Movie Night Party Theme (Part 2)

Isnin, Mac 06, 2017

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Entry on party planning. Bahagian 1 di sini.

OK. Kita sambung tentang Movie Night Party Theme. Jika di Bahagian 1, dah cerita mengenai clapper board, bottled water dan candy packs, Bahagian 2 kita akan sambung dengan Popcorn Packs dan Photo Booth Props.

Popcorn Packs

Mana lengkap Movie Night tanpa popcorn kan? Disebabkan perancangan parti ini dibuat last minute (seperti yang diceritakan di Bahagian 1), saya tak sempat nak cari packaging yang sesuai untuk buat popcorn treat. Ada muffin cups, kecil sangat. Itu yang saya jadikan sebagai packaging candy packs.

So, for popcorn, saya hanya guna brown bags. Alaa,..beg kertas biasa yang orang guna untuk bungkus goreng-gorengan tuh! Satu pek hanya sekitar RM3 - RM4. Saya memang sentiasa ada stok brown bags ni di rumah. Selain daripada guna untuk pack food, boleh jadi item berguna waktu terdesak begini. 

Cekengah beli dua jenis popcorn: coklat dan karamel. Saya bungkus dua-dua perasa sekali di dalam beg plastik jernih terlebih dahulu sebelum seal guna sealer. Tujuannya, (i) supaya kesegaran popcorn terpelihara, tak cepat lemau dan (ii) supaya brown bag tidak cela dengan kesan minyak/gula popcorn 😁
Masukkan popcorn dalam brown bag, kemaskan lipatan dan seal dengan sticker. Sticker popcorn tu, saya jumpa di Pinterest. Movie Night ni antara theme yang popular. Banyak templates ada. Pilihlah mana yang berkenan.

Inilah hasilnya bila dah siap!

Photo Booth Props

Untuk props bergambar, saya hanya prepare beberapa batang props sahaja. Selebihnya, guna semula props dari parti-parti lepas.

The photo booth props

Dari kiri - Admission Ticket, Celebrate & Film Roll

Untuk buat film roll, kita hanya perlukan kertas/kad berwarna hitam dan putih serta reben hitam. Potong kertas/kad hitam menjadi bulatan besar diikuti dengan beberapa bulatan putih bersaiz kecil. Tampalkan bulatan putih di atas kertas hitam seolah-olah membentuk gelungan filem. Final touch up, lekatkan reben hitam dan biarkan terjuntai. Reben hitam tu konon-kononnya filem lah 😃

CELEBRATE - Saya guna cling stamp CELEBRATE dan film strip, cap atas kertas kraf. 

Admission ticket - Save gambar di bawah ini dan kemudian edit sendiri untuk tambah details majlis. Ini pun saya jumpa di Pinterest.



Dah siap propsnya bolehlah bergaya sambil bergambar!



OK. Inilah idea-idea simple untuk party planning bertema Movie Night :) 

10 ulasan

  1. rajin dan kreatif. saya upah orang je la. hahah

    BalasPadam
  2. best jugak yer tema movie night party nie..

    BalasPadam
  3. Ketuk ketuk pintu... Tuan tanah ada ke idok ni? He he he...

    BalasPadam
  4. Alaaaaa... end march? Lama naaa betapa...

    BalasPadam
  5. SS ske makan pop corn... Lemau lemau pon kadang telan... Sebab... mahal... ha ha ha...

    BalasPadam
  6. kreatifnya.. nak pinjam kreatif Farrah skit laa..

    BalasPadam
  7. Farrah memang creative..
    Suka tengok hasil kerja Farrah, cantik!

    BalasPadam
  8. sy nk pop corn... nk tiket... nak semualah! ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.