Jumaat, Mei 28, 2021

Sepetang di Klinik Kesihatan Sungai Buloh

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat.

Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.

Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.

Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.

Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor. 


Guna QueueMed untuk Tetapkan Temujanji di Klinik Kesihatan


Ini kali pertama saya menggunakan QueueMed untuk dapatkan slot dan tarikh temujanji di klinik kesihatan. Sebelum ini, untuk pemeriksaan rutin di NCD Clinic, tarikh untuk temujanji susulan sudah ditetapkan. Jadi, memang tidak tahu menahu prosedur hendak jumpa doktor di klinik biasa. Maklumlah, sekarang kita dah tak boleh walk-in macam dulu-dulu.

Apa itu QueueMed? QueueMed ialah satu sistem yang membolehkan kita membuat temujanji atas talian di klinik kesihatan. Ini merupakan inisiatif untuk mengurangkan kesesakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik pada suatu masa sekaligus menyukarkan pematuhan terhadap SOP terutama sekali penjarakan sosial.

Saya cari QueueMed Klinik Kesihatan Sungai Buloh. 

Tengoklah pilihan yang ada - Kes Ringan & Walk-in, Saringan Pra-perkahwinan, dressing dan pemeriksaan kesihatan … tekan BOOK NOW. Bagi yang pertama kali guna, kalian akan dibawa untuk daftar dahulu. Pastikan alamat kediaman kalian termasuk dalam kawasan yang klinik tersebut cover. Kalau tidak, kena cari klinik kesihatan lain yang berdekatan.

Kemudian, bolehlah cari tarikh untuk dapatkan rawatan. Macam saya, pagi Isnin 24 Mei tu juga saya pilih hari. Slot pagi dah penuh, tetapi slot petang semua available. Jadi, insya-Allah tak ada isu tak dapat atau susah jumpa doktor 😊.  Ini contohnya untuk pilih tarikh dan masa.



Pilih hari. Tarikh berwarna hijau, semua available. Sekarang pilih waktu rawatan pula.


Yang merah jambu fully booked. Pilihlah slot masa lain yang masih hijau. Sesudah itu, kita kena tulis tujuan hendak jumpa doktor di ruangan yang diberi. Yang ini lupa nak screenshot. Sahihkan pendaftaran. 



Siap! Dalam sistem, kehadiran kalian untuk hari berkenaan sudah dialu-alukan 😊 Kan ada logo pdf tu … klik logo dan boleh print atau screenshot butiran temujanji. Sampai klinik, tunjukkan pada kakitangan yang bertugas.

Mudah, kan? Tak perlu melanguk menunggu lama di klinik. Tak perlu bersesak-sesak.


Alhamdulillah. Kunjungan ke KK Sungai Buloh pada 24 Mei berjalan lancar. Disebabkan rekod asma dan tiroid memang di situ, mudahlah doktor nak rujuk history saya. Kena buat ECG, ambil darah, buat test itu ini. Sepetang jugalah saya di situ. Syukur semuanya okey, tiada apa yang alarming sangat. Cuma saya dapat ubat baharu yang kesannya buat saya jadi koala. Nak tidur je! 

Aktiviti blog semua tertunda. Ini baru nak start balik. Jumpa lagi nanti setelah saya betul-betul sedar dan sudah beradaptasi dengan prescription ni. 😊 

Selamat menikmati hari!




17 ulasan:

  1. Bagus sekarang ada apps. Kalau call hospital or klinik untuk reschedule appointment memang memanjang takde orang angkat. Faham lah diorang sibuk musim covid ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sal. Akak dah lah risau dengan keadaan sekarang ni, takut sakit-sakit biasa diorang dah tak boleh layan huhuhuh. Mujur ada benda macam ni. Convenient sungguh!

      Padam
  2. wah... mudahnya guna queuemad tu... semg farah sentiasa sihat k....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah sangat! Terima kasih banyak-banyak atas doanya, kak. :)

      Padam
  3. semoga yang baik2 aje ye farah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Kak Ret. Alhamdulillah, okey setakat ini hehehe

      Padam
  4. Semoganya sihat-sihat sahaja.

    BalasPadam
  5. Ok juga boleh pilih tarikh dan waktu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ok sangat! Kita pun tak perlu beratur menunggu lama di klinik. Datang untuk waktu kita appointment.

      Padam
  6. Semoga baik baik sahaja kak farrah :)
    Jaga kesihatan.

    BalasPadam
  7. Memang senang bila teknologi dimanfaatkan, Alhamdulillah..jadi mudah urusannya :) Take care, Farrah..semoga cepat sihat :)

    BalasPadam
  8. Memang kagumlah dengan sistem sekarang. Teknologi dimanfaatkan sebaiknya.
    Terima kasih, Ayu atas doanya.

    BalasPadam
  9. Oh,ada apps yer...Baru tahu..hihihi
    Terima kasih info.Semoga Farah juga dikurniakan kesihatan yang baik

    BalasPadam
  10. Wah,senang yeee ada app. Moga diberikan kesihatan yg baik yeee kak

    BalasPadam
  11. Bagus ada apps tu. Tak perlu kita menunggu lama

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.