Happy Monday | Kopi dan Bagel

Isnin, Ogos 13, 2018

Assalamu’alaikum.

Selamat hari Isnin. Selamat memulakan minggu baru. Saya cuti panjang minggu lepas jadi minggu ni sedikit teruja nak masuk kerja, masuk blog 🤣 Pagi ini berjaya dilalui dengan jayanya tanpa Monday blues! Tapi, apa-apapun, minum kopi dulu!


Bagel dan kopi

Gambar kopi dan bagel ini bukan gambar terkini. Sekadar gambar dalam koleksi. Tetapi inilah antara padanan kegemaran untuk secangkir kopi saya. Lazimnya, kebanyakan hari saya akan dimulakan dengan secawan kopi. (Hari-hari yang saya rasa badan macam terlebih asid baru baik perangai minum teh lemon atau air suam 😆) Sudah ada kopi kenalah ada lawannya. Pilihan saya - bagel served with a good dollop of creamcheese. Nyummm nyummm! Jika saya di luar memang akan cari bagel, makan sambil hirup kopi. Saya paling suka bagel Jalapeno dekat Coffee Beans. Pedas-pedas gitu!

Sebenarnya saya bersiaran dari klinik kesihatan ni. Jika awal bulan yang lalu berkampung di ER, kali ini di klinik kesihatan pula. Jangan bimbang. Atas urusan kerja 😊. Tetapi pada masa yang sama, banyak perkara dan nilai hidup yang saya belajar apabila pergi ke tempat-tempat begini. Nanti jika ada kesempatan terluang, saya akan kongsi di sini.

Berbalik kepada kopi dan bagel, apa pula pilihan kalian? Kopi atau teh? Apa pula padanannya? Roti bakar, telur goyang, mufin atau scones? Kongsi di ruang komen di bawah ye.

Semoga hari kalian hari ini indah! 

10 ulasan

  1. Dulu-dulu suka jugak minum kopi tapi sekarang kalau minum cepat sakit kepala..

    BalasPadam
  2. first time actullay dengar 'bagel'.. kalau syaza suka kopi tapi bukan jenis americano pekat likat pahit.. suka yang acah-acah kopi cam mocha and dengar telur + roti bakar. nyum2

    BalasPadam
  3. Dah lama akak x ke Coffee Bean. Tengok gmbr ni, teringin pulak! :D

    BalasPadam
  4. Sha peminat nescaffe.. selalunya minum dengan roti ataupun nasi lemak.. kikiki..
    Scones dah lama tak makan.. sedapnya.. terbayang bayang pula..

    BalasPadam
  5. sy x kisah... kopi or teh on je... cuma kopi x boleh lps pukul 6. nnt mlm2 x leh tidur n jadi burung hantu hahahaha

    BalasPadam
  6. akak suka bau kopi tapi jarang sangat minum kopi

    BalasPadam
  7. ya Allah sedapnyaaaa bagel. letak cream cheeeseeeeee banyak2 please =D

    BalasPadam
  8. lama x minum kopi, farrah.
    sejak diet air manis.
    dolce gusto tu pun setakat bancuh cocochino mr.asben ajer.
    jap lagi mcm mau bancuh secawan lah kopi hitam cap tupai.
    nyaman nyer...

    abah aida, hantu kopi.
    meskipun kencing manis nyer terok, sehari wajib kopi o 2 gelas.
    kakak aida benarkan. sebab abah pun x brape selera makan.
    karang kurang gula sgt, hypo plak dia.
    sebab tu kami-kami suka kopi o, dari kecik da didedahkan dgn kopi o.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.