Buat Kolaj untuk Kulit Jurnal

Selasa, Mei 25, 2021

Bersiaran dari bilik kraf. Hari ni saya on VERY SLOW mode.  Kepenatanlah konon-kononnya sebab semalam berjam-jam di luar, kena buat several tests masa jumpa doktor. Over, kan? 😂 Jadi, hari ini buat aktiviti manja-manja je di bilik kraf. Usik itu sikit, usik ini sikit. 

Projek yang ongoing sekarang - buat kolaj. Dah lama tak buat projek kraf.  Ada kelapangan masa tu, saya sibukkan diri potong-potong, koyak-koyak dan tampal kertas. 😄 Kali ini saya hasilkan kolaj untuk dijadikan kulit (cover) jurnal baharu. Disebabkan saya sudah serasi dengan junk journal, jadi kolaj saya kekal bertemakan vintage.

Untuk buat kulit jurnal ini saya gunakan bahan-bahan terbuang. Kotak cereal, kadbod, kertas tisu, kertas pembalut jambangan bunga, halaman buku dan kamus lama, setem dan beberapa material lain. 

Antara kolaj yang separuh siap. Sudah betul-betul kering. Lepas ni kena tindan dengan benda berat supaya jadi rata. Ada minor details seperti bunga kering dan cetakan cap yang ingin saya tambah kemudian sebagai kemasan akhir. Beberapa keping kolaj lagi masih dalam proses pengeringan. 


Kolaj yang satu ini saya hendak buat penanda buku. Rasanya akan dapat dalam 8 - 10 keping. Sebahagiannya untuk kegunaan sendiri (you can never have too many bookmarks hehehe) manakala bakinya untuk buat set hiasan junk journal (embellishments).

Yang ini pula saya khususkan untuk cover junk journal baharu saya. Saya perlukan jurnal yang bersaiz lebih kecil, ala-ala saiz inserts Traveler’s Notebook (TN) tu. I think this will do. Berkenan pula dengan kolaj old book pages begini. Tinggal perlu touch up dengan Mod Podge untuk buat lapisan berkilat pada permukaannya. Oh, cetakan stamp mesin taip dan bunga tu pernah saya ceritakan di sini.

Buat benda ni teringat dulu-dulu masa sekolah rendah kena hasilkan kolaj pakai kertas warna untuk subjek lukisan. Saya punya ‘kreatif’ (baca: malas) tak boleh bawa bincang! Budak-budak lain bukan main lagi beli pelbagai kertas warna … buat kolaj rumah, harimau, anak patung …. Saya minta duit kat ibu beli kertas warna hijau dan merah untuk buat kolaj dua biji epal kecil kat tengah-tengah kertas lukisan. Cikgu belum habis pusing kelas, kolaj saya dah siap! Punyalah pemalas masa tu. Sekarang dah tua baru teruja nak buat kolaj. 😅

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Selamat menikmati hari. Jumpa lagi nanti.


30 ulasan

  1. kalau dah mmg jenis creative mcm ni kan, koyak tambal random pun nampak cantik sngt huhuhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah kreatif mana, Atie. Datang time tak jadi tu, ngeri juga tengok hasilnya 😂

      Padam
  2. hailah, org kreatip ni buat camna pun jadi cantik, hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haishhh... Cik Timm tak tengok version yang tak jadi hikhikhik

      Padam
  3. heheheh klu dulu zaman sekolah, tgk tampal2 camni cam buruk je kan...
    malu ngan kengkawan klu buku koyak men tampal2 je...

    tapi skrg ni, tampal2 koyak camni.. sesuatu yg kreatif hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kita sekepala, Kak Ret. Saya pun dulu tak suka koyak-koyak. Rasa macam buruk bebenor 😅

      Padam
  4. Kreatif sungguh kak farrah ni! Asal ada bahan, memang menjadii! Kalau saya buat, tak nampak cantiknya hahahah >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu... Entah-entah pejam mata je Atiqah buat semua ni 😆

      Padam
    2. Hahahahaha pejam mata tu memang boleh, tapi kelaut lah semuanya >.<

      Padam
    3. Eh, silap-silap boleh jadi masterpiece tau!😀

      Padam
  5. selamat hari raya farrah.. maaf zahir batin ye... lama x mengadap pc lama jugak lah x mengomen blog kwn²

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Kakmim. Maaf zahir batin. Selamat mengadap PC semula 😊

      Padam
  6. tgn berseni buat apa pon mesti jadik!!

    BalasPadam
  7. Teringat la zaman sekolah kena buat kolaj tu. Saya yang memang tangan tak berseni sampai melekat kertas kat siku tapi hasil tak seberapa. Haha. Oh yes, bookmark memang kena ada banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan... Bookmarks memang kena ada banyak! 😊
      Hahaha kertas melekat kat siku tu seni jugak, Sal. Bukan semua murid boleh buat begitu 😆

      Padam
    2. Ha.. Nampak kan murid istimewa. Haha

      Padam
    3. Nasib baik masa tu bukan zaman viral-viral macam sekarang kalau tak Sal dah boleh glamour jadi influencer 😊 silap2 jadi trend kertas lekat kat siku 😆

      Padam
  8. kreatif, rajin dan gigih buat kolaj camni., ;p

    BalasPadam
  9. Menarik buat kolaj guna recycle paper yang ada. Tak lah buang terus je. Bukan malas, ni namanya kreatif sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting jimat hahaha kalau pakai benda2 recycle ni tak perlu keluar duit beli kertas hehehe 😂

      Padam
  10. Dahulu koyak, keronyot, warna tapi seronok macam kotorkan tangan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.