Assalamualaikum.
Hari ini bersiaran dari rumah. Tengah bersilat mengemas dan buat decluttering. Jenuh! Rasanya saya dah buang, recycled, upcycled, beri pada orang banyak barang yang tidak dipakai atau tidak diperlukan… tetapi masih banyak lagi!
Target hendak uruskan semuanya sebelum masuk 2025. Biar tahun baharu nanti, yang ada dengan saya barang-barang yang perlu, yang saya guna sahaja. 😁
Rhea tolong kemas sama 😂 |
Rhea ni kucing Cekengah. Setiap kali Cekengah outstation, saya kena babysit Rhea. Tak tahulah sebab baka Ragdoll memang jenis manja dan clingy atau Rhea ni yang rosak! Kucing ni tak boleh kena tinggal.
Kalau dia tidur, tiba-tiba bangun tengok tak ada orang depan mata… boleh dia mengiau kuat-kuat (bagi saya dah masuk kategori menyalak) satu rumah. Kita pula kena panggil, “Rhea! Rhea! Kat sini!” Haa… dah nampak orang, dia senyap balik, sambung tidur.
Memang clingy betul! Dapat pula tuannya selalu kena kerja luar. Kena travel. Datang sini, mulalah jadi mimpi ngeri buat Yuri. Yuri jenis kucing lone ranger. Behave je seekor seekor, duduk diam-diam.
Yuri 😊 |
Ni tengah kurang sihat ni. Ada kemalangan kecil Sabtu lepas, baby 13 tahun saya ni sedang dalam proses penyembuhan.
Mimpi Ngeri Yuri
Dalam pada kurang sihat dan nak berehat tu… ada makhluk semlohai (bak kata Fanny 😊) yang kerjanya asyik mengganggu ketenangan Yuri.
Rhea dan Yuri |
Nampak macam jinak manja je, kan? Tu dia tengah ‘bergendang’ kat tepi sofa. Gertak Yuri yang sedang tidur di bawah.
Little rascal nak beraksi. |
Yuri pindah dalam bilik, dia dah intai-intai nak buat onar. Lelah saya babysit kucing dua ekor ni. 😅 Tu belum campur tempat makan, tempat minum dan tempat poo poo pee pee semua lain-lain tu.
Kalau saya senyap, tak sempat balas komen dan blogwalking, anggaplah saya sibuk jaga kucing naughty. Hahaha!
comeinya dua2...x sunyi ada yg teman yer
BalasPadamTak sempat sunyi… ada je ragamnya 😂
Padamjenuh menjaga 2 ketul meow yg perlu perhatian pulak tu ..heee
BalasPadamItulah… ngalahkan jaga budak kecil 😂
PadamAmboi rhea.. Clingy sangat nie..
BalasPadamKucing tak cakar ke kusyen?
BalasPadamHurmm kalau si dia ni kacau comey tak kacau pun comey hahahah..
BalasPadamlamanya xjejak ke blog akak. hehehe
BalasPadamcomelnya rhea n yuri. gebu2 tuuuuu
Gebu-gedu.. Sedap dipegang, bulu pun cantik.
BalasPadamKalau kat rumah si Zaitun tu yg suka ‘memekak’ cari anaknya. Pantang hilang byg anak dia mengeow cari padahal anak tu dah setahun dh pun. Kalau baby lagi logiclah jugak
BalasPadamAmboi ragdoll kucing mahal! Patut cantik awak nii.
BalasPadamHehe yg sekor tu putih2 hangit sikit, lagi sekor rentung habis xD nakal jugak ye rhea ni suka kacau yuri
alololo cian yuri
BalasPadamsemoga cpt sembuh tau...
rhea jgn nakal2 nnt kena jual hahaha
Hahahahahha memang terhibur sangaaat baca tingkah si Rhea ini yaa 🤣🤣. Manja betuuuul. Gemaaas tau kak , 😍. Bisa2 nya dia tak suka sendiri, jarang kucing macam nih. Saya punya kucing 5 ekor, semua macam mandiri sangat. Tak suka digendong, tak suka dipeluk 😂. Tapi kalo tidur harus 1 kamar .. 😅
BalasPadam