Susyi untuk Sarapan

Rabu, Ogos 14, 2024

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Selamat hari Rabu!

Setelah berminggu-minggu tanpa sebarang entri baharu di tower, baru hari ini ada peluang muncul kembali di sini. Aishhh… macam manalah nak konsisten berblogging ni… kejap muncul, kejap tenggelam… kejap ada, kejap masuk gua… 😂 

Kalian sudah bersarapan? Hari ini rezeki saya makan susyi untuk sarapan. Malam semalam makan ramai-ramai di sebuah restoran Jepun di Petaling Jaya. Orang belanja. Catching up, tukar-tukar cerita memandangkan agak lama tidak berjumpa.

Alhamdulillah, tukang belanja bermurah hati tapaukan susyi untuk saya. Kebetulan, total kami semua makan tidak sampai kuota pakej yang diambil. Jadi, dipesannya empat kotak susyi untuk saya bawa pulang. 

Dalam ramai-ramai tu, saya seorang je yang tak keluar bekerja hari ini. Jadi, food untuk saya dah ada. Tak perlu susah-susah nak fikir untuk masak atau beli. Sweet, kan? So thoughtful. Ada kenalan yang baik-baik dan pemurah ni kira satu bentuk rezeki juga.


Inilah juadah sarapan negara matahari terbit saya. 😊

Susyi, anyone?

Saya tidak berapa pasti dengan nama setiap susyi di atas. Tetapi, rasanya ada california roll, volcano roll, summer roll dan cranky salmon roll. 

Semua sedap-sedap belaka. Tak terhabis saya. Selebihnya boleh sambung makan tengah hari nanti.

Now, I just need my coffee. 

Okey, insya-Allah kita jumpa nanti. Selamat menikmati hari!


12 ulasan

  1. tiba-tiba bangun pagi jarah Farrah San

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dua tiga hari juga feeling2 orang Jepang sebab terlebih makan susyi 😂

      Padam
  2. wahhh banyak tuuu kalau makan seorang👍👍

    BalasPadam
  3. wah menu jepun sarapan die..sedap tu sushi

    BalasPadam
  4. Uwaaaah favorit saya jugaaaa 😍😍😍. Paling suka volcano. Jika baru dihidang, saat dikunyah terasa hangat sausnya👍. Sushi ini dilihat sedikit, tapi makan sekotak itu saja, dah kenyang sangat 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, tidak nyangka Fanny penggemar susyi juga! Nanti kapan liburan di Kuala Lumpur, kita bisa nikmati susyi bareng-bareng ya.

      Padam
  5. Sedap semua tu. Ya, coffee tak boleh tinggal hehe.

    BalasPadam
  6. Cedappp...yes...we need our coffee

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.