Assalamu'alaikum.
Seperti biasa, timbul tenggelam timbul tenggelam dan buat kesekian kalinya saya timbul kembali di blog ni. Rindu betul akan tower sunyi sepi saya ni. Hendak buat macam mana, banyak benar urusan di luar yang perlu dilunaskan.
Entri terakhir saya 12 September. Rasanya macam tak adalah lama sangat saya tinggalkan blog. Entri draf pun makin lama makin bertambah. Tak dan nak publish. Tahu-tahu dah 20 September! Baki 10 hari je lagi untuk bulan ini. Alahai, tempus fugit!
Tempus fugit ini merupakan istilah latin yang bermaksud masa berlalu begitu pantas. Dah lama tak guna. Dahulu semasa belajar, tahulah sedikit sebanyak istilah latin dan singkatan (abbreviation) yang diambil dari bahasa latin. Sekarang 'wes tuek' [ baca: sudah tua ;) ], dah tak ingat sangat dah. Otak dah berkarat. Tetapi, dalam karat-karat tu, tempus fugit memang tak saya tak lupa. Personally, saya macam fascinate dengan phrase yang satu ini. Setiap kali tak menyempat siapkan assignment, bukan main lagi guna alasan tempus fugit. Hahaha! Bukan laku pun!
Tetapi, betul kan? Setuju tak jika saya kata yang masa sekarang terlalu cepat berlalu? Sangat cepat. Tak terkejar sebenarnya. Dari satu minggu ke satu minggu, tak jauh jarak. Rasa macam baru lagi hari Jumaat. Esok dah nak jumpa satu lagi Jumaat. Ada sesuatu yang perlu direnungkan. Kredit untuk MinangBertauhid.
Akhir-akhir ini saya memang sibuk.
Sibuk dengan projek kraf. Ada beberapa tempahan kad (terutamanya kad tahniah untuk perkahwinan dan kad hari lahir) yang perlu saya siapkan. Setiap satu kad dambakan ketelitian dan kesabaran saya huhuhu.
Sibuk dengan projek Lelaki Langit Bumi. Alhamdulillah, we are now at 27k views. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi baca. Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, Novel LLB bukan sekadar muat naik bab demi bab di Portal Ilham sahaja. Ada pula kerja-kerja sampingan + analisis + edit yang perlu dibuat. Yang ini tidak perlu hurai lanjut,...bosan kalian nanti.
Sibuk hendak berpindah rumah. Ni paling tak suka. Huhuhuhu. Malasnya nak mengemas! Tetapi transisi perpindahan saya akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ni. Jadi, sedap-sedapkan hati je... konon lama lagi ;)
Dalam sibuk-sibuk tu, rindu pula nak berukhuwah dengan kawan-kawan blogger. Nanti jangan lupa tinggal jejak di ruangan komen. Saya nak blogwalking hujung minggu ini, insya-Allah.
Belajar phrase baru hari ni. Thanks kak Farrah ^^
BalasPadamMypleasure 😊
PadamLaaa ingatkan nama makanan apa ka..
BalasPadamAgak2nya apalah menu tempus fugit tu ye 😆
PadamSemiga dipermudahkan urusan kak farah
BalasPadamAminnnn. Thanks so much, Zarul.
Padamberpindah rumah ke, farrah?
BalasPadamaida pun bercadang nak pindah rumah by end of this year.
tapi tu la. ntah la... mcm suntuk plak masa.
kabinet dapo lom cukup bajet.
rumput karpet lom cukup bajet.
hi hi hi hi :)
memang betul la farrah. masa itu emas.
jap jer masa berlalu. dlm tak sedar, abis dah seharian.
lelebih anak-anak bertiga ada umah ni.
heboh si kakak, heboh syuhada, heboh kan ijat.
tgk jam, eh dah nak asar???!!!
rasa nyer mcm baru lagi aku solat zuhur tadi hu hu hu hu...
Ye, Aida. Sebenarnya tiada dalam perancangan tahun ni pun. Tapi atas sebab tak dapat elak, kenalah selesaikan urusan pindah seberapa segera. Memang masa berlalu macam tu je kan,...cepat sangat!
Padamoh? pindah rumah lagi? perlu bantuan saya tak?
BalasPadamtempus fugit, perkataan baru ni :) betul, masa berlalu sangat cepat..
BalasPadamBetul tu kak.. masa berlalu sangat cepat skrg nie.. huhuhu..
BalasPadamKita baru tahu kewujudan term ni. Heheh. Thanks Kak Farrah ;)
BalasPadamingatkan resepi baru. rupanya bahasa latin. terima kasih kerana berkongsi. itulah rasa cepat sangat masa berlalu, lusa dah bertukar ke bulan 11.
BalasPadam