Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 1)

Isnin, Mei 25, 2015

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang persiapan majlis dengan tema Breakfast at Tiffany's. Boleh baca di sini. Hari ini, saya nak kongsi sedikit sebanyak idea yang ada,..yang sesuai untuk tema ini. Memandangkan majlis ini merupakan private event (majlis orang pula tu), saya kurang selesa untuk kongsi gambar-gambar sekitar majlis. Jadi, kita tengok apa yang saya buat di rumah jelah ye :)

Main piece - The Chandelier
Print gambar chandelier (boleh google) di atas kertas biru. Warna biru yang digunakan untuk tema ini ialah robin egg blue atau lebih dikenali sebagai Tiffany blue. Di bawah chandelier, saya cetak nama majlis, tarikh dan tempat. Kemudian bingkaikan. Setelah itu, guna crafts diamentes untuk hias chandelier.



Photo Booth Props 


Photo Booth Props - Breakfast at Tiffany's
Tak susah nak buat photo booth props untuk tema ini. Breakfast at Tiffany's merupakan sebuah filem lama. Jadi, yang penting kena ada spek mata kucing, paip, misai lentik dan cincin permata. Kemudian, buatlah beberapa buble talk. Apa yang penting, gunakan kertas yang tebal/keras dan apabila tampalkan lidi tu, guna gam yang kuat :) Jika tidak, dikhuatiri baru pakai dua tiga kali lidinya copot!


Main Piece and Photo Booth Props


Photo Frames with Quotes from Breakfast at Tiffany's

Set up untuk meja makan.
Untuk lebih 'mesra tema', saya gunakan bingkai gambar dua sisi dan letakkan quotes/dialog-dialog menarik filem tersebut. Hiasan bingkai gambar guna kombinasi kad biru dan corak damask. Kemudian, hias gelas-gelas kecil dengan reben hitam dan crafts diamentes. Masukkan butir-butir mutiara. Kotak biru kecil sebagai pelengkap gaya. Sebenarnya, kalau ditabur beberapa butir diamond tiruan atas meja lagi cantik! Tetapi, tak dapat nak realisasikan. Saya hadapi kesukaran nak cari diamonds yang dihajati.

Mini Banner

Mini Banner

Idea untuk buat mini banner ni muncul apabila saya pergi shopping di Spotlight, IPC. Berkenan tengok kertas banner berlekuk melengkung begitu. Saya gunakan kad biru dan damask yang sama, lawankan dengan warna putih dan hitam. Kemudian, untuk gantung banner, saya gunakan bakers twine warna hitam putih.



49 ulasan

  1. Terbaiklah Kak Farrah :) Tak sabar nak baca bahagian kedua pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tunggu ye. Part 2 more to hiasan tambahan :)

      Padam
  2. cantik!
    warna biru tiffany tu pun soft je nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiffany blue ni memang cantik tone warnanya :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Lagi kelasss bila guests pakai formal, serba hitam ;)

      Padam
  4. Btw, Farrah, thank tau sebab spent time menghadap blog kite, baca entry yang lama-lama dulu.. (terharu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome. Suka baca entri2 lama Intan...zaman kita belum kenal. Dapat tengok FL masa kecil :)

      Padam
    2. maybe lepas ni Farrah boleh jumpa FL depan-depan.. ahakkkss

      Padam
    3. Insya Allah, aunty F jumpa little F :)

      Padam
  5. very creative..suka colour biru tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filem BAT ni memang trending zaman dolu2. So, ramai yg suka buat sebagai theme event :)

      Padam
  6. farra sentiasa buat khaty teruja dengan hasil kerja farra..terbaikk..keep it up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terharunya baca komen khaty. Thanks for your support ye :)

      Padam
  7. suka bila ada photobooth macam tu. gerammmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang skrg photo booth yg selalu jadi 'star' of the event :)

      Padam
  8. nanti saya kahwin, nak minta kak farrah buatkan props and guestbook utk saya. hhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tersipu-sipu sendiri kat sini. Scha kahwin nanti mesti grand! Apa sangatlah props akak yg tak semenggah ni :)

      Padam
  9. hebat idea akak.. suka tiffany blue. lembut je. always with brilliant ideas sista

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for the compliment, Nina. Akak dapat idea pun dari perkongsian orang di internet :)

      Padam
  10. wahhh kreatif laa kak farrah :) cntik sgt theme diaa . soft je , sedap mata melihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna biru Tiffany memang lembut dan sweet je :)

      Padam
  11. Betul2 kreatif la dia ni. Kalo SB lah buat ntah apa ka rupa hasilnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala SB tu pun tangan berseni. Saja je rendah diri :)

      Padam
  12. kreatif dan terbaik laa kak Farrah.. tak sabar nak tunggu sambungannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi Insya Allah, nanti akak up entri sambungannya ye :)

      Padam
  13. Balasan
    1. Pemegang rokok panjang ada,..tapi last minute buat. Tak sempat masuk gambar :)

      Padam
  14. idea yang sangat bijak buat chandelier..wana tertarik dengan semua props yang akak buat..suka gilerrr..nak order kak farrah la kalau wana kawen nanti bleh????

    BalasPadam
  15. Love it! What a greater combination! Kretiplah cik farah ni! Jeles tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, Gee. Mudah je nak buay mende2 ni. Uncle Google & Aunty Pinterest kan ada :)

      Padam
  16. cantiklah pemilihan warna dia kak farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, warna biru ni dikenali sbg Tiffany blue diambil sempena filem nilah.

      Padam
  17. canteknya semua barang2 warna tema nya tiffany blue...masa kita kawen, pakai baju calour ni...suka! btw, kak farrah, first tengok orang buat photobooth prop tuh kan, ada rokok paip tuh...comelnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh, mesti berseri Aisya pakai tiffany blue. Lembut dan sweet kan tone warna ni. Rokok paip ada,..tapi tak capture gambat sebab last minute baru sedar akak tak buat lagi ;)

      Padam
  18. cantiknye kakkkkkk
    i is sangat kejelesan tauuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. U dont jeles,..ayu pun boleh buat :)

      Padam
    2. Ayu pun sama-sama kretip.. dalam dendiam ada bakat =)

      Padam
    3. aikk bakat ape plak tu ha
      hehehehe kite xberseni mcm kak farrrah

      Padam
  19. mmg lah x mampu nk buat semua x kreatif...huhuh

    BalasPadam
  20. Kak Farrah bleh amek upah buat wedding punya props lah.. part time..
    hehehe..

    BalasPadam
  21. nanti kenduri kawen nak kaler biru ni jugakla.. bleh tmbh dlm option..
    eeeeh =P

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.