Rasa Nak Tepuk Je Perut Dia!

Khamis, Mei 28, 2015

Nampak tak? Nampak tak kucing bulat yang tengah terbongkang tidur tu? Geramnya tengok!!!! Rasa macam nak tepuk perut dia kasi bangun! Boleh pulak sedap bobok atas paha orang dengan kaki terjuntai. Kaki depan terkuak! Over kan?! Orang imsomnia kalau tengok gambar kucing ni mesti rasa menyesal hidup ;)

Sumber Imej: Facebook Zul Erwan Veterinary Clinic
Gambar ni saya 'pinjam' dari page Zul Erwan Veterinary Clinic yang terletak di Sungai Buloh. Selalu bawa Yuri untuk deworm dan dapatkan treatment di sini. Servis memang bagus. Staff semua friendly, helpful dan boleh attend pada pet kita dengan baik (especially kucing betina garang perasan diva macam si Yuri).

Kadar bayaran perkhidmatan berpatutan. Klinik pun very clean. Saya pernah pergi satu klinik haiwan tetapi masuk-masuk je bau hancing menusuk serang hidung! Nak bernafas pun susah. Sampai sekarang saya pelik, macam mana nak promote servis yang ditawarkan dengan keadaan klinik berbau macam tu? 

Berbalik pada kucing bulat di atas, view sebegini memang something yang tidak asing kalau kita buat kunjungan ke Zul Erwan Veterinary Clinic. Mereka ada bela beberapa ekor kucing di klinik tersebut. So, sambil kita menunggu giliran, kita akan dapat main-main, hiburkan diri tengok aksi dan keletah kucing. Ada yang bobok kat meja registration lah,...ada yang main kejar-kejar dekat ruang menunggu, tidur atas rak...Jadi, kalau kalian berada di kawasan berhampiran dan perlukan perkhidmatan vet, bolehlah ke klinik ni. Details rujuk pada pautan Facebook page mereka ye.

64 ulasan

  1. Ya Allah, bulatnya...rasa nak peluk pun ada kucing debab macam ni..hehehe..haish, terus trbayang garfield..ekeke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam garfield kan! :)

      Padam
    2. Aah...cuma warna je tak sama..sah2 pemalas ni...hahaha..

      Padam
    3. Itulah, dah gaya tido selambak terletak macam tuh...

      Padam
    4. Hahahaha...selambak katanya..kalau dua tiga ekor..mau berlambak2..hahah

      Padam
    5. Sebbaik kucing yang atas tu sopan je pekertinya kan,..

      Padam
  2. geramnya tengok kucing tu kan kak Farrah.. manja betul tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tak tahan, kucing tu boleh lena terkuak macam tu!

      Padam
    2. tu laa pasalnya.. bahagia betul tengok kucing tu lena..

      Padam
    3. Memang eyda,...bahagia tgk aksi dan ragam kucing, tak jadi kerja dibuatnya!

      Padam
  3. "Orang imsomnia kalau tengok gambar kucing ni mesti rasa menyesal hidup ;)" Eh eh mana tahu ni? Huhu jeles tengok kelenaan kucing tu tidur..... huntonglahhhh.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kita sekapalllll! Saya klu tiroid tengah tinggi, memang tak leh tido malam. Masa tu kalau jumpa semut tidur pun saya akan hangin hihihi

      Padam
    2. Tiroid tinggi sangat ni sampai boleh nampak semut tengah tidur. Macam mana agaknya tu yek? HEHEHEHE

      Padam
    3. hahahah tu kategori tak cukup tido dah nak masuk hallucination dah tu ;D

      Padam
  4. farra..nak kucing tue...awat gebuss gebasss sangat

    BalasPadam
  5. saya nak rembat bw blk umah nk gomol2 dia smpi dia pengsan hahahaha

    BalasPadam
  6. eeee geramnya... klu leh cubit kucing mcm cubit manusia, mmg kena si comel ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kucing ni kalau terlepas kat public, tak selamat hidup dia :)

      Padam
    2. hahahha betul kak farah
      .habislah dia

      Padam
  7. amboi amboii kemain lagi kan
    gebus gebas
    ni kalau dapat peluk dah xtau da mane salimut
    heee ayu da xde kucing da
    kalau x leh gak p knlik tu usha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kucing pun, jauhlah dari Klang nak ke mari cik adik :)

      Padam
    2. ala boleh sambil2
      bukannye jaoh mane tu
      hehehhe

      Padam
  8. Balasan
    1. Iye,..dahlah besau, main tumpang-tumpang riba orang plak nak tido :)

      Padam
  9. comelnya tidur terlentang cam tu...yg dipeluk tu pun kucing jg..cute.. black n white..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata kalau kucing black and white begitu, dia kacuk siam ngan kucing kampung biasa.

      Padam
  10. SS suka tucin... Tapi x leh dekat... Nanti... Haaaaaaachummmmmm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh, kalau cenggitu, jauhkan diri SS! Jangan merapat! Nanti tercabut hidung tu asyik bersin.
      Zarul suka kucing dak?

      Padam
  11. hahahhaa... kucing die sejibik kucing luna!!! mok2..!!! tapi bile orang laen tego mok2... luna marah... hahahahhahaa... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? Bestnya luna ada kucing gebussss! Gebu leh guna? Marah tak? :)

      Padam
  12. Bulatnya kucing geram wess tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup geram nk tepok2 paha dia cubit perut dia tarik ekor dia hahahaha

      Padam
    2. Tarik ekor dah kes dera tu, ekin :)

      Padam
    3. hihihihi tarik org xtaw kak farah

      Padam
  13. Jeles tengok kucing tu tido.. ekin pun susah tido malam huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la adess nk boleh tido gak pukul 1 paling lewat

      Padam
    2. Pukul 1 tu paling lewat ke paling awal boleh tidur?

      Padam
    3. paling awal kak Farah...kalau blewat pkl 3 pgi

      Padam
  14. Yuri ngorat tak kucing yg tgh bobok tu? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa akak bawak yuri, kucing ni tak de. Tak pun tengah bobok kat riba orang lain ;)

      Padam
  15. kalau kucing cute mcm ni rasa nk kiss je

    BalasPadam
  16. zul erwan tu pun ensem...eh!! heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tepuk kucing ke nak tepuk doc ? hahaha.. bangun la doc oooi.. tambah lemak je kucing tu terbongkang macam tu..

      Padam
    2. ehhhh sempat lagi sis ya...hahaha

      Padam
    3. Amboi amboi amboi, sis JM. Sempat lagi mata tu corner pandang tuan doktor ya :)

      Padam
  17. mengadaaaaanya.. huntong jadi kucing.. orang sayang.. makan terjaga..
    keje tidooo saja hehehe..

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Akak kan,..setiap kali tengok gambar ni balik, semangat nak tepuk perut dia makin membara-bara!

      Padam
  19. Yeke kucing banyak kat vet clinic tu?
    Aksi yang comel...geletek karang baru tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak geletek? Sempat ke? Syikin kan kurang sikit dengan meowwww :)

      Padam
  20. Besarnya. Oh kucing kat sana bebas ek kak Farrah?
    Kalau Ros yang agak penakut ni tak boleh ke sana. Hihihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.