Selamat Tahun Baharu Islam 1443 H

Selasa, Ogos 10, 2021

Assalamualaikum. Hari ini 1 Muharam 1443 Hijrah. Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam!

Walau di mana pun kalian berada, dalam situasi apa sekali pun, moga ketibaan tahun baharu ini dapat kita dialu-alukan dengan hati dan minda yang lapang, penuh kesyukuran, penuh pengharapan.

Cepat benar masa berlalu, kan? Sedar tidak sedar, 1442 telah berakhir. Berakhirnya satu tahun, bermula satu tahun yang baharu. Mudah-mudahan 1443 ini bakal membawa banyak khabar gembira yang indah buat kita. Semoga fasa kehidupan yang dihantui Covid-19 akan berlalu segera. Semoga tahun ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik, hamba yang taat, banyak beramal dan sentiasa mengingati Yang Maha Pencipta.

Ada pasang azam tahun baharu tak? Atau teruskan dengan azam tahun sebelumnya? Ambil masa untuk renungkan apa yang penting, apa yang ingin kita capai baik di dunia mahupun akhirat. Jom mula pacu langkah Muharam dengan cuba realisasikan target kita.


Saya doakan yang terbaik buat kalian semua.

Selamat beristirahat.


28 ulasan

  1. Salam Maal Hijrah dari SA dan keluarga

    BalasPadam
  2. Amin. Tq.
    Selamat Tahun Baru Hijrah juga.

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut Maal Hijrah 1443H. Semoga ada sinar lebih cerah tahun baru ni dan semoga akan baik baik je nanti. Aaminnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin YRA! Insya-Allah, akan ada sinar cerah utk kita semua 😊

      Padam
  4. Selamat melangkah ke tahun baharu 1443 H.

    BalasPadam
  5. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Insya-Allah, sama-sama kita berusaha ke arah itu 😊

      Padam
  6. amin amin amin,
    Selamat tahun baru hijrah juga buat kak farrah ^_^
    insyaAllah akan terus memacukan azam lalu. dan terus melangkah sehingga ke mercu!

    BalasPadam
  7. Selamat tahun baru kak Farrah dan keluarga. Semoga sentiasa dibawah lindungan Allah swt

    Azam? Masih sama dan akan perbaiki dengan lebih baik.Amiinn

    BalasPadam
  8. 1443 H..semoga lebih baik dari yang semalam

    BalasPadam
  9. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.

    BalasPadam
  10. Salam Maal Hijrah 1443 Farrah.
    Moga terus istiqamah dalam melakukan perkara yang membawa kebaikan dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  11. salam maal hijrah kak Farrah. Masih berusaha menunaikan azam lama

    BalasPadam
  12. Salam Maal Hijrah kak farrah dan family :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.