Buat Birthday Explosion Box

Ahad, Oktober 03, 2021

Assalamualaikum. Sedang buat apa? Ada tak yang pergi jalan-jalan hari ini?

Saya bersiaran dari bilik kraf hari ini. Tengah menyiapkan beberapa kad hari lahir untuk October babies. Ramai juga kenalan saya yang sambut hari lahir bulan sepuluh. Kena mula buat kad perlahan-lahan. Bimbang nanti minggu depan sibuk, tak sempat hendak siapkan. Ada yang boleh beri by hand, ada yang perlu dipos. Jadi, kenalah rancang betul-betul supaya timing cantik. 

Di bawah ini, kad berbentuk kotak atau lebih dikenali sebagai explosion box. Cerita lanjut mengenai explosion box, jemput baca di sini. Buat kad kotak agak makan masa sedikit. Mungkin sampai separuh hari jugalah untuk saya siapkan hingga ke perincian terakhir. Dah lama tak buat explosion box sebenarnya. Waktu rajin terima tempahan untuk explosion box ini, laju je tangan siapkan. Benda semua dah ada, siap diukur siap dipotong. Tinggal pasang dan hias. Sekarang kena mula dari awal, potong, gunting, tampal ... masak jugalah saya. 😂


Explosion box ini untuk sahabat saya di utara tanah air. Dia memang penggemar kombinasi warna hitam dan merah. Saya buat dua lapis. Sekarang sedang dalam proses menghias setiap sisi kotak. Mujurlah elemen-elemen tambahan untuk hias panel kad tu ada yang sudah disiapkan lebih awal. Dahulu, saya pernah buat explosion box tema warna yang sama. Hiasan-hiasan lebih dan tidak jadi guna masih ada dalam simpanan.



Inilah hiasan-hiasan yang saya maksudkan. Antaranya, swing card, folded star dan napkin folded card. Kebanyakannya akan ditampal dengan gambar, quotes dan kata-kata ucapan. Selepas ini hendak kena gali balik gambar-gambar lama saya dan kawan saya sepanjang kami berkawan untuk dicetak. Di bahagian tengah kotak pula, saya rancang untuk letak satu kotak kecil dan isi beberapa ketul coklat kegemarannya.

Bagi saya explosion box ini sesuatu yang menarik kerana bersifat 3D dan interaktif. Ada lipatan yang kena buka, ada panel yang boleh ditarik, ada sisi yang boleh dipusing ... macam-macam lagilah.

Macam mana? Berminat tak dengan explosion box? Kalau minat, bolehlah cuba-cuba belajar buat. Mana tahu ada rezeki boleh dijadikan hobi dan jana pendapatan. Dahulu, semasa aktif terima tempahan explosion box, saya dapat antara RM45 - RM120 untuk satu explosion box, bergantung kepada material, lapisan dan hiasan-hiasan yang digunakan. Terbayarlah kepenatan kematu punggung, lenguh tengkuk dan letih mata demi menyiapkan sebuah kotak. 😊

Jumpa lagi! Enjoy your Sunday!

12 ulasan

  1. Lama rasanya kak Farrah tak buat explosion box ni. Memang renyah nak buat tapi puas hati bila nampak hasilnya. Gambatte!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lama, Sal. Setahun dua ni akak elak terima tempahan explosion box. Tah kenapa, terbayang explosion box, belum buat dah rasa penat hahaha

      Padam
  2. Macam rupa origami.
    Renyah tapi cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang renyah. Sebelum dapat cantik tu, adalah beberapa edisi tak cantiknya, NA. 🤣

      Padam
  3. Rumit nak buat kelopak tu..Menarik yang gaya tarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe juling-juling biji mata saya cuba ikut video di Youtube :)

      Padam
  4. Seronok kalau dapat explosion box ni. Teruja bila membukanya. Tabik spring lah kat Kak Farrah sebab kreatif nau buat explosion box yang cantik lagi menarik.

    BalasPadam
  5. wahh nice...tpi kena gigih juga la kan buat..penat tu..hahahha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.