Jumaat, Februari 18, 2022

Semua 1 Kilo

Assalamualaikum. Apa yang semua satu kilo? Meh sini nak cerita. Kacang-kacang yang saya beli di Enrico's, Lazada.

Kisahnya, saya beli kacang tanah, kacang hijau dan kacang kuda untuk stok pantri. Kacang tanah untuk digoreng. Bott kalau buat nasi lemak wajib ada kacang tanah. Kacang kuda untuk direbus dijadikan snek kunyah-kunyah antara waktu makan manakala kacang hijau untuk masak kuih kasturi dan bubur kacang hijau.

Saya pesan 500g kacang tanah, 500g kacang hijau dan 250g kacang kuda (kacang kuda memang tak beli banyak sebab masih ada berbaki di rumah). Semasa bungkusan tiba, saya yang terima. Terdetik juga di hati yang kotaknya agak berat tetapi tak syak apa-apalah.

Sesudah dibuka ...

Kekacang yang dibeli 😊

Mereka tersalah hantar. Setiap satu kacang yang saya pesan mereka hantar sebanyak satu kilo. Terus saya hubungi Enrico's dan maklumkan situasi terlebih hantar tu. Yalah, dah terlebih hantar ... kena pulangkan. Saya bayar untuk 250g dan 500g sahaja.

Pihak Enrico's balas dan akui itu kesilapan di bahagian pembungkusan. Mereka maklumkan yang saya tidak perlu pulangkan baki kacang-kacang yang terlebih. Alhamdulillah, senang hati saya. Lega sebab tidak perlu keluar rumah uruskan penghantaran semula kacang. Bersyukur sebab dapat rezeki tak terduga - lebih kacang!

Buat kacang goreng bersalut tepung

Sudah alang-alang ada banyak stok kacang, mulalah otak tu berfikir hendak buat mcam-macam! Tiba-tiba rasa ingin cuba buat kacang goreng bersalut tepung. Selalu beli kat kedai kerepek agak mahal juga kacang tu. Belum campur rezeki dapat kacang tengik yang tidak segar lagi.

Ini hasilnya ...
Kacang Tanah Bersalut Tepung

Ini gorengan pertama. Tangan belum cekap lagi untuk memisahkan butiran-butiran kacang sewaktu hendak dimasukkan ke dalam kuali. Jadi, banyak anak kembar 🤣

Kacang Kuda Bersalut Tepung


Ini pula kacang kuda yang digoreng. Sedap tau! Saya goreng sekali dengan daun kari. Seronok kunyah kacang sambil meratah daun kari garing. Nanti dalam kesempatan lain, saya akan kongsi resepi kacang goreng salut tepung ya.


Berbalik pada Enrico's, ini memang kedai online kegemaran saya untuk beli kekacang dan rempah. Saya suka beli di sini kerana harga kekacangnya agak murah berbanding kedai lain (baik kedai di luar atau di dalam talian) dan kualiti produk sangat memuaskan. 

Berminat hendak intai-intai? Lawati Enrico's di Lazada atau Shopee.

Pstt! Ini scheduled post. Hari ini hari tua saya. Hendak balik kampung, sambut dengan Cekebon dan Cekengah. 🥳 Insya-Allah, kita jumpa lagi nanti! 😊


22 ulasan:

  1. sedap pula tengok kacang salut tepung tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh kacang salut tepung ni memang akan buat orang tergoda!

      Padam
  2. aduh rezeki ni, bagus dapat seller macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rezeki. Dibuatnya dia suruh pulangkan ke... suruh tambah payment ke... tak ke haru nak menguruskan.

      Padam
  3. lama tak makan kacang tanah salut tepung. Dulu siap jual kat sekolah. Memang ralit makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang begini kalau dapat memang makan tak berhenti

      Padam
  4. Alhamdulillah dapat rezeki lebih. Susah jugak nak kena timbang dan pos semula lebihan yang dikirimkan. Sedap ni buat kudap kudapan. Suka kacang goreng bersalut tepung. Buat sendiri lagi puas hati kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Betul tu, Fiza. Kalau kena pulang, jenuh pula nak menimbang nak membungkus bagai... kalau buat derk je tu bukan hak kita. Mujurlah dihalalkan oleh Enrico's. Dapat akak buat kudapan kacang ni dan makan puas-puas :)

      Padam
  5. Rezeki dapat kacang timbangan lebih. Moga tambah rezeki pihak seller yang akui kesilapannya, dan memudahkan urusan pembeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak. Moga bertambah murahlah rezeki peniaga ni.

      Padam
  6. Alhamdulillah murah rezeki. Bagus la kedai ni dia dah tau dia silap so tak payah susahkan customer. Cara yang bagus untuk retain customer tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul. Tak berkira begini, akak dah confirmed jadi pelanggan tetap :)

      Padam
  7. Alhamdulillah rezeki. Bagus jugalah Enrico tu, tak perlu nak pos balik. Kalau tidak telan kos juga kalau nak pos balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju... nak menguruskan tu yang remeh sedikit.

      Padam
  8. Sha suka makan kacang kuda rebus.. Nak kena beli juga nie buat stok..
    Happy bornday Kak Farah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Sha. 😘
      Yeayyy, kita geng! Cepat beli untuk buat stok :)

      Padam
  9. Alhamdulillah, rezeki Farrah tu...
    Kacang salut tepung tu nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki.
      Hihihi kacang goreng salut tepung begini memang sedap untuk buat kunyah-kunyah :)

      Padam
  10. Syukur sangat tu lebih tak perlu kembalikan. Rezeki. Terliur pulak tengok kacang tu..alahai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, maaf PC. Kalau dekat dah ajak PC datang makan dah...

      Padam
  11. sedap tu wat sdiri..ralit la kunyah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.