Projek Lelaki Langit Bumi | Domo Arigato, Sha Mohamed

Selasa, Ogos 07, 2018

Assalamu'alaikum,

Bagi yang perasan, di tower saya ini kerap juga saya promosikan tentang 'Lelaki Langit Bumi'. It's actually an online novel yang saya dan team sedang usahakan. Ini kira projek suka-suka-tak-ada-kerja sayalah.



Ada Apa dengan Lelaki Langit Bumi

Saya panggil projek ni Projek Syok Sendiri hehehe 😉. Pada asalnya, sekitar penghujung 2013 - 2015, saya terlibat dengan satu projek researchResearch tentang blogger (pengaruh, latar belakang, jenis, dll), muzik (minat, trend semasa, alat muzik), kraf (kraf kertas, DIY)  dan macam-macamlah. Sedikit sebanyak contents FAMF Tower sekitar tempoh itu mula dipengaruhi oleh aspek-aspek ini. Somehow, the particular research went with a different directionSo, my team and I were left with all the research findings. 

Tidak tahu nak buat apa (pada masa yang sama tak mahulah apa yang kami usahakan selama ini jadi sia-sia), kami kumpul semua hasil kajian dan garap jadi sebuah novel online. Mengapa novel online? Sebab kami mahu Lelaki Langit Bumi (LLB) ini bergerak dan evolve bersama pembaca. Jika boleh, kami nak setiap pembaca LLB rasa turun naik emosi watak utama Ariyyan dan Diha 'Afina serta watak-watak sampingan seperti Dina, Bima, Bahri , Ibu Sastri dan Armand.

Jika ikut manuskrip asal, novel yang mengisahkan kehidupan seorang blogger sambilan, Diha 'Afina ini tentunya dipenuhi dengan watak-watak penulis blog. To make it more interesting, we decided to import blogger sebenar ke dalam LLB. Berikut mereka yang dah buat penampilan dalam LLB setakat ini:


Terima kasih banyak-banyak, guys! Sekurang-kurangnya, jika orang baca, they know that these characters exist. Boleh singgah blog mereka sekali. Dapatlah tahu serba sedikit mengenai dunia blogging 😊

Domo Arigato, Sha Mohamed

Sewaktu mula terbitkan bab demi bab di Portal Ilham, we don't expect anythingTry test market je. Tetapi, tidak sangka, ada juga yang suka dan boleh terima LLB. Sokongan paling kuat dan padu kami terima daripada Sha Mohamed. Siap beberapa kali buat review tentang LLB. To be reviewed by Sha is really an honour. Saya siap minta pandangan Sha lagi. Maklumlah Sha ni penggemar novel. Klik gambar di bawah.

Review Lelaki Langit Bumi oleh Sha Mohamed

...dan baca review pertama Sha di siniThank you so much, Sha! Terharu sangat! Terima kasih atas sokongan dan doa. Terima kasih kerana sudi baca bab demi bab, sudi komen dan beri feedback. Mmmuahhhhh! 😘😘😘


Jemputlah baca Lelaki Langit Bumi. Mana tahu selepas ini, rezeki kalian pula untuk kami import masuk. Semasa novel ini ditulis, team kami terbahagi kepada dua. Satu yang sokong Ariyyan habis-habisan manakala satu lagi berpihak pada Diha. Jadi, jika kalian ada masa, jangan lupa nyatakan watak pilihan kalian #teamdihaafina atau #teamariyyan. Sha di #teamdihaafina. Saya pula di #teamariyyan. Si Bott terpesong sikit, tiba-tiba dia kata dia #teamarmand. Ahaks!


26 ulasan

  1. Terharu Sha.. You make my day kak Farah.. TQ so much..
    Sha harap Lelaki Langit Bumi akan terus bersiaran.. Tak sabar nak tahu apa jadi dekat Diha dan Ariyyan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makasih bangat, Sha! Your support means A LOT to the team. Apa jadi pada Ariyyan dan Diha tu kena tunggu,...hehehe.

      Padam
  2. bestnya, nak masuk jugak dalam ni tapi tak sempat nak curi masa untuk baca lagi. Anyway, all the best tau :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Farhana 😊 Don’t worry, LLB sentiasa available di Portal Ilham.

      Padam
  3. Syaza lambat follow. kalau tak bleh juga taw dari awal :) kena godek2 info lagi nih

    BalasPadam
  4. Nanti kita cuba baca bila kita cuti okay, kak Farrah. Rindu juga nak baca novel Melayu ni. Hari tu balik Malaysia sempat habiskan baca 3-4 novels je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So sweet of you, dik. 😘 No worries. Dahulukan kerja k.

      Padam
  5. tunggu cuti baru ada masa nak baca nih, serious menarik

    BalasPadam
  6. Wow.. terbaik la korang.. projek npk main2 tp gempak kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi takdelah gempak mana. Saja suka-suka syok sendiri secara berjemaah 😉

      Padam
  7. Wahhhhhh, menarik sangat. Baru nak start baca, but surely sangat menarik =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan dengan Diha dan Ariyyan 😊

      Padam
  8. Dah baca. Bestttttt. Sambung tau! #teamdihaafina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, glad to know Nurul rasa best! Another #teamdihaafina in the house 😊. Terima kadih sudi pinjamkan masa untuk LLB.

      Padam
  9. Menarik lah! Mula-mula baca tajuk LLB, be like "err cerita tentang apa ni"
    Tapi dah start baca, jadi penasaran nak tahu what happen next.
    Keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sampai penasaran! Terima kasih banyak2 sudi baca LLB. Rasa boleh agak tak siapa lelaki langit bumi tuh hehehe 😉

      Padam
  10. Balasan
    1. Aniesssss! Thanks so much sudi pinjamkan nama dan blog. Thanks so much layankan niat saya yang nak jadikan LLB separuh real 😆 😘😘😘😘

      Padam
    2. amboiiii melambung sy di buat nya ni haaaa ... hahahah sama2... so, x nk terbitkan dlm bentuk fizikal ke? (buku). kalau nak sy boleh bantu... whatsapp je nnt ek

      Padam
  11. wah best nih, harus akak baca juga ni

    BalasPadam
  12. ngeh ngeh.. dapat merasa menyelit sikit dalam novel =D

    BalasPadam
  13. thanks too Kak Farrah.. sudi selit CT dalam cerita tu =D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.