Spageti Kicap

Rabu, Mei 26, 2021

Masuk setengah bulan Syawal ni, dah tak terfikir nak makan juadah atau menu raya. 😊 Jadi, untuk makan tengah hari semalam saya buat spageti kicap. Sebenarnya teringin hendak masak Hokkien Mee sebab dah lama tak makan. Tetapi, masa pergi beli barang dapur tempoh hari, lupa pula hendak beli mi Hokkien atau mi udon. Minyak bijan pun habis. Makanya, kita buat jelah spageti kicap 😁.


Resepi Spageti Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g spageti direbus dan ditus. Portion ni cukup untuk 2 - 3 orang makan sampai kenyang. πŸ˜„ Jangan lupa, asingkan satu cawan air rebusan spageti untuk dibuat kuah nanti. 
  • 1 ketul dada ayam dipotong kecil.
  • 2 - 3 biji tauhu dibelah lapan dan digoreng terlebih dahulu.
  • 1 biji tomato dibelah lapan
  • beberapa tangkai sawi
  • 5-6 ulas bawang putih dicincang
  • 2.5 cm halia dicincang atau diparut (Lebih kuranglah ya. Jika suka rasa halia yang ketara, dilebihkan, jika tak tahan halia, kurangkan)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (kicap masin)
  • garam jika perlu
  • sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah 
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • garam (jika perlu)

*Pilihan protein, bergantung pada selera masing-masing. Boleh guna:

  • hirisan ayam
  • hirisan tauhu yang digoreng
  • udang atau sotong

Atau boleh juga letak:

  • hirisan fishcake atau bebola ikan
  • hirisan cendawan shitake


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng hirisan/ketulan ayam sehingga masak. Kemudian, masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan spageti diikuti dengan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan belahan tomato. Masak seketika. 
  3. Setelah itu, masukkan spageti,  sayur sawi dan gaul hingga sekata. 
  4. Kemudian, pekatkan kuah dengan memasukkan air bancuhan tepung jagung. Perasakan dengan garam jika perlu.
  5. Sedia untuk dihidangkan. 

Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan sedikit hirisan cili merah, hijau atau cili api jika suka pedas. Terangkat!


Selamat mencuba!

23 ulasan

  1. Nasib baik tak reti makan spaghetti.. Dah cuba nak rasa, tapi takleh diterima oleh tekak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak kena tekak ya. Tak mengapa, mi kuning ada… bihun ada… banyak lagi pilihan mi yang tuan boleh cuba sesuai selera 😊

      Padam
  2. Sekali imbas macam mee goreng pulakk kak farrah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, teringin makan mi punya pasal. Tak ada mi kita spagetikan! 😊

      Padam
  3. nmpk mcm sedap!
    blh try spageti kicap..
    lain dr biasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa.. nanti boleh try. Buat basah-basah sikit lagi nyumm nyummm.

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih, wak. Dah selamat masuk perut :)

      Padam
  5. sedap tu... dh lama akak x msk spagheti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh consider spageti masuk menu, kak :)

      Padam
  6. mcm sedap ni farrah.. kena letak bancuhan tepung jagung ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, Kakmim. Saya letak sikit supaya kuah kicap tu memekat dan melekat cantik kat spageti :)

      Padam
  7. rare ni masak spaghetti kicap. Nampak macam mi goreng dah. Kalau tak cakap, dah ingat mi goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah ni kes teringin mi gorenglah ni πŸ˜‚

      Padam
  8. Wah.. Fusion ni. Saya mampu buat nasi goreng kicap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fusion tak cukup bahan namanya 😊 Nasi goreng kicap? Inilah nasi goreng legend yang akak tak akan tolak walaupun dah kenyang πŸ˜‚

      Padam
  9. Haha ini memang peminat kicap, semua makanan letak kicap.

    BalasPadam
  10. Family saya juga antara penggemar pasta.Seronok bermain masak- masak dengan pasta kan..
    Saya pun macam farah selalu guna spaghetti @ vermicelli untuk gantikan mee terutama kalaun untuk mee kari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul. Seronok sebab macam-macam kita boleh olah dengan pasta. Oh, idea spageti untuk hidangan mi kari tu memang menarik! 😊

      Padam
  11. Wowww guna spaghetti pon boleh ye kak.nty nak try la.hehe

    BalasPadam
  12. Nampak menarik. Tak terbayang spaghetti masak menu macam ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.