Idea Kad Ucapan untuk Hari Bapa

Sabtu, Mei 22, 2021

Bulan Mei kita sudah meraikan Hari Pekerja, Hari Ibu dan Hari Guru. Bakal menyusul Jun nanti, Hari Bapa pula. Ada yang ingin buat sendiri kad ucapan Hari Bapa untuk insan istimewa bergelar abah, ayah, baba, walid atau daddy? Di bawah, saya kongsikan beberapa idea menarik (berserta tutorial) yang boleh kalian pertimbangkan untuk menghasilkan kad ucapan hari bapa. Tahun ini, rasanya tak dan saya hendak buat tutorial baharu. 


1. Kad Tuxedo

Tidak perlu bahan yang banyak atau mahal-mahal. Secara kasar, kalian hanya perlukan kad hitam, kad putih, gam dan gunting.



Ingin buat kad kacak bergaya ini? Lihat tutorialnya di sini.



2. Kad Ayah Terbaik di Dunia (Google Inspired)

Kad yang diinspirasikan daripada laman Google. Ala-ala kita hendak buat carian gitu! Siapa ayah terbaik di dunia? Ayah kitalah 😊.


Lihat tutorial dan template yang saya sediakan untuk kad ini di sini. Tinggal cetak, potong dan tampal sahaja. Tak perlu pening kepala.




3. Kad Origami Kemeja

Lipat-lipat je pun boleh jadi sekeping kad ucapan istimewa tau. Ceriakan ayah dengan kad origami kemeja. Boleh guna kertas berwarna yang kosong tanpa corak atau pilih kertas bercorak yang kelihatan seperti fabrik baju atau kemeja. Tutorial cara melipat origami kemeja, rujuk di sini.



4. Kad Tali Leher Ayah


Penyangkut baju pada kad di atas dibuat daripada klip kertas yang dibentuk. Lihat tutorial cara untuk menghasilkannya di sini :)


Selamat mencuba!

16 ulasan

  1. cute nyaa kad2 tu... tapi kak ret xde nak wish hari bapa dah ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Kak Ret. Saya kalau buat kad hari bapa pun untuk bapa orang lain ... yg orang tempah 😊

      Padam
  2. Aha saya tahu lipat buat kemeja, buat penanda buku.
    Unik ada butang sekali tuksedo.

    BalasPadam
  3. Kreatif! Cute je card cardnyaaaaa :D

    BalasPadam
  4. kreatif semua.. nampak pun macam senang :)

    BalasPadam
  5. Wah semua kreatif!!! Comel semua hasilnya!

    BalasPadam
  6. Comel dan kreatif semuanya. Suka yang tuxedo tu dan tie :)

    BalasPadam
  7. lawo-lawonya kad.. Terbaiklah farah. kagum dengan kreativiti yg tak pernah putus idea ni.

    BalasPadam
  8. Cantiknya! Tentu sang ayah akan happy sangat dapat kad ucapan yang kreatif begini.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.