Sekarang saya jarang ada masa untuk buat kerja di bilik kraf. Jadi, apabila ada masa terluang sekali-sekala, memang saya gunakan peluang yang ada sebaiknya. Buat kad ucapan, buat hiasan untuk jurnal dan scrapbook, tulis jurnal, hias jurnal ... macam-macamlah.
Ketika mengemas salah satu laci, saya jumpa beberapa pek tisu cantik. Tisu yang biasa orang gunakan untuk buat decoupage tu. Terus saya teringat satu video yang pernah saya tonton di Youtube - buat kulit jurnal menggunakan tisu, plastik food wrap dan seterika. Apa lagi, saya pun cubalah buat. Sebelum ini saya pernah buat kulit jurnal menggunakan teknik kolaj (lihat di sini). Kali ini cuba pakai tisu pula. Dapatlah dipelbagaikan kulit junk journal saya.
Entri berkaitan: Apa itu Junk Journal?
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kertas tisu bercorak dan plastic food wrap |
- Kertas tisu. Tisu seperti ini biasanya mempunyai dua lapisan. Buang helaian belakang. Kita hanya mahu lapisan yang bercetak sahaja.
- Kertas keras atau kad. Tiada dalam gambar. Jika ingin kulit jurnal yang lebih keras, boleh juga guna card board atau kotak yang dipotong.
- Plastic food wrap
Jangan lupa kita juga perlukan sebuah seterika dan sehelai tuala untuk proses ini.
Mula-mula, saya susun terlebih dahulu kad (paling bawah), plastic food wrap (tengah) dan kertas tisu (atas sekali) serapi yang mungkin. Lurut permukaan tisu biar rata dan cantik terletak.
Setelah itu, lapikkan permukaan dengan tuala dan seterika seluruh permukaan. Haba panas dari seterika akan mencairkan lapisan plastik di tengah seterusnya berfungsi sebagai pelekat yang melekatkan tiga-tiga lapisan tadi.
Hasilnya …
Sudah boleh dijadikan kulit jurnal 😊 |
Di bawah ini pula salah satu kulit jurnal yang sudah dipotong mengikut saiz jurnal saya. Bersedia untuk dijahit.
Cantik tak? Saya suka sangat sangat. Ada juga kegunaan lain untuk kertas tisu decoupage saya. Hendak buat pun mudah sahaja. Selepas ini, bolehlah saya buat lebih banyak kulit jurnal yang cantik-cantik guna kertas tisu.
satu kata ; CANTIK
BalasPadamTerima kasih, PC 😊
PadamSangat sangat cantik. Luar biasa kreatif kak Farrah :)
BalasPadamThanks, Fiza. Orang yang buat video tu yang kreatif. Akak ikut je hehehe
PadamMasyaAllah sangat kreatif semestinyalah so shantek!
BalasPadamThank you, Mrs. A. Bagus idea orang tu kan... dari kertas tisu cantek boleh jadi cover journal cantekk!
Padamcantik dan kreatif. Nak try dekat sketch book saya jugak
BalasPadamSila sila ... selamat mencuba, Khamsi :)
Padamcantiknya. nak buat ni mesti memerlukan kesabaran yang tinggi kan. kalau tak berkedut kulit journal tu
BalasPadamHebat tangan orang kreatif.
BalasPadamkalau dah kreatif tu....bagi apa pun jadi.
BalasPadamkalau bagi kat ammi hmmmmmm
cantikk sangat😍 kreatif
BalasPadamsukanya tgok