Guitar String Winder

Selasa, November 15, 2016

Satu lagi item yang saya beli menggunakan e-coupon LAZADA (baca mengenainya di sini). Guitar string winder. Apa kegunaan guitar string winder ni? Alat untuk memudahkan kita tukar tali gitar. Jika tidak menggunakan alat ini, akan ada elemen terkial-kial dan puas berpenat lelah memusing pegs ketika membuka dan memasang tali gitar hihihi


Milik saya :)
Brand Alice. String winder ini dwifungsi. Satu, untuk wind and unwind tali gitar. Dua, untuk cabut bridge pins. Sesuai untuk gitar akustik dan elektrik. Harganya cuma RM12 termasuk kos penghantaran. Jadi, disebabkan saya dapat potongan sebanyak RM10, saya hanya perlu bayar RM2 untuk guitar winder ni. Diulang dua ringgit ye,..

Hoorayyyyyy!
Berminat nak dapatkan guitar winder atau keperluan untuk gitar dan alat muzik kalian? Cari sahaja di LAZADA. Lagipun, sekarang ini kan tengah JUALAN ONLINE REVOLUTION,...ada banyak produk dijual dengan tawaran harga yang awesome!


Dah ada guitar string winder, semakin mudahlah kerja saya. Err, please abaikan rupa paras si Kapok yang berhabuk berdebu tu. Lama dia kena tinggal sejak saya pindah ;)

Projek groom si Kapok bermula. 

Pusing pegs guna string winder.

Proses nak buka tali, pasang tali jadi lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Kalau tidak, jenuh jugalah dua jari nak memulas pegs satu demi satu.

Guna untuk cabut bridge pins

Pada bahagian tepi guitar string winder, ada lubang kecil. Fungsinya untuk cabut bridge pins (pin bulat warna putih tu) seperti dalam gambar di atas. Kita letak ngam-ngam pada bahagian dasar bridge pins dan tarik je winder tu ke atas. Sebelum ini, saya terpaksa guna playar. Abis calar-balar pin-pin tu ada kesan playar :)

Sebenarnya guitar string winder ada banyak jenis dan bentuk. Malah ada yang battery-operated lagi.  Tetapi, bagi saya yang ini pun dah memadai. Bukannya tukar tali gitar tiap-tiap hari :) Bagi yang sedang cari winder seperti ini, boleh dapatkannya di LAZADA.

33 ulasan

  1. wow... teringin akak nak main gitar.... dl masa sekolah masuk kelas muzik tapi main organ, nak ambil sama kelas gitar... tapi cikgu gital brutal sangat... sekali dia tegur dah takut!!! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambik je kelas main guitar dengan farrah. nanti farrah bagi diskaun harga yuran. hehehhe

      Padam
    2. Saya tak layak ajar orang main gitar sebab saya pun tahu yang basics je. Takat untuk petik2 hibur hati 😊

      Padam
  2. Oooo.. ada alatan khas rupanya untuk putar. Selalu nengok anak main, dorang main pulas guna jari saja

    BalasPadam
  3. owh baru tahu pasal ni, thanks pengetahuan baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan akak kan, pengetahuan baru ni

      Padam
    2. seni dan farrah tak dapat dipisahkan

      Padam
    3. fhatin, frrah tak main guitar, dia betulkan tali guitar jer. heheh

      Padam
    4. Adeh,...tersengih-sengih saya baca komen-komen Intan ni 😊

      Padam
  4. ok disebabkan tak berapa mahir bab guitar...agak kurang faham kegunaannya...

    tapi

    bagi yang selalu dan mahir sangat goreng guitar sudah tentu faham yang membantu...

    ilmu baru ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arz dulu pernah belajar sekejap kan? Ada member dari Sabah yang ajar kan?

      Padam
  5. lazada memang murah kalau tahu waktu dan cara membeli...

    BalasPadam
  6. Baru tau jugak hari ni benda ni Farah
    Ketiggalan keretapi sungguh la kann
    Tkpe lah tu kan drpd tk tau langsung kan!!

    BalasPadam
  7. peerggh! hebatlah farrah! saya tak tahu pun pasal benda alah ni

    BalasPadam
  8. tak pandai main gitar tapi selalu berangan pandai mai gitar. perhhh hebak ah kak farah hehe

    BalasPadam
  9. Saya ada gitar tapi noob sikit bab bab gitar ni T.T

    BalasPadam
  10. yessss.. akhirnya, berjaya jugak saya menewaskan JM untuk berada di carta tertinggi buat julung-julung kalinya. hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhaa. sekejap jer mengungguli carta. JM dah ambik alih dah tempat dia

      Padam
  11. Tak reti main gehtar.. kalu tak boleh beli... haha ha

    BalasPadam
  12. Kak farrah pandai main gitar.. Nanti boleh buat satu video kak farrah nanyi sambil main gitar dalam blog.. :)

    BalasPadam
  13. Takde gitar , mummytak valid tuk beli..ehhehe :D

    BalasPadam
  14. ohhh guna utk tukar tali gitar..ingatkan apa lah tadi...x pernah tgk..ye aa x de gehtar heee

    BalasPadam
  15. ishh..patutlah ramai serang LAZADA..murah sgt tu

    BalasPadam
  16. senang la ade bnd ni kan kak farrah...
    xde la sakit tangan nak pulas...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.