Pesan Oktober | Hari Kopi

Jumaat, Oktober 01, 2021

Assalamualaikum. Salam 1 Oktober!
Selamat melangkah ke bulan baharu. Kita sudah sampai ke suku tahun terakhir untuk 2021. Cepat benar masa berlalu, bukan? 

Hari ini saya sangat teruja. Bagi penggemar kopi (coffee lover), pasti kalian juga seperti saya. Hari ini Hari Kopi Sedunia! Yeayyy! Saya berkopi dari pagi hingga ke petang. Tetapi, jangan risau. Masih dalam portion yang terkawal. Banyak tawaran kopi menarik yang tak boleh resist. Tadi sempat beli beberapa pek biji kopi di Lazada. Ganjaran untuk dirilah konon-kononnya sebab berjaya lunaskan semua kerja bulan lepas sebelum deadline.

Kemudian, seorang teman hantar kek kopi, aiskrim kopi dan dua cawan kopi kepada saya. Bukan main seronok lagi kami berdua di rumah ni berkopi-kopi.😊

Pesan Oktober

Memandangkan hari ini hari kopi, saya kongsi satu quote tentang kopi dan kehidupan dengan kalian. Ini salah satu quote kegemaran saya.


Kehidupan umpama secawan kopi. Terserah kita bagaimana hendak bancuh, sediakan dan nikmati kopi tersebut. Ringkasnya di sini, apa pun yang kita hadapi, sama ada baik ataupun buruk, semua berbalik pada diri kita … cara penerimaan kita.

Semoga Oktober akan jadi bulan yang baik dan indah buat kita semua. 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang berkunjung memeriahkan tower saya. Rajin respons dan tinggal komen. Saya benar-benar hargainya. Maaf andai saya sepi dan lama tidak munculkan diri di blog kalian. Bulan lepas agak sibuk dengan tugasan hakiki. Hanya mampu ziarah beberapa blog tertentu sahaja. Setiap kali hendak blogwalking, bukan main lagi pasang hasrat setinggi gunung mahu ke blog ini blog itu. Namun, kudrat terbatas. Belum apa-apa, mata sudah mengalah. Insya-Allah, perlahan-lahan saya jejak kasih dengan kalian ya. 

Jaga diri!

19 ulasan

  1. Selamat hari kopi, penggemar kopi. Tapi Eza minum kopi tenom je la. Hihi.

    BalasPadam
  2. Salam satu oktober & selamat meyambut hari kopi sedunia

    BalasPadam
  3. Amin!mudah mudahan bulan yg baik utk kita semua!
    shida pun suka kopi..lagi2 kopi o panas..fuh!

    BalasPadam
  4. selamat hari kopi sedunia! esoklah baru saya sambut sebab dah malam baru perasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah sambut ke belum tu? Kalau belum mehla merentas daerah ke mari.

      Padam
  5. Kita br tau hari kopi sedunia arini.. Lately ni bz sgt smp x anek tau hal dunia hahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Kak Ret. Utamakan yang penting dahulu. Dah tenang nanti, hari-hari kita boleh jadikan hari kopi :)

      Padam
  6. oo ya ka..semalam hari kopi sedunia..sy baru tau..terima kasih bgtau

    BalasPadam
  7. Kita baru tahu hari semalam tu hari kopi sedunia lepas tengok berita hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minggu ni meriahlah kita berkopi-kopian. Banyak kedai buat promo sempena hari kopi :)

      Padam
  8. selamat hari kopi! ari2 pon nk minum kopi..
    kopi is ohsem! haha

    BalasPadam
  9. Ada juga hari kopi sedunia. Iya, bancuh mengikut selera kita sendiri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut selera tu yang penting kan... Hari Kopilah antara hari yang akak iktiraf sebagai keraian akak juga hahaha

      Padam
  10. bla kita nk ngopi dgn yuri? heheehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.