Buat Kad dengan Coffee Clear Stamps

Selasa, September 11, 2018

Untuk projek kraf (buat kad atau scrapbook layout), saya selalu beli clear stamps ikut tema. Misalnya birthday, bunga-bungaan dan travel. Senang nanti nak buat design kalau dah ada set yang bertema begini.

Di bawah ini antara koleksi clear stamps saya dengan tema kopi. Faham-faham sahajalah, saya dengan kopi memang tak boleh pisah. Buat kad dan scrapbook pun nak heret elemen kopi juga! 

Memang suka sangat dengan ketiga-tiga set ni. Comel-comel! Geram!


Alang-alang dah ada depan mata,...dah belek-belek, terus decide nak buat kad. Saya suka dengan stamps yang kecil-kecil tu (atas sebelah kiri). Tetapi, jika nak pilih satu sahaja dan djadikan hiasan utama kad macam kecil sangat pula.

Jadi, saya guna beberapa stamps sekaligus dan hasilkan latar belakang untuk kad. Di bawah ini salah satu daripada hasilnya. Saya guna teknik tone-on-tone. Maknanya saya stamp guna dakwat yang sama shades atau tona dengan warna kad.


Cetakannya tidak terlalu terang. Just a simple background dengan tona lembut sebab nanti hiasan utama kad saya akan guna something bright dan kontra. Tidak ada susunan yang spesifik. Tepek-tepek je, penuhi ruang dengan stamp yang sesuai.


Yang ini pula, pattern-nya saya buat secara menegak. Guna tona yang lebih terang daripada kad. Coffee stain tu saya guna teknik heat embossing supaya nampak lebih realistik.


Salah satu kad yang siap - a belated birthday card.


Saya tampal corrugated board dari warna yang sama. Konon-kononnya zarf la. Pemegang/lapisan luar cawan kopi tu. Final touch, sentimen 'Sending You A Latte Birthday Wishes!' Insya-Allah, kad kopi lain yang dah siap saya kongsi entri lain ye.


Pssttt! Nak tengok kad-kad lain? Intai di sini ye :)

11 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.