Selalunya apabila saya pergi shopping barang dapur di Tesco, saya akan intai kalau-kalau ada buah-buah atau sayuran yang dijual dengan harga reduced to clear. Nampak sahaja sayur green dragon, terus saya grabbed sampai tiga bungkus. Selalunya saya akan beli green dragon time sayur ni dah jadi reduced to clear itemlah. Untung dan berbaloi sebab harganya akan jadi jauh lebih murah. Sayur ni pula jenis tak cepat perish sangat. Boleh tahan lama juga dalam peti sejuk. Sempatlah untuk masak beberapa hidangan.
Inilah sayur green dragon. Maaf, ini puas saya gali balik gambar lama. Saya ingat saya ada snap gambar yang lebih jelas (tanpa packaging). Tak ada rupanya.
Cara Masak Sayur Green Dragon
Kebiasaannya, sayur green dragon saya tumis biasa sahaja dengan telur, hirisan bawang putih, garam dan sedikit lada hitam. Jika hendak lebih sedap, tambahlah bahan-bahan lain seperti jagung muda dan bebola ikan. Buat lauk macam Kucai Goreng Campur saya ini pun boleh. Tidak pun, saya potong-potong dan masukkan ke dalam adunan cucur. Meriah sikit warna cucur apabila ada hirisan green dragon ni.
Banyak cara untuk olah sayur green dragon dan masukkan ke dalam menu kita.
Di bawah ini pula, Nasi Goreng Cina Green Dragon. Banyak sebenarnya saya guna sayur green dragon hidangan ini. Tetapi, sewaktu ambil gambar, tidak ketara sangat sebab sayurnya tersembunyi di dasar kuali. Dari segi rasa, green dragon ini agak mild jika hendak dibandingkan dengan kucai.
Kalian biasa jumpa tak green dragon ni? Selalu guna untuk masak hidangan apa? Tolong kasi saran :)
Pertama kali dengar green dragon.
BalasPadamSelalu tidak nampak di pasaraya.
Saya pun biasa jumpa di Tesco je, NA.
Padamnasi goreng cina biasa x pedas kan farrah.. :p
BalasPadamTidak, wak. Kalau pingin yang pedas, makanya ditambah cabe. Jadi nasi goreng cina luar biasa :)
Padamsaya igtkan kucai..wahh baru tahu..nak cari la..biasa letak kucai je
BalasPadamYes, boleh cuba lepas ni kalau jumpa. Ni geng-geng kucai gak lah kiranya :)
Padamsaya laparrrrrr... tolongggggg ;-)
BalasPadam