Resepi Air Fryer - Cucur Keledek

Rabu, September 12, 2018

Resepi cucur keledek air fryer di akhir entri.

Saya ini memang penggemar cucur @ cekodok @ godok. Tak kisahlah, apa jenis cucur semua memang ON aje. Dahulu semasa kecil, memang gemar sangat makan cucur bawang. Pengasuh saya, Mak Tina akan buatkan cucur bawang untuk makan depan TV petang-petang sambil tengok kartun.

Masa sekolah menengah pula, tinggal saya seorang je di rumah dengan ibu dan baba. Adik-adik lain duduk dekat asrama. Tiap-tiap pagi Cekebon akan buatkan pelbagai versi godok untuk saya bersarapan dan bawa bekal ke sekolah. Antaranya, godok bawang, godok ikan bilis, godok isi ketam, godok fish cake dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak cekodok Cekebon, cucur keledek antara yang paling saya suka. Lemak manis gitu. Apabila tergigit potongan keledek tu, nikmatnya!

Lihat juga: Resepi Bebola Keledek Viral


Kebetulan ada satu keledek kecil di dapur. Lebihan keledek yang Cekengah beli untuk diet dia. Bila tinggal satu ketul kecil tu, nak dibakar pun alang-alang. Jadi, saya dadukan kecil-kecil, masukkan ke dalam adunan cucur.

Disebabkan dah nak makan tepung (faham-fahamlah kalorinya berapa banyak), rasa insaf tu adalah terlintas di hati. Makanya, kita buat cekodok keledek guna air fryer. Tak perlu minyak. Tak perlu deep fry. Cuma, jika nak buat cekodok air fryer, tak bolehlah pakai bater cair biasa. Tepung adunan perlu dijadikan doh terlebih dahulu macam style buat cucur kembung manis yang viral tu.

Cucur Keledek Air Fryer 

Resepi Cucur Keledek

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air panas
  • Isi keledek yang didadu kecil-kecil
  • 1 sudu besar gula (Saya tak letak pun sebab isi keledek tu dah manis.)
  • 1-2 sudu besar susu tepung (Untuk rasa lebih lemak. Tak letak pun tak mengapa.)
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kering;-tepung, isi keledek, susu tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk sederhana besar. Gaul sekata.
  2. Masukkan air panas dan gaul sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
  3. Biarkan seketika sehingga doh sejuk sedikit dan boleh digentel.
  4. Basahkan tapak tangan dengan air, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Ulang langkah yang sama sehingga doh habis.
  5. Goreng di dalam air fryer. Suhu bergantung kepada air fryer masing-masing. Saya punya ni 180 darjah celcius, selama 10 minit. Jika nak gelap dan garing sedikit cucurnya, tambahlah lima minit lagi.
Selamat mencuba!



22 ulasan

  1. banyak dah ni tengok resepi pakai air fryer, nak kena beli jugak ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni ada banyak pilihan. Pilih je yg mana berkenan di hati dan within bajet kita ๐Ÿ˜Š

      Padam
  2. Balasan
    1. Bolehlah,...makan dengan senyuman ๐Ÿ˜Š

      Padam
  3. wah menarik nih, boleh cuba klu dah ada air fryer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak pakai air fryer pun boleh, Eyda. Sedap ni buat minum petang dengan anakanda berdua tu ๐Ÿ˜Š

      Padam
  4. Sedapnyaaa! Nani first time tengok cucur keledek ni, nanti boleh lah try buat dekat rumah pulak.

    BalasPadam
  5. CT ingatkan keledek tu yang dilenyek2.. macam kita buat cokodok. tapi pkir balik keraih kemain haha rupanya dadu =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dadu kecil2, dik. So, by the time kita habis goreng, keledek tu dah lembut. ๐Ÿ˜Š

      Padam
  6. Cekodok sedapnya dimkan hujan2 cm ni... Ada air kopi sekali ka.

    BalasPadam
  7. tu la, dah ramai yang mula share pasal air fryer.. macam best sebab sihat kan.. nice share.. kalau dah beli nanti boleh cuba..

    BalasPadam
  8. hmmmm menarik cara ni.
    cucur aida memang kena goreng minyak. tak pernah nak test air fryer, farrah.
    sebab mcm cair, kan.
    so nak kena jadikan mcm doh ekk? hmm menarik.

    BalasPadam
  9. sedapnya dpt mkn panas2... pg tadi kempunan sy nk mkn cucur manis sebab dah habis waaaaa

    BalasPadam
  10. x pernah try lagi guna air fryer ^^ air fryer pun xde hihi

    BalasPadam
  11. Wah.. satu kelainan.. selalu buat keledek goreng je..

    BalasPadam
  12. Sangat enak untuk di makan

    BalasPadam
  13. alahai comelnya cucur tuh. yang penting bagus untuk kesihatan kerana tanpa minyak.

    BalasPadam
  14. Terima kasih... Share cara bancuhan tepung tuk cucur... Sy dh beli AF.... Tuk cucur x reti macam mn adunannya... Biasa goreng dgn myk kan so bancuhan tpg agak lembik atau cair... Sy nk try bt cucur jagung lah.. Tq ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Untuk cucur roti airfryer memang kena jadikan doh terlebih dahulu dan kita gentel sebelum masak di dalam airfryer. Selamat mencuba! Moga cucur jagung yang dicuba berhasil ๐Ÿ˜Š

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.