Kena Pakai Braces Dekat Leher

Khamis, Mei 19, 2016

Alkisahnya, bangun pagi checked reminder kena pakaikan ubat bulu gugur untuk Si Yuri. Ini obatnya. Dermoscent Essential 6. Jenis spot on. Kena titiskan ngam-ngam kat belakang tengkuk supaya kucing tak dapat jilat.

Dermoscent Essential 6 Spot-on


Bagi yang dah biasa baca kisah saya dan Si Yuri sebelum ini mesti dah tahu, kucing diva saya ni garang. Jenis tak suka meleseh manja-manja. Kalau kalian bayangkan si Yuri ni jenis kucing boleh gesel-gesel, boleh lepak manja atas pangkuan,..you are definitely wrong. Kucing yang seekor ni suka cakar-cakar orang, gigit-gigit. Yuri does not even purr. Kalau dia nak bermanja, dia datanglah dekat kita. Kadang-kadang temankan saya dan ibu borak,..jadi tukang catat minit mesyuarat! :) Kalau tak dia buat hal sendiri je. Kepala angin macam tuan dia jugak hahaha

Di rumah tu, yang berani angkat lambung peluk-peluk dia, saya seorang je. Tapi tengoklah,.. tangan, kaki dan badan dah banyak rekodkan 'tanda tangan' ehhh tanda kuku daripada Yuri. So, apabila nak kena bagi treatment pada Yuri, bagi makan pil atau letak spot-on, memang kena buat berdua dengan Bott.

Nak dijadikan cerita, Bott ke pasar beli barang. Saya malas nak tangguh-tangguh sebab bimbang terlupa. Saya pun tangkap Yuri. Landing-kan atas meja kraf. Then, pegang kaki depan dia. OK. Cantik. Dia tak bergerak sangat. Saya pun buka tiub Dermoscent. Elok je saya titiskan ubat tu, si Yuri gelincat nak lepaskan diri. Ubat yang sepatutnya 'mendarat' belakang tengkuk lari dari sasaran! Tapi saya masih bersangka baik lagi. Asalkan kena area belakang tengkuk, OKlah tuh!

Bott balik, terus nampak ada cecair basah kat TEPI tengkuk Yuri. Dah dekat dah dengan area kaki depan dia. Saya pun terus buka cerita, "Bla bla bla bla...oklah tu kan,..janji Yuri tak dapat jilat." Tak dapat jilat apanya,..habis je saya cakap, si Yuri menjilat, jilat dan jilat lagi kawasan yang dah berlumuran ubat tu! Saya dan Bott berpandangan. Speechless! Lepas tu masing-masing mencicit selongkar bilik dan stor untuk cari kolar leher si Yuri.

..dan inilah kesudahannya.

Kena pakai btaces dekat leher :)

Muka pasrah :)
Sorry, Yuri!

59 ulasan

  1. Sian yuri kena dera... Tu laaa... Nakal lagi! Ha ha ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak reti dok diam. Terus leher kena kunci :)

      Padam
  2. padan muka Yuri ... Notty lagi! kan dh kena pakai collar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah selagi obat tak kering, selagi tu kena pakai, Mummy :)

      Padam
    2. Sib baik mummy dh tlg sebut ...

      Hihihi...

      Tu lah yuri... notty ... biasa tuh

      Padam
    3. Notty tu dah sinonim dgn Yuri :)

      Padam
  3. Ada lagi kucing2 yang garang2 ni ea... ingat dh pupus.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adaaa mummy. Belum pupus lagi. Masih wujud! :)

      Padam
  4. Serius comel sungguh Si Yuri ni punya color.. phewittt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan puji lebih2, Mummy. Nanti makin diva si Yuri :)

      Padam
    2. Harap2 yuri x pergi sekolah...

      Kih kih kih

      Padam
    3. Kalau g skolah nnt pandai baca blog .... naya kita semua kna cakar...

      Hihihi

      Padam
    4. hahaha..nanti Yuri bukak blog kutuk kita pulak

      Padam
    5. Kahkahkah sampai ke situ perginya! Korang ni,...

      Padam
  5. Kucing mummy pun ada sekor yang tak manja mcm ni.. dia dekat bila nak apa2 je.. Namanya MOkk!..sbb dia gemok.makan kuat!..hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kemsalam ngan MOKK,..tanya dia nak kawan ngan YURI dak? :)

      Padam
  6. hahaha.. perangai yuri tu sama cam Awang nina dulu..

    awang pun jenis kucing parsi yg tak mesra lansung..

    mcm tuan dia.. kikiki

    BalasPadam
  7. alaa sian dia. btw cantiknya si Yuri ni <3

    BalasPadam
  8. Hahaha.. comey ja Yuri... ingat kan nape lah...

    BalasPadam
  9. Akak, Yuri sama macam Mimi yang geget jari Firah... garang kemain... tak padan ngan betina.. dengan badan bertobek2... haish !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diorang ni lupa diorang kucing kot,..tetiba suka beraksi ganaih! :)

      Padam
  10. Assalamualaikum kak Farah lama tak tinggal sini sory taw.. Lama sangat ekin bercuti dari blog blog bw sebab jaga abang sakit kat hospital dan dumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Ekin. Terima kasih sudi lagi singgah sini. Don't worry, dahulukan keutamaan kita. Suami Ekin dah sihat ke? Akak pun dah lama tak jenguk blog Ekin. Nanti akak datang ye, insya-Allah.

      Padam
  11. Kesian kat yuri ada ubat xnak bagi gugur buku ea kena cari gak nanti almaklum la ekin pun ada gak kucing ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, nanti carilah. Si Yuri ni bulu panjang so cepat sangat gugur bulu. Ada banyak jenis. Ada yang spot on, ada yang spray je,..

      Padam
  12. alahai sian nyer yuri.
    takpela ekk yuri.
    jap je... alahai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dah bukak dah tengah hari tadi, Aida :)

      Padam
  13. Hahaha Yuri-yuri.. kesian kt tuan kamu tu.. Susah payah belikan ubat..
    Dulu ada kucing juga dia sangat gangster tak padan dengan namanya, Cute, waktu kecil memang Cute waktu besar dia Taiko kawasan tu.. ASal balik rumah mesti luka-luka, dan bila luka tu mcm-mcm inisiatif kitorg buat utk elakkan dia menggaru luka tu lepas tu akan berkudis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing tu salah bagi nama. Kena tukar jadi TAIKO sebab dia nak jadi abang long kawasan :)

      Padam
  14. Walau pun garang tp comel... hihihi

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Farrah MF,

    Comel sangat rupa pasrah Yuri tu, ikut saja apa disuruh..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, LZ. Hihihi kena ikut jelah,..lehe dah kena kunci ;)

      Padam
  16. salam,
    ingat kan braces pada gigi je kekeke

    BalasPadam
  17. nakai ye yuri ni!.. yana memang takkan dekat dengan yuri hahaha

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Treatment utk bulu gugur ni sebab dia baru baik jangkitan fungus. Kena pakai seminggu/dua minggu sekali :)

      Padam
  19. terus 'mati kutu' Yuri..like, literally

    BalasPadam
  20. alahai..cian nya nuri tu..tu aa sape suruh x nk duduk diam

    BalasPadam
  21. kalau spesis cam nuri yg suka cakar2 ni mmg tak berani nk sentuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang tak syorkan,.dia ni hangin sikit ;)

      Padam
  22. Kenapa nama yuri. ? Koreanyaaa nama kucing .. Haha

    BalasPadam
  23. Mula mula baca terkejut sebab Ingatkan kak farah yg guna ubat gugur bulu. Ngeeee

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.