Mei yang Sibuk | Selamat Sambung Raya

Isnin, Mei 08, 2023

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar semua? Maaflah andai blog saya ni bersawang teruk. Memang agak lama terabai. 

Hari ke-8 bulan Mei baru sempat meluangkan masa untuk blog. Mudah-mudahan 31 hari baharu untuk bab ke-5 2023 baik-baik sahaja. Sekejap je dah nak setengah tahun, kan?

Salam Aidilfitri. Salam Kosong-kosong.

Maaf sangat-sangat saya lambat ucap selamat hari raya. Dah masuk 17 Syawal dah pun. Tak mengapalah. Kita raya sebulan ☺️

Salam Aidilfitri. Selamat sambung raya! Semoga setiap hari Syawal kalian akan dipenuhi dengan momen dan memori indah.

Salam Syawal! 🥰

Saya ingin mengambil kesempatan yang terhad ini untuk meminta ampun dan maaf daripada rakan-rakan blog. Sepanjang kita berkenalan, andai ada salah silap saya baik dari segi tutur mahupun tindakan yang menyinggung kalian, buat kalian rasa tidak senang… saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada kalian. Ampunkan keterlanjuran saya ya. Salam kosong-kosong.

Cekebon (ibu saya) masih di dalam wad, meneruskan proses rawatan. Jadi, saya memang sibuk berulang-alik. Tak dan langsung hendak hantar sebarang kiriman raya baik kad raya atau sebarang gift kepada kawan-kawan. Maaf ya. Insya-Allah, ada rezeki dan umur panjang, saya on balik projek Syawal tahun hadapan.

Buat beberapa rakan blogger (you know who you are) yang tahu tentang hal ini, terima kasih banyak-banyak kerana rajin hubungi saya untuk bertanya khabar. Terima kasih kerana tidak putus-putus mendoakan kelancaran urusan saya dan kesejahteraan Cekebon. Saya amat menghargainya. Semoga kebaikan yang sama berbalik kepada kalian. Semoga Allah mengganjarkan kalian dengan keberkatan dunia akhirat.

Okey, ada rezeki kita jumpa lagi. Insya-Allah, perlahan-lahan saya balas komen dan datang buat kunjungan raya ke blog kalian. 

Selamat hadiri open house, open office. Jaga diri.

16 ulasan

  1. selamat hari raya, maaf zahir batin..moga Cekebon nya cepat sihat & semua urusan dipermudahkan....aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, Ayu! Maaf zahir batin. Aamiin. Terima kasih atas doanya 😊😘

      Padam
  2. farah... lama x ke sini... selamat hari raya tau!! maaf zahir batin 0-0.. semoga dipermudahkan urusan rawatan cekebon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya buat Kakmim sekeluarga. Salam kosong-kosong. Maaf ya, saya pun dah lama tak jalan-jalan ke blog Kakmim. Terima kasih banyak2 atas doanya. 🙏🥰

      Padam
  3. Selamat hari raya Aidilfitri salam 0-0 juga. Syafakillah buat Cekebon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam lebaran, Mrs A. Maaf zahir dan batin. Terima kasih atas doanya 🥰😘

      Padam
  4. Selamat Hari Raya. Semoga dipermudahkan urusan di hopsital, dikuatkan juga semangat tempuhi ujian ni. Jaga diri jugak ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much, dik. Really appreciate this 😘

      Padam
  5. Salam Aidil Fitri Maaf zahir batin, moga dipermudahkan urusan dan moga ibunda cepat sembuh dan sihat hendaknya. InshaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, babYpose atas doanya 🥰

      Padam
  6. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat Farrah sekeluarga 🌜⭐
    Mudah-mudahan diberi kesembuhan buat ibu Farrah serta dipermudahkan segala urusannya 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya, PH. Allah lebih menyayangi ibu. Ibu saya sudah kembali bertemu Sang Pemilik Nyawa 😢

      Padam
  7. salam aidilfitri buat farrah sekeluarga maaf zahir batin atas kekhilafan sy selama ni sama da sengaja atau tidak🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga di pihak saya Anies. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik walaupun setakat ini kita belum ada rezeki bertemu empat mata. Ampun maaf atas semua salah silap dan kekurangan saya ya 🥰

      Padam
  8. salam syawal akak farah (sorry lambat pulak ucap hehe) maaf segala salah silap terkasar bahasa selama kenal di dunia blog hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak mengapa, Ana. Akak pun nak ambil kesempatan mohon maaf andai ada salah silap dan kekurangan akak sepanjang kita kenal ya 🥰

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.