Semalam, saya bangun pagi dengan rasa lesu, menguap tak henti-henti. Tak cukup tidur. Ikutkan hati, mahu sahaja saya sambung tidur tetapi saya ada janji temu di luar. Kena keluar jumpa orang!
Dipendekkan cerita, dalam pada bergegas hendak pergi ke lokasi pertemuan, saya singgah sebentar di San Francisco Coffee. I need my caffeine fix. I need coffee.
Alhamdulillah, tidak ramai orang. Tak beratur panjang. Sampai giliran saya, saya pesan espresso con panna. Espresso dengan krim (whipped cream). In fact, I ordered a doppio. Double espresso.
Saya perlukan sesuatu yang kuat untuk kasi mata celik tetapi pada masa yang sama hendak juga rasa lemak-lemak krim tu. 🤣
Kopi pagi saya ☕️ |
Masa nilah baru terdetik, dalam pada tidak yakin tu, betul atau tidak dia buat pesanan saya?
Tidak sedap hati, cepat-cepat saya buka penutup cawan kopi saya.
My espresso con panna |
Alaaa… apa ni? Where’s the panna? Mana whipped cream saya? Apa benda secoet tu?
Bagi yang kurang familiar dengan espresso con panna, bayangkan satu cawan kecil kopi o pekat (dalam situasi saya double espresso shot) dengan paipan whipped cream yang mewah.
Ini bukan espresso con panna! Ini lebih kepada machiato.
Saya cuba sejukkan hati, mungkin dalam pada menuju ke kereta, saya yang ‘ganas’ bawa kopi. Jadi, whipped cream dah sebati dengan espresso. Tapi… takkanlah sampai larut lenyap semua whipped cream-nya. Espresso ni saiz hidangannya lebih kurang dua tiga teguk je… mustahil whipped cream boleh larut sampai begitu sekali.
Apa yang pasti, adik barista salah buat air. 😫
Hendak tidak hendak, terpaksa terima itulah rezeki kopi saya. Espresso con panna, WITHOUT the panna. 😂
sebagai peminat kopi, saya tak pernah rasa kopi selain latte & americano. nak try juga la espresso con panna :)
BalasPadamHaaa lepas ni boleh cuba. Portion espresso con panna ni kecil je. Jadi, kalau tak kena dengan selera, boleh order air lain 😊
Padamalahai...sedih la jugak kan bila yg diidamkan jadi lain...
BalasPadamI is very sedih, Ayu. Sebab dah terbayang whipped cream 😂
Padamlaaa knape x patah balik? resit ada kan?
BalasPadamKejar masa huhuhu kereta dah masuk dalam jam, tak sanggup nak pusing balik 😩
PadamAduh, bikin spoil mood je kan. Dah banyak kali juga berlaku di lain lain cafe. Dorang salah ambil order bila dah ramai. Takpun, barista salah buat. Redha je lah kadang. huhu...
BalasPadamMemang. Akak patutnya lepas dapat kopi tu check terus sebab dah ‘terdengar’ keraguan adik barista tu… tapi dah tengah ngantuk kan… sel2 otak tak berhubung.
PadamMAsih baru rasanya adik barista tu ya kak 😅. Bukan rezeki dapat kopi yg betul. Terkadang kalo saya dah terlanjur jauh dari kafe nya, memang lah malas nak balik. Terima saja.. tp kalo msh di kawasan kafe, confirm saya akan protes 🤣
BalasPadamBetul, Fanny. Rasanya kalau saya tidak terlalu melayan kantuk, pasti akan segera protes mahu kopi dan whipped cream. Lagipun, sudah kembali berperjalanan. Malas mahu u-turn 😂
PadamPergh!! Spoil mood owh kalau tak dapat kopi yang betul..
BalasPadamRasa dia mesti padukan kak tapi berlemak.. Sha tak berani nak cuba espresso.. kikiki.. Kalau ada whipped cream ini mungkin boleh cuba nanti..