Salam Sabtu! Selamat Berhujung Minggu!
Kelas saya bersama pelajar Menengah Rendah beberapa hari lepas gamat dengan keterujaan beberapa pelajar bercerita tentang buah tangan terbaru daripada Hael Husaini. Dah nak mula belajar tetapi masih pot pet pot pet berbual pasal lagu, muzik video dan #hajatdancechallenge. 'Hailah, nak. Bila nak habis nih?'
Kebetulan malam itu subjek Bahasa Malaysia. Lazimnya pada awal bulan, saya memang akan ajar sukatan Komponen Sastera (KOMSAS). Saya terdetik, alangkah baiknya jika momentum 'teruja' mereka ni boleh dikekalkan untuk tempoh satu jam belajar mengenai gaya bahasa. My kids hate gaya bahasa! Jenuh ajar bezakan hiperbola, metafora, bezakan anafora, epifora 😆
Ting! Cikgu dapat idea. Cepat-cepat tukar plan. Saya tanya pada mereka, apa yang kalian suka tentang Hajat? Macam-macam respons.
"Sebab tu lagu Hael. Saya Haelers."
"Sebab MV best! Kelakar." (Bahagian ni meleret-leret sampai Dotty, Sherry dan Happy Polla.)
"Lagu sedap didengar."
"Lirik dia yang 'kamu harus bercincinkan aku'!"
Saya senyum. Kail saya mengena! Jadi saya tanya satu soalan sahaja yang buat mereka semua berlumba-lumba selak buku dan rujuk nota.
Apa gaya bahasa yang ada pada '...kamu harus bercincinkan aku'?
...dan pembelajaran berlangsung dengan anak-anak didik saya mengkaji lagu Hajat - Hael Husaini. Sebelum ini, saya biasa gunakan lirik lagu untuk ajar students gaya bahasa. Cuma selalunya saya akan ambil frasa atau ayat tertentu yang berkaitan sahaja. Kali ini the whole song!
Okey, di bawah ini ada Chords Hajat - Hael Husaini versi mudah. Easy chords. Pada yang e-mel saya request easy chords lagu Hajat, maaflah baru sekarang akak sempat 'bermanja' dengan si Kapok dan transposed chords-nya. Enjoy!
Kord Gitar dan Lirik Lagu Hajat - Hael Husaini (Easy Guitar Chords)
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Em
Jika kau mahu sesuatu
C
Katakan padaku
B7
Jika kau mahu diriku
G
Ku sedia untuk mu
Em
Dan jika kau mahukan jiwaku
C
Hambakan cintamu
B7
Pasti hajat kamu kamu kamu
Em
Akan ku tunaikan
B7 G
Jangan curiga harus percaya
C B7
Ikhlas hati ku berkata
(Chorus)
Em Am
Terseksa untuk mencintanya
B7 Em
Mencinta untuk diseksanya
Em Am
Terpaksa atau rela janji kau bersama
B7 Em
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku
Em
Jika kau mahu ku rindu
C
Ku bayangkan wajahmu
B7 G
Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu
Em
Dan jika kau mahukan jiwaku
C
Hambakan cintamu
B7
Pasti hajat kamu kamu kamu
Em
Akan ku tunaikan
D G
Jangan curiga harus percaya
C B7
Ikhlas hati ku berkata
*Ulang (Chorus)
kreatifnya cikgu hehehe
BalasPadamSekali sekala bolehlah layankan, Aisyah,...dah kalau tidak tak henti-henti Hael sana sini 😆
PadamIni pula lirik dari lagu pertama trilogi jampi,haram,hajat
Padam"Ternyata hanya kau harus aku cintai
Malam berganti malam
Masih terbayang apa yang berlaku
pada diriku
Ternyata kamu ternyata kau mau diriku
Read more: Hael Husaini - Jampi Lyrics"
Ternyata gadis itu mahu dirinya? Tak mungkin. Mcm timba cari perigi pula.
Ini hnya logik jika Hael anggap dirinya pompuan.
dulu suka belajar metafora hiperbola. memang pening mula2 , huhhu. tapi sekarang da lupaa.. haha
BalasPadamNak akak tolong ingatkan? heheheh
PadamAkak.. Ceritalah lebih lanjut pasal gaya bahasa lagu hajat tu.. Cam menarik pula.. Hahaha.. Nak jadi anak murid akak lah.. :)
BalasPadamKihkihkih ok nanti kita buat special lesson lagu Hajat via Whatsapp ye. Pergi ulang kaji dulu :)
PadamOwh ya.. Sha memang suka bangat lagu nie.. muzik dan lirik dia menawan..
BalasPadamSetuju! Catchy plus lirik best kan,..
PadamCiku tahu apa maksud kau mencincinkan aku? Ini frasa dari seorang gadis kepada teruna!?? Penyanyi adalah seorang lelaki menyuruh teruna mencincinkannya. Maknanya Hael menganggap dirinya sorang pompuan menanti dicincin oleh pasangan gaynya. Jelas tak begitu? Ku akan mencincinkanmu dari lelaki utk gadis..
PadamCincin dalam konteks ini merupakan satu simbol. Biasanya cincin sinonim dengan perkahwinan. Jadi ‘bercincinkan aku’ di sini membawa maksud ‘membawa hubungan ke peringkat seterusnya, ada ikatan sah.’
Padamlama x main gitar.. x reti sgt. hehe
BalasPadamakak pun bukan reti sangat, ejulz...takat keluar bunyi dengan tune je ;)
Padamni kes pancing minat anak murid laa ye ;-)
BalasPadamHuhuhu ye...budak-budak sekarang jenuh sikit nak pancing minat mereka ;)
Padamsesekali cikgu kena kreatif juga kan untuk menarik minat pelajar. anak akak pun selalu menyanyi lagu terkini sedangkan dirumah tiada radio, bila ditanya katanya cikgu yang ajar masa kelas muzik..oh kelas muzik sekarang tak macam dulu lah nampaknya, diam sajalah mama dia ni heheh
BalasPadamBudak-budak sekarang makin advance. Lagi-lagi dengan ada gajet + social media. Belum apa-apa diorang dah tahu dulu :)
PadamCiku so apa maksud kau mencincinkan aku? Cikgu tak cakap pun. Ini frasa dari seorang gadis kepada teruna!?? Penyanyi adalah seorang lelaki menyuruh teruna mencincinkannya. Maknanya Hael menganggap dirinya sorang pompuan menanti dicincin oleh pasangan gaynya. Jelas tak begitu?
BalasPadam