Resepi Air Fryer - Sayur Campur Honey BBQ

Selasa, Februari 28, 2017

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.
 
Siapa yang suka hidangan sayur campur? Sebelum ini, saya pernah kongsi resepinya di sini. Hari ini, satu variasi sayur campur untuk kalian - Sayur Campur Honey BBQ. Rasanya manis-manis gitu! Untuk pilihan sayur-sayuran, ikutlah citarasa kalian hendak letak/guna apa. Resepi kali ini, saya hanya guna brokoli, lobak merah dan lada benggala hijau. Boleh juga dimasukkan kubis bunga, kacang peas, kacang buncis dan jagung kecil. Dah nama pun sayur campur kan,...campurkan aja ikut selera! 😀



Apa yang berbeza ialah penyediaan kuahnya. Jika sayur campur biasa kita gunakan sos tiram, sayur campur yang ini kita gunakan sos BBQ dan madu. Apa yang diperlukan:- Lobak merah, brokoli, lada benggala yang telah dibasuh, dibersihkan dan dipotong, 3 ulas bawang putih dihiris halus,  2 - 3 sudu besar, sos BBQ dan 1 sudu besar madu.

Saya masak sayur ni guna airfryer. Jadi, apa yang saya buat ialah campurkan kedua-dua sos BBQ dan madu hingga sekata. Setelah itu, gaulkan pada sayur-sayur yang telah dipotong tadi. Saya masukkan sayur-sayuran di dalam aluminium foil (kerajang aluminium) dan bungkus (macam nak bakar ikan tu) supaya tidak menjadi kering sesudah dimasak. Masak di dalam airfyer pada suhu 180-200 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Siap!

Alternatively, jika hendak memasak menggunakan kaedah biasa, panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga naik bau. Sesudah itu, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan sos BBQ dan madu. Letakkan sedikit air jika sos terlalu pekat dan inginkan lebih kuah. Biarkan seketika di atas dapur sehingga sayur lembut.

Selamat Mencuba!

Psstt! Jika tiada sos BBQ, boleh juga gantikan dengan sos lada hitam. Nak lagi senang? Dapatkan je  Honey BBQ Sauce yang ready-made di pasaran. 🙂


31 ulasan

  1. wah senang gak tu...camne guna airfryer tu sy slalu guna utk msk yg segera jer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rumit sangat, Mrs. Anna. Saya selalu guna temperature 180/200 lepas tu agak2 waktu masaknya. Kalau tak cukup, tambah masa lagi 😊

      Padam
  2. nmpk menyelerakan, sy tak prnh lg mask pki airfryer, bolh cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak pakai airfryer pun boleh, Zie. Sauté je semua 😊

      Padam
  3. ni kalu dijudukan dgn nasi panas dan ikan masin...perghhh sedapnyerrrrr

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Tak mengapa, kak. Stir fry dalam kuali pun jadi 😊

      Padam
  5. Selamat berehat Kak Farrah ~ moga yang baik2 sahaja...

    BalasPadam
  6. Tak de air fryer.. tunggu Kak Farrah la buatkan... boleh tak ? heee

    BalasPadam
  7. Tak suka sangat sayur campur.. lagi suka sayur berdaun.. keh2

    BalasPadam
  8. good info ni.. sangat berkhasiat bila masak guna airfryer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, lebih sihat dan jimat minyakkkk 😊

      Padam
  9. Rasanya Farrah dah boleh jadi Duta Airfyer ni.. hehhe

    BalasPadam
  10. tengok pun sedap. Fiza suka sgt sayur carrot dan brokoli..

    BalasPadam
  11. menu sihat ni.. utk berdiet pon bole ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,..sape nak berdiet boleh masukkan lauk ni dalam menu :)

      Padam
  12. wah. nanti aida kopipes ekk resepi ni.
    nak buat.
    mcm mudah ajer.

    BalasPadam
  13. Adehhh... Complicated... Lagi cepat kalu kita tadah pinggan... ha ha ha...

    BalasPadam
  14. menarik resepi guna airfryer nih.. simple dan cepat..

    BalasPadam
  15. klu x payah guna aluminum foil pun ok kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.