Sabtu, Ogos 07, 2021

Mr. DIY Barang RM20 Bayar RM5

Assalamualaikum.

Minggu lepas semasa sedang layari aplikasi Lazada, saya perasan ada baucar 50% untuk pembelian di Mr. DIY. Saya dah teruja dah. Bott ada cakap nak beli ice tray yang berpenutup buat tambah stok. Selalu kami bekukan pes cili, jus lemon, jus limau, herba dan lebihan kopi saya. Kalau ada banyak, bolehlah ice tray tu diasingkan ikut penggunaan. Tetapi, tak adalah berharap sangat sebab barang-barang di Mr. DIY ni selalu habis stok.

Alhamdulillah, ice tray yang dicari ada. Dah alang-alang tu belilah beberapa item tambahan. 


Barang dah sampai 😊

7 item kesemuanya. Jumlah pembelian RM19.96 + kos penghantaran RM2. Sewaktu hendak selesaikan pembelian, senyum lebar saya seorang diri tatap skrin. Jangkaan saya,  hanya akan dapat potongan sebanyak + RM10. Tetapi, untuk pembelian kali ini, saya nikmati potongan harga sebanyak RM16.82. RM9.98 untuk baucar 50% yang saya tebus manakala selebihnya potongan tambahan dari Mr. DIY sendiri.

Saya hanya perlu bayar lebih kurang RM5 sahaja untuk barangan bernilai RM20. Siapa yang tidak gembira, kan? Di bawah ini pembelian saya.

  • Mr. DIY Plastic Bottle Spray 550ml x 2 - Botol penyembur ini untuk isi multipurpose disinfectant. Saya beli disinfectant dalam botol 5 liter tu. Murah dan lebih jimat. Jadi nanti, tuang dalam botol penyembur begini untuk kegunaan di rumah.
  • Mr. DIY Plastic Ice Tray Container with Lid x 2 - Jenis ice tray yang ini memang saya suka. Selain daripada mempunyai penutup untuk pelihara isi kandungan, bahagian bawahnya tidak keras. Mudah untuk keluarkan kiub-kiub yang telah beku.
  • Plastic Pill Box x 1
  • Mr. DIY Premium Plain Rectangular Face Towel x 2


Alhamdulillah. Setiap barang diterima dalam keadaan baik tanpa sebarang cela atau kerosakan. Puas hati dengan pembelian kali ini dapat potongan harga berganda. Berbaloi-baloi! 




20 ulasan:

  1. Wahhh tu laa dlm lazada k ret pun asyik dpt warning je bila nak guna voucher haha ok lps ni kita shoping kt lazada plk la haha..

    BalasPadam
  2. wahh, banyaknya potongan tu. berbaloi. kaella pun dah stok banyak2 cube ice tu asingkan ikut jenis yang nak dibekukan.

    BalasPadam
  3. Wah banyaknya barang tapi bayar RM5 je. untung betul ni. Dah lama tak shopping kat Lazada. Adakah ini tanda tanda nak kena install app lazada dan shpping kt lazada :) hehe

    BalasPadam
  4. Untung le.. RM5++ dapat banyak barang,, Hehe

    BalasPadam
  5. Alahai..Lazada dah banyak kali htr notification ni...nanti nak check laa

    BalasPadam
  6. Woahhhhh bestnyaaa dapat voucher DIY. Syok lah shopping

    BalasPadam
  7. Wowwwww tu sakan ya lazada dan Mr DIY belanja customer. Lari lazada lah cenni. Shopee tah pape jeee dekut shipping . Jimat sangat2!

    BalasPadam
  8. tak pernah shopping di lazada, biasa Shopee sahaja. rupanya 'hantu' Mr. DIY, ada jugak di online. lagi-lagi bila dapat voucher sebanyak tu. Seronok membeli sambil berjimat

    BalasPadam
  9. WAh terapi diri jugak ni. Saya pun suka beli barang kat MR.DIY

    BalasPadam
  10. Tertarik juga bekas ais bertutup.
    Alhamdulillah berbaloi.

    BalasPadam
  11. bestnya... lama dh sy x shopping di lazada.. nnti boleh usha!

    BalasPadam
  12. Best kan shoppimg byk tp byr kurang.. pempuan mcm tu lah shoppimg benda2 murah mcm ni pn hepi

    BalasPadam
  13. untung beli macam ni guna voucher. dah lama tak shopping kat lazada kena try usha barang kat situ pula lepas ni tengok apa yang murah..hehe

    BalasPadam
  14. Sangat berbaloi baloi membeli ada 2 voucher boleh guna. Bayar sikit je :)

    BalasPadam
  15. Dekat lazada ehhh, dah lama uninstall lazada sebab selalu beli kat shopee. Memang berbaloi sungguh kalau dapat discount banyak cenggitu kak farrah!

    BalasPadam
  16. wahhhh berbaloi baloi nii...
    sy pggl ni kedai berhantu hehehehe klau msk, keluar mesti ada beli brg hehehe

    BalasPadam
  17. Berminat juga bekas ais bertutup, RM5 untuk semua tu. Senyum lebar kann..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.