Ini kisah Sabtu lepas. Kisah hari guru.
Pagi-pagi Sabtu, checked letter box ada satu bungkusan kecil. Surat semalam, lupa nak ambil. Rupa-rupanya saya dapat satu set guitar string kiriman seorang silent reader FAMF Tower, D. D selalu ambil guitar chords di blog ini. Mudah dan senang nak main katanya. Kebetulan terbaca entri saya Yuri, Kadal & Kapok, D buat suprise untuk saya sempena hari guru. Tali gitar untuk si Kapok. Extra light tau! :)
Darco Acoustic Strings |
Thanks so much, D. Akak terharu sangat-sangat. Please don't call me sifu,..huhuhu tak layak pun.
Dengan kembang-kempis hidung menapak nak masuk rumah, saya ternampak ada sesuatu yang terselit dekat pintu dewan tuisyen saya. Saya ingat bil utiliti. Guess what?! Tali gitar jugak!
2 pek tali gitar no. 1 |
Tak de nota, tak de kad. Tetapi, nampak je dua pek tali gitar no. 1, saya tahu siapa yang beri. K, bekas anak murid saya. Sekarang dah di tahun akhir pengajiannya di universiti. Masa saya mula belajar main gitar dua tahun lepas, K yang rajin belikan string gitar untuk saya. K juga sedia maklum dengan perangai saya yang perlu sentiasa ada stok untuk tali no. 1. Atas faktor keganasan dan tangan keras saya, string paling halus ni selalu je putus!
Domo arigato, K. Kenapalah tak singgah rumah? Nanti cuti/bila free datang lepak kat dewan. Kak Long belanja makan ye :)
Hari semakin indah. Senyum saya tak lekang dari bibir. Hati dah ada bunga-bunga kembang setaman. Tengah-tengah sibuk kemas dapur, saya dengar bunyi derap kaki orang berlari. Siapa datang? Serentak itu saya dengar laungan-laungan yang memanggil saya.
"Cikgu! Cikgu Farrah!"
"Mak Longggggg!" (Saya buat tuisyen di kampung. Jadi, sebahagian daripada anak-anak cilik saya ada pertalian saudara dengan saya. Plus, murid-murid saya memang akan panggil ikut selesa lidah dan mulut mereka,..cikgu, teacher, Mak Long, aunty F, ustazah pun ada kalau datang time mereka tersasul!)
Buka pintu, lima wajah kecil sedang menanti dengan teruja. Termengah-mengah mereka beri salam.
"Selamat Hari Guru!" Teriak mereka serentak.
"Cikgu, kami datang ni sebab nak teman A bagi cikgu hadiah!" jelas salah seorang daripada mereka. (A pada ketika itu tersengih-sengih sambil sembunyikan sesuatu di belakang badannya.)
"Laaa, kenapalah susah-susah datang. Kan nanti boleh bagi masa kelas."
"Bagi hari ni lah, best. Hari guru! Kalau tunggu masa kelas, hari Rabu baru jumpa cikgu," jelas A. Terus dihulurkan sesuatu berbungkus plastik kepada saya.
"Kalau saya mampu, saya nak bagi hadiah yang lagi best untuk cikgu. Tapi mak kata kami tak ada bajet. Tapi,..tapi saya rasa hadiah ni memang sesuai untuk cikgu,..."
Apa butir bicara dan omelan A dah tak kedengaran. Saya jadi speechless. Tiba-tiba ada orang potong bawang pula kat sini! Inilah hadiah hari guru paling thoughtful yang saya maksudkan.
Bedak resdung terlajak laris! |
Ini perbualan saya dengan A dalam kelas sebelumnya:
A: Kenapa saya tengok cikgu asyik garuk hidung je?
Saya: Hmmm? (Pandang A sekilas kemudian sambung tanda latihan yang dibuatnya.)
Cikgu resdunglah, A. Siang tadi cikgu makan udang. Gatallah ni.
A: Kesiannya, nampak tak selesa.
Boleh relate tak? Sweet kan? A hantar ubat resdung untuk saya and the best part dua pek D'Herbs tu dia minta dari kakaknya. A, cikgu doakan kamu membesar menjadi anak yang taat, bijak dan pintar. Moga kamu jadi insan yang boleh goncang dunia dengan kebolehan kamu, bahagiakan ramai orang dengan tindakan-tindakan kamu. Amin.
Memang best kalu dapat barang yang kite suke...
BalasPadam♪♫ Yippedidoodah Yippediyeah..♪♪♫
Padambestnye mesti happy giler ni kan farah
BalasPadamhappy + terusik hati Kak Noor, touchingla ada anak murid begini :)
PadamA pirihatin Tentang akak Farah siap beli buat utk reading tu... hadiah yang bermakna buat akak...
BalasPadamBeli untuk reading? Ni mesti Ekin yang buat speed reading nih. Obat resdung tu A mintak dr kakak dialah :)
Padamya allah..terharunya
BalasPadamTerharu kan,...sob sob sob
Padamsemoga anak didik cikgu farah..dapat mmbanggakan cikgunya satu hari nanti...
BalasPadamAminnnn. I'm already proud of A. Moga A dapat buat ibu bapanya bangga :)
Padambestnya kak Farrah.. kalau Eyda jadi cikgu pun memang terharu dengan semua hadiah nih..
BalasPadamMemang best! Setiap kali terpandang hadiah yang mereka bagi,...nyanyi lagu gumbira :)
Padambestny dpt hadiah .. selamat hari guru ya ^_^
BalasPadam*jemput singgah blog saya zianaeunos.blogspot.com
Thanks, Ziana :)
Padamtahniah farra..seronok bila ada yang sudi bagi hadiah kan
BalasPadamThanks, Khaty. Memang seronok tak terhingga! :)
Padamoh so sweet mereka. sangat ingat apa yang kak Farrah ingat. dorang sayang sangat dengan kak Farrah. :) memamng saya pun boleh mengalir air mata kalau macam tu. :')
BalasPadamItulah, kecil2 dah thoughtful begini...sangat touching!
PadamHaish, jiran sebelah ni potong bawang pulak time2 cmni..heee
BalasPadamHuhuhu itulah,...pedih mata! Pedih mata!
Padamwow! ade orang hadiahkan tali gitar.. tahniah.. happy for u too..
BalasPadamHihhih thanks, Intan.
Padamselamat hari guru cikgu ceketedd (bak kata ss). hehe
BalasPadamTersipu-sipu gedik kejap. Terima kasih, Intan :)
Padamtouching...
BalasPadamSapa potong bawang kat office ni.. huhuu
Ishhhh,...sapa potong bawang tu?! :)
PadamMakk aihh. Kalau saya pun belum potong bawang dah meleleh dah air mata. Dia terfikir akan kita pun dah jadi hadiah yg paling istimewa kan kak? :)
BalasPadamSetuju! Sangat-sangat setuju!
Padammesti terharukan..hehee. ada juga sikit resdung tu tp bab mkn udang bedal je :)
BalasPadamItulah, Nina. Akak kalau dah tersaji depan mata memang bedal. Gatal belakang kira :)
Padamhalahhh sweet n take care dia dkt ckgu dia :) kena byk alah makan bila dah ada resdung ni . take care k kak farrah :*
BalasPadamHihihi, thanks dik. Bab pantang makan tu yg lemah sikit, Yaya :)
PadamSelamat hari guru,FMF. Best gak dapat hadiah,kan
BalasPadamThanks so much, SB. Best dapat tanda ingatan drpd mereka :)
Padamalolo sweetntya hadiah tu..heheh..bestla dapat murid yang prihatin macam tu kan kak..hihi
BalasPadamrasa terharu sangat wana. kecik2 dah thoughtful begini :)
Padamwahhhh touching tp besttt...kalu sy pun dah tersengih kalah kerang busuk ;-)
BalasPadamhahahah betul2 :)
PadamAkak, terharunya...
BalasPadamSangat terharu kan,..
Padamhappy belated hari guru kak farrah :D
BalasPadamAlaaa sweeetnya dak Aisya ni. Thanks so much!
Padamalaaa sweetnye dorang ni kak farrah
BalasPadamheeeee teringin nak jadi pelajar kak farrah tau
serius!!!!
Alahai tak yahlah jadi student akak. Akak kalau ayu jadi student, tiap2 hari akak wajibkan bawa hadiah :)
Padamspeechless...terutama pemberian dari A...perihatin!!!
BalasPadamsangat2 thoughtful :)
Padamkids =')
BalasPadamtahu tak.. hadiah paling best is their thoughts.. tak perlu keluar duit..
oh this year kan hari guru jatuh hari sabtu..
Itu yang mahal sangat tu. Dia nak beri hadiah on that particular day jugak :)
Padam