Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.
Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.
Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.
Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor.
Guna QueueMed untuk Tetapkan Temujanji di Klinik Kesihatan
Saya cari QueueMed Klinik Kesihatan Sungai Buloh.
Tengoklah pilihan yang ada - Kes Ringan & Walk-in, Saringan Pra-perkahwinan, dressing dan pemeriksaan kesihatan … tekan BOOK NOW. Bagi yang pertama kali guna, kalian akan dibawa untuk daftar dahulu. Pastikan alamat kediaman kalian termasuk dalam kawasan yang klinik tersebut cover. Kalau tidak, kena cari klinik kesihatan lain yang berdekatan.
Kemudian, bolehlah cari tarikh untuk dapatkan rawatan. Macam saya, pagi Isnin 24 Mei tu juga saya pilih hari. Slot pagi dah penuh, tetapi slot petang semua available. Jadi, insya-Allah tak ada isu tak dapat atau susah jumpa doktor 😊. Ini contohnya untuk pilih tarikh dan masa.
Bagus sekarang ada apps. Kalau call hospital or klinik untuk reschedule appointment memang memanjang takde orang angkat. Faham lah diorang sibuk musim covid ni.
BalasPadamBetul, Sal. Akak dah lah risau dengan keadaan sekarang ni, takut sakit-sakit biasa diorang dah tak boleh layan huhuhuh. Mujur ada benda macam ni. Convenient sungguh!
Padamwah... mudahnya guna queuemad tu... semg farah sentiasa sihat k....
BalasPadamMemang mudah sangat! Terima kasih banyak-banyak atas doanya, kak. :)
Padamsemoga yang baik2 aje ye farah :)
BalasPadamThanks so much, Kak Ret. Alhamdulillah, okey setakat ini hehehe
PadamSemoganya sihat-sihat sahaja.
BalasPadamAamiin. Terima kasih, Tuan Fairus.
PadamOk juga boleh pilih tarikh dan waktu.
BalasPadamMemang ok sangat! Kita pun tak perlu beratur menunggu lama di klinik. Datang untuk waktu kita appointment.
PadamSemoga baik baik sahaja kak farrah :)
BalasPadamJaga kesihatan.
Insya-Allah. Terima kasih, dik :)
PadamMemang senang bila teknologi dimanfaatkan, Alhamdulillah..jadi mudah urusannya :) Take care, Farrah..semoga cepat sihat :)
BalasPadamMemang kagumlah dengan sistem sekarang. Teknologi dimanfaatkan sebaiknya.
BalasPadamTerima kasih, Ayu atas doanya.
Oh,ada apps yer...Baru tahu..hihihi
BalasPadamTerima kasih info.Semoga Farah juga dikurniakan kesihatan yang baik
Wah,senang yeee ada app. Moga diberikan kesihatan yg baik yeee kak
BalasPadamBagus ada apps tu. Tak perlu kita menunggu lama
BalasPadam