Dahulu semasa di tinggal di rumah lama, belakang rumah ada pokok belimbing buluh. Setiap kali berbuah, memang lebat buahnya. Puaslah kami masak macam-macam lauk - buat sambal hitam, taucu ikan bilis, gulai lemak… masam-masam belimbing tu yang asyik!
Sejak berpindah, memang jarang sangat jumpa belimbing buluh. Alhamdulillah, baru-baru ini ada rezeki dapat satu plastik besar belimbing buluh.
Belimbing buluh sedia nak masuk peti ais. 😊 |
Gulai lemak cili api ikan sardin |
Kundang Madu yang Manis
Kundang madu |
Gembiranya saya bukan kepalang. Boleh jadi pencuci mulut waktu bulan puasa ini. Memang sedap ya kundang madu. Lagi-lagi kalau buahnya disejukkan dahulu di peti sejuk. Dingin je kemanisannya menyapa deria rasa. 😊
Memang berbeza dengan buah kundang biasa. Kita tak kejip-kejip mata tahan masam hahahah. Bott kata kalau di pasaran, harga kundang madu lebih mahal berbanding kundang biasa. Tak mengapa, lepas ni kalau teringin, nanti kita survey dan beli.
Eh, tengah cerita pasal belimbing buluh dan kundang madu, tiba-tiba saya teringin ubi yakun pula! Jenuh nak cari ni. 😅
Pokok belimbing buluh di rumah PH sedang lebat berbuah juga.
BalasPadamKundang Madu hampir RM30 juga sekilo. Rasanya mmg manis, sedap kan
Yang masam tu kita panggil buah asam kundang.
BalasPadamDulu ada pokok buah belimbing buluh cam ni kat belakang rumah mak.. Kecil-kecil suka makan, masam..
BalasPadamBelimbing buluh tu buat sambal hitam pun sodappp
BalasPadamUbi yakun mcm mana pulak rupanya. Banyak betul perkara baru ammi belajar dr bloggers
BalasPadamwahhh blimbing buluh tu mmg sedap masak dlm menu mcm tu! cepat kak farah cari ubi yakun! hehehe
BalasPadammummy_ayu
18 Mac 2025 pada 8:06 PGbaru nak komen, belimbing tu masak lemak sedap..sekali eh eh..betul la
BalasPadamkat MBG harga kundang tu 100g RM2.99
BalasPadambelimbing tu bubuh dalam gulai lemak memang padu..
BalasPadammahalkan kundnag madu tu.. Sha dah rasa ubi yakun tu.. bolehlah..