DIY Kad Hari Bapa - Tema Google

Khamis, Mei 26, 2016



Berminat nak buat untuk ayahanda sempena sambutan Hari Bapa bulan Jun nanti? Jom! Saya sudah sediakan semua untuk kalian.



Template Kad Hari Bapa


Mula-mula, cetak template di atas kertas/kad berwarna putih. Semasa cetak, jangan lupa set 'Fit to Page' atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Saya gunakan A4 White Manila Card 160 gsm, PopArtz keluaran POPULAR.


Setelah itu, sediakan base card. Untuk yang ini, saya guna A4 White Buffalo Fancy Card 220 gsm. Potong kad mengikut ukuran 21 cm X 21 cm. Lipat kepada dua bahagian. Jika mahu lipatan yang cantik dan kemas, gunakan paper scorer.


Base card yang sudah dilipat. Yang berwarna cream tu sampul surat untuk kad :) OK. Dah tiba masa untuk kita potong-potong dan tampal kad. Potong template mengikut saiz yang sesuai dengan base card. Jangan lupa untuk potong sentimen yang kalian mahu gunakan.


Gunakan glue tape untuk tampal template Google ke atas base card.

Seterusnya, saya guna potongan dimensional tape di belakang sentimen 'Ayah Terbaik di Dunia'. Tujuannya supaya bahagian sentimen ni timbul. Adalah efek 3D sedikit pada kad kita nanti. Lekatkan pada kotak carian. Maka, siaplah kad Hari Bapa! Oh, kalau nak buat kad bentuk laptop pun boleh, macam kad yang saya buat ni...

Tutorial di sini.


Selamat Mencuba!

Nak buat kad lain yang lebih kreatif dan menarik? Klik pautan di bawah ye.



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)


37 ulasan

  1. kalau sis JM buat kad ni utk AYAH dia mesti megucap panjang hhahaha..reason? x pernah buat seumur hidup

    BalasPadam
  2. nice & attractive! this impressive me.

    BalasPadam
  3. cantik and kreatifnya kak. boleh tukar tukar best husband ke best friend ke kan

    BalasPadam
  4. Kad2 ni x sesuai kat my daddy.. HAHA.. belanja makan atau bagi hadiah benda2 yg digunakan sehari-hari tu ok lah.. By da way, cantik kad tu akak.. Boleh buat kat kawan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi takpe, asal kita raikan mereka, dapat berbakti pada mereka,..
      Yess,..kad ni boleh tukar sentimen/ucapannya utk diberi pada kawan2 :)

      Padam
  5. Kretifnya. thanks for the tutorial.

    BalasPadam
  6. wahhhh... good idea lah sis...memang kreatif sangat...hehhe..
    nti boleh suruh anak sy buatkan utk babah nya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, download je template tu..mesti excited anak sis buat sendiri kad untuk babahnya :)

      Padam
  7. salam,
    kad akak buat kreatif ada saja idea

    BalasPadam
  8. kalau ayah yana bagi hadiah terus lagi dia happy hehhee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa tak happy dapat hadiah, dik oiii :)

      Padam
    2. kan , tak fikir lagi nak kasi apa, kasi menantu lambat lagi hahha

      Padam
  9. simple je tapi mmng kreatiflah!

    BalasPadam
  10. Tolong buat kn plisss... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak huda boleh buat sendiri! Kak huda pon kreatif apa

      Padam
    2. Dah tinggal nak potong2 tampal je, Cik Manisah :)

      Padam
  11. sesuai untuk anak-anak kecil bagi kepada bapa diaorang.. kalau bagi kat ayah Eyda mau mengucap panjang orang tua tu.. mesti heran apa kena dengan anak dia sorang nih..

    BalasPadam
  12. Kreatif sungguh..brtuah mereka yg msh da ayah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.