Assalamualaikum.
Pernah makan apam ambon? Apam ambon ini merupakan salah satu kuih Kelantan yang saya suka. Dahulu semasa saya sibuk berulang-alik ke hospital untuk check up tyroid, saya akan pastikan saya singgah kantin terlebih dahulu untuk beli apam ini. Masa tu, apam ambon ni dijual kecil-kecil, letak dalam paper liner macam cupcake.
Lama dah tak makan. Kalau ada orang jual kuih Kelantan dekat-dekat sini pun, tak jumpa yang jual apam ambon. Makanya, disebabkan teringin sangat nak makan, saya cubalah buat sendiri. Gigih tau cari resepi di internet. Kebanyakannya saya tak berani nak cuba sebab lihat kandungan gula yang digunakan. Macam banyak sangat pula jika dibandingkan dengan jumlah tepung.
Inilah apam ambon saya. Resepi godek-godek sendiri. Walaupun rupanya tak semenggah (sebab saya kejap-kejap bukak tutup penutup pengukus nak intai apam naik ke tidak hahaha) dan warna agak pucat, rasanya tetap sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 3/4 cawan gula. Resepi asal 1 cawan gula tetapi saya kurangkan sebab tidak gemar terlalu manis.
- 1 sudu teh esen vanila
- beberapa titis pewarna
- Sebelum mula, panaskan pengukus terlebih dahulu.
- Pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
- Setelah itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga semua adunan tergaul sekata.
- Pisahkan adunan kepada dua atau tiga bahagian, bergantung kepada berapa warna yang hendak digunakan. Titiskan pewarna pada adunan dan gaul hingga sebati. Memandangkan saya guna perasa sirap ros, saya cuma bahagikan adunan kepada dua. Satu dibiarkan tanpa warna manakala satu lagi diletakkan perasa sirap ros.
- Masukkan adunan ke dalam bekas secara berselang-seli untuk mendapatkan corak pada apam.
- Kukus selama antara 20 hingga 40 minit, bergantung pada saiz bekas/acuan. Yang pasti, kukuslah sehingga masak.
Yumm, sedapnya!
BalasPadamAlhamdulillah, lepas hajat nak makan 😊
PadamPengetahuan baru tentang apam ambon!
BalasPadamYeayyy! Lepas ni boleh cuba buat pula.
PadamSama macam saya. Baik apam, bingka, kek... suka makan yang masih hangat-hangat panas..sedap! Apam ambon belum pernah makan.
BalasPadamItu yang nikmat kan, kak. Saya ni dahlah memang jenis tak penyabar. Memang tak menyempat nak tunggu sejuk 😂
Padamtk pernah dgr nama apam ni walaupun ore klate tp rasa mcm pernh mkn
BalasPadamMungkin ada nama lain, mama tisya. Saya kurang periksa 😊
PadamWaalaikumsalam.
BalasPadamCantik Gebu. Yummilicious. Kalau buat sendiri boleh kawal Gula dia kan.
Saya pun tak kuat manis.
Betul. Boleh disesuaikan ikut selera.
Padamni kalau tak cakap apam saya ingat kek kukus dah hehe..
BalasPadamNi kes acuan apam tak de hihihi
PadamSedapnya! pink pulak tu. saya suka saya suka!
BalasPadamOh, penggemar pink in da house!
PadamCimelnya nama dia kak.. hehehe.. putih pink jadinya warna dia.. memang best makan panas2.. 😋😋😋
BalasPadamSiapalah yang bagi nama comel Ambon tu, kan?
PadamMemang syiokkk makan panas-panas, Sha. Lagi-lagi, orang gelojoh macam akak. Tak menyempat nak tunggu sejuk 😂
Baking ni saya kureng sikit. Takut bentat. Gula banyak tu biasala kak,orang Kelantan suka makan manis
BalasPadamHehehe manis tu dah memang trademark mereka 😊
Padamrajinnya akak berkarya di atas apom.. heheh kami kt utara panggil apom. lembut gebu nampaknya
BalasPadamWow nampak macam mudah nak buat ni
BalasPadam