Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Lama benar saya tidak bersiaran. Sibuk mengurus kehidupan konon-kononnya, tidak sempat langsung hendak menjengah blog. Balas komen dan blogwalking jauh sekali! Bersawang kaww kawww gamaknya tower saya ini. 😂
Apa khabar teman-teman semua? Mudah-mudahan okey dan baik-baik sahaja. Sepertiga November sudah berlalu, sekejap je, kan? Nanti tahu-tahu dah masuk 2024.
Deepavali dan Cuti Hujung Minggu
Pisang goreng rangup saya |
Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut, mengemas lagi! Saya baru selesai berpindah sebenarnya. Huhuhu ya, pindah lagi. 😂 Pindah awal sebulan daripada perancangan asal. Jadi sekarang masih sibuk mengemas, mengeluarkan barang dari kotak-kotak.
Unwrapping the bubble wraps 😅 |
Bab ni paling jenuh! Rasa macam tak habis-habis. Sudahnya, apabila dah penat, main letupkan bubble wraps tu je.
Antara ‘penyesalan’ saya 🤣 |
Waktu berpindah-randah begini, saya akan ada fasa menyesal. Gambar di atas merupakan kotak pertama barang-barang saya yang berlabel buku. Ini kotak paling kecil. Ada banyak kotak lagi!
Masa nilah rasa nak nangis! Kenapalah aku ada banyak buku nota? Kenapalah aku suka buat jurnal? Kenapalah tak jadi minimalis? Habis semua kenapa keluar! Biasanya, penyesalan tu sekejap je… selesai kemas, hilang dah kesal, sesal tu semua. Dah jenis sayang buku dan kertas, nak buat macam mana hahahahah.
Ada siapa-siapa nak tolong tak? 😁
Saya kemas-kemas dahulu, insya-Allah, nanti perlahan-lahan saya blogwalking kunjungi kalian ya.
Selamat menikmati hari. Jangan lupa doakan saudara-saudara kita yang teraniaya di sana.
hepi longgg wiken Farah.. tu la tau2 nanti dah masuk tahun 2024 kan.. kejap je masa skrg ni
BalasPadamSelamat bercuti dan mengemas
BalasPadamSaya nak tolong tengok dari jauh je…selamat mengemas
BalasPadamSaya nak tengok dari jauh je…selamat mengemas
BalasPadamMemang kak, saya pernah alamin juga. Saat dulu pindah Krn baru nikah, kebetulan saya suka membaca jadi buku ada buanyaaaak sangat 🤣. Sampe pusing nak kemas, lalu unboxing pula di rumah baru 😂.
BalasPadamTapi mengeluh pun, tak mau pula tinggalkan buku2 itu 😄