Ahad, Ogos 05, 2018

Kamu Harus Bercincinkan Aku | Chords Hajat - Hael Husaini

Salam Sabtu! Selamat Berhujung Minggu!


Kelas saya bersama pelajar Menengah Rendah beberapa hari lepas gamat dengan keterujaan  beberapa pelajar bercerita tentang buah tangan terbaru daripada Hael Husaini. Dah nak mula belajar tetapi masih pot pet pot pet berbual pasal lagu, muzik video dan #hajatdancechallenge. 'Hailah, nak. Bila nak habis nih?'

Kebetulan malam itu subjek Bahasa Malaysia. Lazimnya pada awal bulan, saya memang akan ajar sukatan Komponen Sastera (KOMSAS). Saya terdetik, alangkah baiknya jika momentum 'teruja' mereka ni boleh dikekalkan untuk tempoh satu jam belajar mengenai gaya bahasa. My kids hate gaya bahasa! Jenuh ajar bezakan hiperbola, metafora, bezakan anafora, epifora 😆

Ting! Cikgu dapat idea. Cepat-cepat tukar plan. Saya tanya pada mereka, apa yang kalian suka tentang Hajat? Macam-macam respons.

"Sebab tu lagu Hael. Saya Haelers." 
"Sebab MV best! Kelakar." (Bahagian ni meleret-leret sampai Dotty, Sherry dan Happy Polla.) 
"Lagu sedap didengar." 
"Lirik dia yang 'kamu harus bercincinkan aku'!"

Saya senyum. Kail saya mengena! Jadi saya tanya satu soalan sahaja yang buat mereka semua berlumba-lumba selak buku dan rujuk nota.

Apa gaya bahasa yang ada pada '...kamu harus bercincinkan aku'


...dan pembelajaran berlangsung dengan anak-anak didik saya mengkaji lagu Hajat - Hael Husaini. Sebelum ini, saya biasa gunakan lirik lagu untuk ajar students gaya bahasa. Cuma selalunya saya akan ambil frasa atau ayat tertentu yang berkaitan sahaja. Kali ini the whole song!

Kord Gitar From FAMF Tower

Okey, di bawah ini ada Chords Hajat - Hael Husaini versi mudah. Easy chords. Pada yang e-mel saya request easy chords lagu Hajat, maaflah baru sekarang akak sempat 'bermanja' dengan si Kapok dan transposed chords-nya. Enjoy!



Kord Gitar dan Lirik Lagu Hajat - Hael Husaini (Easy Guitar Chords)

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong



  Em
Jika kau mahu sesuatu
        C
Katakan padaku
B7          
Jika kau mahu diriku
         G
Ku sedia untuk mu


         Em
Dan jika kau mahukan jiwaku
         C
Hambakan cintamu
            B7
Pasti hajat kamu kamu kamu
        Em
Akan ku tunaikan


         B7            G
Jangan curiga harus percaya
         C        B7
Ikhlas hati ku berkata


(Chorus)
      Em            Am 
Terseksa untuk mencintanya
      B7             Em
Mencinta untuk diseksanya
     Em                      Am
Terpaksa atau rela janji kau bersama
            B7                   Em
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku



  Em
Jika kau mahu ku rindu
             C 
Ku bayangkan wajahmu
  B7                             G
Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu
         Em
Dan jika kau mahukan jiwaku
          C
Hambakan cintamu
             B7
Pasti hajat kamu kamu kamu
           Em 
Akan ku tunaikan


         D             G
Jangan curiga harus percaya
         C        B7
Ikhlas hati ku berkata


*Ulang (Chorus)


18 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sekali sekala bolehlah layankan, Aisyah,...dah kalau tidak tak henti-henti Hael sana sini 😆

      Padam
    2. Ini pula lirik dari lagu pertama trilogi jampi,haram,hajat
      "Ternyata hanya kau harus aku cintai
      Malam berganti malam
      Masih terbayang apa yang berlaku
      pada diriku
      Ternyata kamu ternyata kau mau diriku

      Read more: Hael Husaini - Jampi Lyrics"
      Ternyata gadis itu mahu dirinya? Tak mungkin. Mcm timba cari perigi pula.
      Ini hnya logik jika Hael anggap dirinya pompuan.

      Padam
  2. dulu suka belajar metafora hiperbola. memang pening mula2 , huhhu. tapi sekarang da lupaa.. haha

    BalasPadam
  3. Akak.. Ceritalah lebih lanjut pasal gaya bahasa lagu hajat tu.. Cam menarik pula.. Hahaha.. Nak jadi anak murid akak lah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih ok nanti kita buat special lesson lagu Hajat via Whatsapp ye. Pergi ulang kaji dulu :)

      Padam
  4. Owh ya.. Sha memang suka bangat lagu nie.. muzik dan lirik dia menawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Catchy plus lirik best kan,..

      Padam
    2. Ciku tahu apa maksud kau mencincinkan aku? Ini frasa dari seorang gadis kepada teruna!?? Penyanyi adalah seorang lelaki menyuruh teruna mencincinkannya. Maknanya Hael menganggap dirinya sorang pompuan menanti dicincin oleh pasangan gaynya. Jelas tak begitu? Ku akan mencincinkanmu dari lelaki utk gadis..

      Padam
    3. Cincin dalam konteks ini merupakan satu simbol. Biasanya cincin sinonim dengan perkahwinan. Jadi ‘bercincinkan aku’ di sini membawa maksud ‘membawa hubungan ke peringkat seterusnya, ada ikatan sah.’

      Padam
  5. lama x main gitar.. x reti sgt. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun bukan reti sangat, ejulz...takat keluar bunyi dengan tune je ;)

      Padam
  6. ni kes pancing minat anak murid laa ye ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu ye...budak-budak sekarang jenuh sikit nak pancing minat mereka ;)

      Padam
  7. sesekali cikgu kena kreatif juga kan untuk menarik minat pelajar. anak akak pun selalu menyanyi lagu terkini sedangkan dirumah tiada radio, bila ditanya katanya cikgu yang ajar masa kelas muzik..oh kelas muzik sekarang tak macam dulu lah nampaknya, diam sajalah mama dia ni heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak sekarang makin advance. Lagi-lagi dengan ada gajet + social media. Belum apa-apa diorang dah tahu dulu :)

      Padam
  8. Ciku so apa maksud kau mencincinkan aku? Cikgu tak cakap pun. Ini frasa dari seorang gadis kepada teruna!?? Penyanyi adalah seorang lelaki menyuruh teruna mencincinkannya. Maknanya Hael menganggap dirinya sorang pompuan menanti dicincin oleh pasangan gaynya. Jelas tak begitu?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.