Resepi Mudah Mi Hokkien

Jumaat, Oktober 30, 2020

 Assalamu'alaikum. Hai!

Apa khabar semua? Ada di sini yang suka makan Mi Hokkien tak? Hari ini kita belajar buat Mi Hokkien versi saya. Ini memang antara hidangan Cina yang saya suka makan. Ketebalan tekstur mi, kuah kicap, harum minyak bijan, aroma daun bawang dan ramuan-ramuan lain yang bergabung dalam setiap suapan memang nikmat!

Mi Hokkien yang autentik memanglah tidak halal kerana mengandungi lard. Tetapi jangan bimbang, restoran-restoran Cina-Muslim kan ada :)

Saya dahulu suka order Mi Hokkien dekat satu restoran Cina-Muslim ni tau. Tak ingat nama restorannya. Mereka bungkus makanan dalam takeaway boxes yang berwarna putih tu. So, setiap kali sampai rumah, terus grab satu kotak, ambil chopsticks dan makan panas-panas depan televisyen. Ini one of my favourite 'Me Time'. Terpengaruh tengok cerita omputeh hahaha.

Semenjak kita dilanda pandemik ini memang tidaklah nak keluar cari makan di luar sangat-sangat. Jadi, Mi Hokkien merupakan antara menu yang sudah lama tidak dimakan.

Kebetulan semasa pergi beli barang dapur, saya jumpa mi untuk buat Mi Hokkien, terus cakap pada Bott - Projek Mi Hokkien is ON! Semasa cari bahan-bahan lain untuk dimasak bersama mi, terasa dah air liur meleleh-leleh. Jemput jamu mata tengok Mi Hokkien saya.


Baik, mari intai Resepi Mi Hokkien Versi FAMF Tower. Bahan-bahan boleh diubah suai ikut cita rasa. Kalian boleh guna banyak bahan sebagai rencah masakan atau pilih yang paling ringkas, ikut apa yang ada di dapur masing-masing.


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g mi hokkien. Mi yang saya beli tu dalam bungkusan 1 kg. Jadi saya guna setengah sahaja. Boleh makan 3 - 4 orang. Jika tidak jumpa mi hokkien di tempat kalian, boleh gantikan dengan mi udon. Nak versi lebih sihat, beli Mi Udon keluaran Vit's. Lebih rendah nilai kalori. Boleh dapatkannya di sini.
  • 5-6 ulas bawang putih dicincang
  • 2.5 cm halia dicincang atau diparut (Lebih kuranglah ya. Jika suka rasa halia yang ketara, dilebihkan, jika tak tahan halia, kurangkan)
  • 4 sudu besar kicap pekat. Disarankan guna kicap pekat karamel. Caramelized dark soy sauce.
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair 
  • 1 - 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar stok ayam atau 1/2 ke 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih secukupnya
  • garam jika perlu
  • sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkann kuah (Larutkan satu sudu besar tepung jagung dengan sedikit air)
  • sedikit minyak masak untuk menumis


Pilihan protein, bergantung pada selera masing-masing. Boleh guna:

  • hirisan ayam
  • hirisan tauhu yang digoreng
  • udang atau sotong

Atau boleh juga letak:

  • hirisan fishcake atau bebola ikan
  • hirisan cendawan shitake


Ramuan tambahan:

  • hirisan cili merah atau cili hijau
  • hirisan daun bawang
  • hirisan tomato


Ramuan istimewa:

Ini yang akan menyedapkan lagi Mi Hokkien kita.

Kulit ayam yang digoreng. Jangan terkejut. Ya. Inilah ramuan yang akan menggantikan lard (lemak khinzir) selain daripada stok ayam. Kulit ayam digoreng rangup dan ditaburkan di atas Mi Hokkien kita sebaik sahaja sebelum dihidang. Kalau boleh, minyak goreng kulit ayam tu kita guna untuk tumis bahan-bahan mi.

Tetapi, jangan risau. Jika kalian tidak makan kulit ayam, tidak perlu letak pun. Saya sendiri tidak guna kulit ayam goreng. Sebaliknya, saya tukar kepada fucuk goreng. Sedap juga.

Penggunaan kulit ayam ini saya kongsi di sini untuk kalian yang ingin Mi Hokkien yang paling hampir rasanya dengan Mi Hokkien asli. Ada juga teman saya yang sarankan penggunaan lemak itik. Boleh beli dalam botol di Jaya Grocer. Tetapi, saya tidak pernah cuba lagi.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng hirisan/ketulan ayam sehingga masak. Kemudian, masukkan bawang putih, halia dan serbuk lada hitam. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram,serbuk lada putih dan stok ayam. Masak seketika. Seterusnya, masukkan ramuan atau bahan-bahan tambahan lain yang kalian gunakan misalnya cendawan, bebola ikan atau fishcake.
  3. Setelah itu, masukkan mi dan gaul hingga sekata. Biarkan seketika di atas dapur sehingga mi masak dan teksturnya menjadi lembut (tetapi masih ada kenyal-kenyalnya).
  4. Kemudian, pekatkan kuah dengan memasukkan air bancuhan tepung jagung. Bahan-bahan seperti daun bawang dan hirisan cili kita letak akhir sekali. Perasakan dengan garam jika perlu.
  5. Apabila kicap yang menyaluti mi kita tu dah nampak pekat likat cantik menggoda, maknanya sudah boleh dihidang. Jangan lupa taburkan kulit ayam goreng di atas juadah Mi Hokkien sebelum menjamu selera.


Selamat mencuba!

24 ulasan

  1. Oh rupanya mee hokkien authentic guna lard rupanya, Minyak sapi pun boleh juga kan as substitute. Masa zaman kecil ayah suka makan mee hokkien ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul. Minyak sapi pun boleh. Kunci kesedapannya pada lemak hahaha

      Padam
  2. Salam kak. Sihat keee? Rindu lah kak.

    Saya memang suka makanan chinese. Apa-apa mee memang feveret saya lah. Dimsum apa tah lagi! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Scha! Lamanya tak dengar khabar! Akak ingat Scha dah tak aktif berblogging. Uish, terus terliur baca dimsum 🤤

      Padam
  3. Cantiknya mi hokkien tu...hitam berkilat! Oooo... ada taburan kulit ayam goreng lagi. Sedap berganda ni tau!

    BalasPadam
  4. Belum pernah makan lagi. Bagus juga beritahu tips buat mee hokkien.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kelapangan NA boleh cuba hidangan ini utk jamu ahli keluarga.

      Padam
  5. Wah.. sedapnya.. Sha tak pernah cuba makan mee hokkien ini.. Kulit ayam goreng tu kesukaan.. fucuk goreng pun sedap.. 😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anakanda berdua tu suka mi goreng kicap-kicap begini, bolehlah Sha cuba nanti 😊

      Padam
  6. kenapalah hari ni bw ramai share resepi mi....
    hair mee sedunie ke apa ni?
    semua sedap2 pula tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha mungkin memang hari mi sedunia, Mrs. Pip 😂

      Padam
  7. Macam sedap. Boleh try sempena PKP ni. Memang asyik keluar masuk dapur jela. Huhu

    BalasPadam
  8. Sedap makan mee sos pekat macam ni. macam teringin pulak tetiba. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah buat, Fiza. Kita campak-campak je, yang penting kicapnya tu 😊

      Padam
  9. uish dapnyaaaa..tapi saya ni fail klo buat me kuning tak pernah la nk menjadi..so resepi ni xdapat la cuba hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah tak mengapa. Nanti ada rezeki insya-Allah akak masakkan utk Nad 😊

      Padam
  10. confirm sedap ni!! letak shitake. nyummm

    BalasPadam
  11. Fuh terliur dibuatnya. Boleh la try bila ada kesempatan nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Zumal. Mana tahu lepas ni ada produk Mi Hokkien Zumal pula 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.