Rezeki Kopi Gantang

Ahad, Ogos 08, 2021

Baru-baru ini saya dapat sepek Kopi Cap Gantang. Ya Allah, memang lama benar tidak menikmati Kopi Cap Gantang ini. Hampir lupa terus tentangnya. Saya dah jarang beli serbuk kopi campuran. Stok kopi saya jenis yang freeze-dried instant coffee atau saya beli biji kopi dan kisar sendiri. 

Apabila terima Kopi Cap Gantang punyalah gembira. Sekali-sekala rindu juga nak nikmati kopi kampung yang dipanggang dengan marjerin. Rasa kopinya memang extra special. Bagi saya serbuk kopi campuran Cap Gantang merupakan antara yang sedap dan ada rasa tersendiri.


Serbuk kopi campuran jenama Cap Gantang ini dari Kedah. Dahulu, semasa kecil saya sanggup berjaga malam di ruang tamu konon nak tengok bola dengan arwah babah dan seorang jiran saya. Jiran saya asal dari Kedah. Bila ada bola, dia akan datang bawa air kopi Gantang panas yang telah siap dibancuh. Babah pula siapkan snek kunyah-kunyah untuk dimakan.

Saya? Game belum mula saya si spectator tak diundang ni yang dulu minum kopi. Masa tu, dapat kecak kopi babah sehirup dua dah puas hati sangat. Perasan jadi orang besar.  Makan chips sikit, kunyah keropok sikit, minum kopi lagi lepas tu menyorok tidur belakang sofa. Kalau ikutkan, babah suruh naik bilik, tapi saya takut momok. Habis game nanti babah akan angkut naik bilik.

Kiranya setiap kali ada match bola di TV dan babah dengan jiran saya rancang untuk tonton bersama, itu memang momen Kopi Gantang sayalah. 

Setelah berpuluh-puluh tahun, dapat juga merasa semula kopi legend ini. 


Treat untuk diri. Kopi O ais kawww.

Kopi Letak Baking Soda

Pernah dengar tak orang letak baking soda (serbuk soda bikarbonat) ke dalam kopi? Saya ada beberapa kali juga terbaca tentang perkara ini. Dikatakan baking soda yang bersifat alkali dapat membantu mengurangkan keasidan kopi. Ada juga yang berpendapat baking soda dapat meningkatkan rasa kopi lagi-lagi kalau biji kopi yang digunakan bukan dari jenis yang berkualiti tinggi. 

Kalau perihal mahu mengurangkan asid kopi saya tak terfikir untuk cuba sangat. Alhamdulillah, perut saya jenis tahan keasidan kopi. Tetapi, kalau nak ajak bereksperimen dengan rasa kopi baharu, saya ON. 😎

Bagi penggemar kopi yang inginkan kelainan, saya sarankan kalian cuba kopi lemon, kopi mentega (Turut dikenali sebagai bulletproof coffee. Orang amalkan diet keto suka akan rasa lemak kopi ini) atau kopi arang (di seberang, lebih dikenali dengan nama Kopi Joss). Saya yakin pilihan-pilihan ini lebih berbaloi daripada baking soda. Cubalah. 



 

23 ulasan

  1. Salam, nostalgia, mengembalikan zaman dulu ternyata kopi yang sangat kaw tu, tak pernah cuba dengan baking soda, tapi campuran herba atau kayu manis tu biasa kan.. Suka bau kopi mana-mana pun..segar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, babYpose. Aroma kopi yang mengasyikkan memang boleh membuatkan semua deria terjaga. Kopi kayu manis antara kegemaran saya. Sekali-sekala rajin juga bereksperimen dengan herba dan ramuan lain untuk nikmati kopi yang berbeza 😁

      Padam
  2. Wah, suka aroma kopi, tapi tak boleh minum sangat pualak. kalau setakat sehidup dua ok lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, PC. Yang sehirup dua tulah dinikmati sebaiknya 😊

      Padam
  3. Ada tu hari ada kawan beri, tak sempat lagi nak cuba..

    BalasPadam
  4. Macam-macam jenis ya. Saya puas hati kopi kisar letak susu pekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetiba petang mendung teringin pula cuba kopi Cap Gantang yang Puan Farrah terangkan rasa.
      Bayangkan rasa berlemak itu sama macam minum di kopitiam.

      Padam
  5. Tak pernah try lagi pasal kopi dan soda bikarnonat ni.Masa pantang baru first time minum kopi hitam. Biasa letak susu krimer tu. Rupanya sedap kopi hitam ni..

    BalasPadam
  6. lama tak minum kopi ni, rumah ni selalu minum 434 or cap hang tuah. Kalaulah kak Farrah dulu layan bola sekali mesti sekarang ni dah jadi spesis kaki bola jugak. Thanks for the baking soda tips.

    BalasPadam
  7. busyra peminat kopi! hehe.. kopi cap gantang mmg tak boleh lawan mana2 kopi.. legend ni!.. padu

    BalasPadam
  8. Tiap hari wajib kena secawan kopi tak pun nescafe . Baru segar ja tubuh badan ni .

    CCL baru tahu tentang campuran baking soda, lemon , mentega . Cuma xpernah cuba la

    BalasPadam
  9. Glamer jugak kopi gantang ni.. bbrp mgu lps penah tgk friendlist di fb minum kopi letak butter.. sy ni bkn peminat kopi so tgk mcm pelik je lah.. hihihi

    BalasPadam
  10. Kopi lemon tu ramai yang cadangkan tapi sha belum berani lagi nak bereksperimen.. kikiki..

    BalasPadam
  11. tak pernah cuba lagi kopi campur soda bikarbonat tu. macam mana la rasanya..hehe

    BalasPadam
  12. Tak pernah lagi minuum kopi gantang. tapi kopi asli bukan instant ni lagi sedap rasa dia. Lagi lagi kopi kaw susu atau kopi o kaw. Soo refreshing! Tak pernah pulak dengar kopi campur soda bikarbonat atau kopi lemon.

    BalasPadam
  13. Tak pernah lagi dengar kopi letak soda bikarbonat, takutt juga nak try haha. takut lain rasanya. Saya penggemar kopi. Baru-baru ini ada beli mesin kopi . hahhaa

    BalasPadam
  14. Rajinnya kak Farrah kisar sendiri kopi

    Kopi cap gantang ni bukan beshe2 lejen betul ya. Kopi orang-orang kampung. Saya bukan penggemar kopi. Tapi masa arwah wan masih ada. kalau petang-petang tok bancuh mesti lah cucu-cucu kecik ni datang nak menempek menyibuk juga nak mengopi haha padahal bukan minum sangat pun. Cicah pula dengan roti lutut/ biskut mayat / roti kering. Boleh lah sekali sekala makan ramai-ramai. Ah rindu pula

    Al Fatihah untuk arwah babah kak Farrah.

    Best kan ada moment2 untuk kenangan macam ni. Kadang tengok satu benda tu ada aje nak teringat dulu-dulu

    Uitt letak baking soda ya. hmmmm kak farrah cepat try haha lepastu share dengan kami :P

    BalasPadam
  15. timm pulak lanie mula ketagih dgn kopi hang tuah! sedap pulak kopi dia, yums!

    BalasPadam
  16. Macam-macam jenis kopi ada ye Farrah. Tapi kopi zaman dulu ada beza dengan kopi zaman sekarang. Entahlah... agaknya dulu air dimasak gunakan kayu api, dan serbuk kopinya pula ditumbuk sendiri.

    BalasPadam
  17. Tak minum kopi, bau kopi pun rasa sakit kepala hehehe, mengada kannn saya ni :')

    BalasPadam
  18. penah jumpa tp x penah beli. apa rasanya kalu campur soda bikarbonat? kalau buh susu sy tau jg rasanya��

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.