang nya. Boleh cuba lepas ni
BalasPadamMemang super easy, Intan. Sedap pula tu :)
PadamWahh!! Senang nya. Boleh cuba lepas ni
BalasPadamlama dah tak buat nasi bukhari. tq for info sis
BalasPadamSedapnyaaaaa!
BalasPadam:) :) :)
PadamTetiba rasa nak belajar masak cuti ni haha
BalasPadamSelamat belajar masak ye,..masuk ni sekali dalam menu
PadamBest jugak ada slow cooker ni eh... tapi SS x reti guna... ingatkan untuk reneh sup jek..
BalasPadamMasak macam2 boleh SS, cuma jangka masanya lamalah. Bolehlah kita buat kerja lain dulu :)
PadamPernah rasa nasi bukhari ni sekali jek...
BalasPadamSuka tak? Ke not your cup of tea?
PadamKalu ada salad tomato sedap gak nih
BalasPadamYessss, dah cukup korum dah kalau ada salad tomato :)
PadamIs very the sedap.
BalasPadamaida xde slow cooker.
is x bleh beli. Byk sgt gajet kat dapur.
dapur kecik molek.
Masak pakai periuk nasi biasa pun boleh, Aida.
PadamSaya ni ada slow cooker sebab dulu selalu masak malam/time kerja.
gune perncah pon sedap kan kak farrah
BalasPadamritu ayu bt nasi arab pakai perencah dia
senang je
sedap pon sedap