Resepi Kucai Goreng Campur

Isnin, Mac 12, 2018

Hari ini nak kongsi resepi sayur simple - Kucai Goreng Campur. Saya ni memang suka dengan kucai. Goreng kuetiau wajib letak kucai. Buat cekodok letak kucai, buat cucur udang letak kucai. Kiranya kalau saya ada kucai di dapur saya, memang puaslah orang rumah ni makan kucai.

Dahulu, kucai sebagai penambah rasa dan penambah warna pada makanan. Saya tidak buat sebagai hidangan utama. Tetapi, ada seorang teman dari Indonesia ajar saya masak kucai dengan bawang putih dan ikan bilis je. Kucai tu memang letak banyak-banyak. Memang sedappppp!

Lagi satu, buat kucai goreng belacan. Fuhhhh! Ala ala macam kangkung goreng belacan, cuma kangkung tu kita tukar kepada kucai. Bestttt!



Berbalik kepada kucai goreng campur, saya guna kucai dan bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jadi, terpulanglah nak tambah apa: - lobak merah, lada benggala, cendawan, fish ball atau fish cake.

Resepi Kucai Goreng Campur

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kucai, dibersihkan dan dipotong panjang-panjang.
  • Satu peket putik jagung (baby corn) dipotong menyerong.
  • 7 - 8 biji fish ball dipotong kecil kepada beberapa bahagian.
  • Beberapa ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 - 2 sudu minyak masak untuk menumis. Untuk hidangan kali ini saya guna minyak bijan.


Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau. 
  2. Masukkan fish ball. Goreng sampai fish ball masak.
  3. Setelah itu, masukkan kucai dan biar seketika supaya sayurnya lembut dan layu. Masukkan pula putik jagung. 
  4. Ketepikan sayur, adakan ruang untuk masukkan telur. Apabila telur mula masak, kacau-kacau supaya jadi scrambled egg
  5. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!


Psstt! Siapa sini suka sayur kucai macam saya? Selalunya kalian masak apa ye?



16 ulasan

  1. wehhh...x pernah makan kucai macam ni je kak...sally kalau makan kucai dalam cekodok, kuey teow je...tak pernah masak macam sayur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, akak masa mula2 kawan ajar tu macam tak percaya,...hah,..kucai boleh buat jadi lauk sayur?! 🤓

      Padam
  2. wah
    selalu makan kucai dalam kuewteow
    boleh cuba menu nih nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu buat tambah2 dalam hidangan je kan,...

      Padam
  3. Selalu makan kucai dalam cekodok je.. Tak sangka boleh jadi sayur utama.. TQ for sharing sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Sha kena cuba buat meal utama pula 😊

      Padam
  4. Saya kalau kucai ni, makan yang dalam kue teow je. Tu pun jarang2 jugak sebenarnya letak. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kadang2 kalau masak kuetiow, selalu terletak kucai banyak hahaha

      Padam
  5. simple tp da mkn x sedar bertambah2 ;-)

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian...boleh cuba nanti kak farah

    BalasPadam
  7. aida makan kucai ni.
    tapi tak makan cara sayur gitu.
    goreng mee ke, kue teow ke :)

    BalasPadam
  8. tak pernah buat kucai masak macam ni lagi..

    BalasPadam
  9. rare ni kak.. kalo CT kucai dalam cekodok udang pun CT buang ahahaha.. tp kalo kat pajeon pancake korea tu makan plak pelik2..

    BalasPadam
  10. saya suka mkn kucai ... lagi lagi campur dalam telur goreng ... ada masanya makan kucai tumis bawang putih ... may be nextime nak try letak ikan bilis, mesti lagi sedap ... cumanya, di sini tmpt saya menetap sekarang ni, susah sangat nak dpt kucai di pasar ...huhu...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.