Cucur Keluar Gua

Isnin, Ogos 09, 2021

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Ada tak yang bersarapan cucur hari ini?

Tempoh hari, jiran sebelah rumah saya, Nenek P beri cucur untuk minum pagi. Kebetulan pagi tu, saya baru selesai hantar kerja kepada client. Setelah 3-4 hari berkurung buat kerja suntingan, keluar bilik disambut dengan cucur comel-comel ni. Alhamdulillah, rezeki! Ada cucur sedap untuk raikan saya keluar gua. Terus pergi bancuh kopi!

Inilah cucur keluar gua saya. Cucur nuget dan sosej. 

Adunan bater ditambah dengan hirisan nuget dan sosej lalu digoreng garing. Sos cecahnya pula Bott yang buat - mayones digaul dengan sedikit sos Sriracha. Enak betul setiap suapan ada potongan nuget dan sosej yang dilawan dengan rasa masam pedas lemak mayones Sriracha. Memang sekejap je licin-licau cucur pemberian Nenek P kami makan.

Itulah uniknya hidangan bernama cucur. Letak apa pun boleh! Sekadar letak hirisan bawang pun dah sedap, apatah lagi jika dimasukkan bahan-bahan lain seperti ikan bilis, daun bawang, hirisan cili, jagung, kentang, keledek dan cendawan buat memewahkan rasa.

Kalian suka makan cucur apa? Saya ni kalau ikutkan, semua jenis cucur saya makan. Berselera sahaja. Paling suka tentunya cucur pisang. Lagi satu kesukaan saya ialah cucur jagung dan ikan bilis. 

Di bawah ini ada beberapa resepi cucur yang pernah saya kongsi sebelum ini. 


Cucur Tauhu


Cucur Roti Berkeju


Cucur Keledek

Selain bahan-bahan di atas, ada tak bahan tertentu yang kalian suka masukkan ke dalam bater cucur?


17 ulasan

  1. Saya suka cucur yang paling lagenda iaitu cucur pisang dan cucur bawang

    BalasPadam
  2. Cucur bubur kacang legend air tgn nenek.. nenek sy kalau buat bubur kacang dia simpan jugak utk dijadikan cucur.. sedappp.. sy x penah pulak belajar mcm mana dia buat sbb selalu dh siap hidang je

    BalasPadam
  3. Comel je "keluar gua"..hehe..favourite of course cucur pisang dan cucur jagung! :)

    BalasPadam
  4. Baru-baru ini baru cuba cucur letak roti. Sedap pula teksturnya.

    BalasPadam
  5. Wah kretif tu campuran nuget dan sosej dalam bater cucur tentu sedap dengan sos, cucur jemput-jemput pun enak. Paling asas kan..

    BalasPadam
  6. Wah semua sedap2 la. Boleh try nanti. Asyik buat cekodoh biasa je. Boleh try cekodok lain pula..

    BalasPadam
  7. Kenapalab kena baca time tgh malam hahaha lapo

    BalasPadam
  8. Rezeki keluar gua dapat cucur sedap. Saya pun, apa jenis cucur onz je. Selain bahan bahan disebutkan di atas, saya suka letak kucai, kobis, taugeh, isi udang. Apa lagi ekkk

    BalasPadam
  9. Selamat keluar dari "gua" heheh

    Saya suka semua cucur juga. tapi paling fav mesti la cucur jagung mak saya buat. Tak tahu kenapa kalau cucur jagung ni makan sejuk2 pun sedap . Kalau panas lagi lah makan tak ingat dunia

    BalasPadam
  10. semua cucur sedap, tambah sedap klau tambah sayur kucai, pun sedap!

    BalasPadam
  11. Suka semua jenis cucur... yang penting rasanya sedap hihihiii!

    BalasPadam
  12. cucur pisang, cucur kurma, cucur kucai plus ikan bilis, cucur nasi sejuk, cucur jagung...tu antara yang saya suka

    BalasPadam
  13. Biasa makan cucur pisang, cucur ikan bilis aje hehehe.
    Kreatif ya nama cucur kak farrah tu hahahaha.

    BalasPadam
  14. sy membayangkan bla dpt mkn cucur panas2 dan lps tu ssh nk stop����

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.