Ada Apa dengan Stardenburdenhardenbart

Rabu, Ogos 11, 2021

Jangan pening kepala dahulu! Memang kita cakap Jerman hari ni. Stardenburdenhardenbart. Apa bendanya tu?

Sebenarnya, saya lihat seorang pengguna Instagram ni (atau di Youtube, saya tak berapa ingat) buat eksperimen memanggil kucing dengan pelbagai panggilan dan bahasa, kemudian lihat reaksi kucing sama ada akan respons pada panggilan tersebut ataupun tidak.

Kelakar juga. Faham-faham sahajalah ragam kucing. Waktu hendak menoleh, kucing tu menolehlah. Jika tidak, buat derk sahaja. Tetapi, apa yang menarik, kucing-kucing yang 'disapa' memang akan beri reaksi apabila dipanggil menggunakan stardenburdenhardenbart.

Pelik. 

Kenapa stardenburdenhardenbart

Rupa-rupanya, stardenburdenhardenbart ialah perkataan yang berasal dari bahasa Jerman. Perkataan ini ada banyak makna - I love you, look at me, hey, come here ... namun tidak dapat dipastikan yang mana satu benar-benar tepat. Stardenburdenhardenbart memang biasa digunakan untuk memanggil haiwan seperti kucing dan anjing. Perkataan ini berjaya memancing perhatian haiwan-haiwan tersebut mungkin kerana sebutan dan bunyi tuturnya yang agak kelakar.

Kalau bosan, cari di Youtube atau Instagram. Cuba tonton klip video yang ada. 😊


Yuri yang tak cool!

Teringin pula hendak lihat reaksi si Yuri. Ni kes bosan sangat tak ada kerjalah ni. Berusaha saya lancarkan sebutan stardenburdenhardenbart

Macam-macam intonasi saya guna untuk sapa dia. Suara keras, suara lembut, suara nyaring … Tetapi, sedikit pun Yuri tidak terkutik. Dari awal dia tengah leka menung, sampailah ke percubaan ke-10 dan saya mula rasakan tindakan saya agak bodoh 😂 ... beginilah ekspresi muka dia melentuk atas kusyen kegemaran.

Yuri memang tak cool. Sebelum ini, saya buat eksperimen letak timun belakang dia, dia tak terkejut pun. Tengok dekat IG dan Youtube, bukan main tinggi lagi kucing-kucing tu melompat sebab terperanjat. Yuri cuma pusing, hidu timun tu sekejap, kemudian berlalu pergi. 

Samalah situasinya. Stardenburdenhardenbart berjaya buat kucing lain berpaling, Yuri kekal buat muka toye.

Haa ... siapa-siapa yang ada kucing di rumah tu, bolehlah cuba laung stardenburdenhardenbart pada si neko kalian. 

Selamat menikmati hari!


Pstt! Saya blogwalking dan balas komen nanti ya. Dua tiga hari ini bakal sibuk. Insya-Allah, ada kesempatan saya curi waktu 😊



22 ulasan

  1. Yuri si kucing selamba.
    Kucing saya tidak mesra dengan saya, nampak sahaja lari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yuri pun tak mesra mana, NA. Dia jenis kucing diva. Garang dan tak reti purr. Tangan saya ni memang calar-balarlah kena gigit dan cakar dengan dia. 😅

      Padam
  2. Yuri ni bijak sebab tu tak takut timun kot. Kucing Naniey pun sama. Try buat dengan timun dia buat derk je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... konon nak tengoklah dia terperanjat macam mana... sekali krik krik 😂

      Padam
  3. rsnya yuri ni xleh gne bahasa jerman kot.. try guna bahasa lain msti dia toleh.. haha..

    pyh la nk sbot starden amnde tu la.. berbelit lidah.. hahakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah mungkin... nanti cuba bahasa lainlah kat dia :)

      Padam
  4. Bila dibaca perlahan-lahan boleh pula disebut dengan baik! Seronok juga belajar bahasa Jerman ni.

    BalasPadam
  5. Nak cuba jugalah dengan kucing² saya..

    BalasPadam
  6. Elok nak habiskan 1 perkataan tu kucing pun lari kak farrah. hahahhaha kena practice dulu betul2.

    Esok nak try lah dekat kucing jiran

    Yuri so cuteeeee! Muka taknak layan tuuuuu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, persediaan awal kena practice sebut laju-laju macam tongue twister tu. Dah dapat sebut dalam satu nafas, moh kacau kucing jiran tetangga 😁

      Muka bolayan Yuri buat rasa nak cakap Assalamualaikum je kat dia hahaha dah stardenburdenhardenbart ni tak layan.

      Padam
  7. takde kucing, nanti nak try pada kucing jiran.hehe. nanti mesti mak saya ingat saya ting tong.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... kalau boleh masa cuba tegur kucing jiran tu jangan ada saksi kejadian. Nanti orang rakam, terviral pula. Susah kalau glamour hahahaah

      Padam
  8. ohhh!! balik nnt nk try lah kt mika.. hehehe

    BalasPadam
  9. Adoiii terbelit lidah nk sebut nya tu hehehe

    BalasPadam
  10. Kucing Malaysia rare kak farrah hahahaha. Kalau kucing overseas semua pelik pelik perangai, sampai kat kucing Malaysia, apa benda pun tak jadi hahahahahaha.

    BalasPadam
  11. Ada maksud tersendiri . Kena sebut slow2 kang tergigit lidah

    BalasPadam
  12. 😆😆😆😆😆😆😆hanya sy shj yg mampu menggoyahkan jiwa raga bakul yuri dgn perkataan tu. tgk sebut ya. starbucks starbucks... kan yuri dah senyum tu😆😆😆😆😆😆

    BalasPadam
  13. Tergeliat lidah nak menyebutnya. Ala, buat tak layan pulak Yuri ni. Nyampah tau! Muka tu saja je buat kita geram.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.