Resepi Sayur Campur Goreng Kilas

Selasa, September 25, 2018

Siapa suka makan brussel sprouts? Saya tidak pasti apa nama sayuran ini dalam Bahasa Malaysia. Biasa guna kubis brussel je. Takpun guna bahasa pasar panggil kubis ketot atau kubis kecil. Saya jarang beli kubis brussel ini sebab kurang gemar akan rasanya. Jadi, memang tidak akan masuk dalam menu harian.

Nak dijadikan cerita, Cekengah memang on diet. Dia memang akan beli dan plan meal dia sendiri. Tetapi, ada satu rule yang consistently applies. Anything yang nak perish atau rosak sebelum Cekengah sempat makan, Along kena selamatkan. 😆 Sebab kadang-kadang dia sibuk, balik lambat atau bertugas di luar kota, food yang dibeli memang tak termakan. Termasuklah sebungkus brussel sprouts yang semakin hari semakin kecut di dalam peti sejuk.

Maka, saya masaklah sayur campur. Tetapi kali ini tidak buat style sos tiram kuah pekat tu. Saya guna minyak bijan dan kicap cair. Sayur campur versi ini digoreng kilas (stir fry). Tekstur sayur-sayurannya rangup krup krap krup krap gitu!



Resepi Sayur Campur Goreng Kilas

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Satu pek brussel sprouts - saya belah kepada dua supaya cepat masak memandangkan saya guna kaedah stir fry. Jika tidak, boleh sahaja kubis ini dimasukkan sebiji sebiji. Potong sedikit (buat potongan X) pada bahagian atas kubis. Tidak perlu potong sehingga habis.
  • Setengah biji kubis bunga saiz sederhana (guna brokoli pun boleh).
  • 1/2 ke 1 biji lada benggala. Kali ini saya guna yang berwarna kuning. Hiris halus memanjang.
  • Beberapa sudu minyak bijan.
  • Beberapa sudu kicap cair.

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak bijan. 
  2. Apabila minyak dah panas, masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika. Jangan terlalu lama. Goreng kilas ni sekadar nak beri sayur masak. Jangan sampai lodoh.
  3. Masukkan kicap cair dan kacau semua sayuran hingga sekata.
  4. Angkat dan hidangkan. 

Saya tidak gunakan garam kerana kicap cair dah sedia masin. Untuk hidangan ini, boleh guna apa sahaja sayuran mengikut cita rasa. Misalnya jagung muda, hirisan kubis, hirisan lobak merah, pak choy,... apa sahajalah.  


Selain itu, boleh cuba resepi sayur campur yang lain:

Selamat Mencuba!

12 ulasan

  1. Balasan
    1. Abis sudah! Lain kali ada brussel sprouts saya hantar terus ke rumah Anies ye 😊

      Padam
  2. ingatkan apa la kilas2 tu.. stir fry rupanya.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe istilah dah macam bunyi langkah silat pulak kan,..ada kilas kilas 😆

      Padam
  3. Balasan
    1. My pleasure, dik. Nanti ada kesempatan cuba buat ye 😊

      Padam
  4. Sedap nampaknya tu. Sis suka sayur stir fry camni, masak tak layu sangat. Bila gigit still rasa crunch sayur tu.

    Ratah je pun sedap ni :)

    BalasPadam
  5. pandai dan rajin memasak..sesuai sebagai kaum hawa ya

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. sah suka sayur nie tapi susah nak jumpa kat sini..

    BalasPadam
  7. Ala.. typo nama sendiri lak.. 🤣🤣

    BalasPadam
  8. Simple aje resepi ni, boleh try buat nanti. Heheh

    BalasPadam
  9. ratah macam tu jer pun sedap nih

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.