Semua Lapan Belas Sen Satu

Selasa, Ogos 27, 2024

Assalamualaikum. 

Awal bulan yang lalu, sepanjang tempoh jualan 8.8, saya rajin mengintai barang-barang di Shopee dan Lazada. Mana tahu ada good deals yang boleh disambar. Kebetulan waktu tu saya memang sedang cari manik silikon untuk projek kraf saya. 

Biasanya di Shopee, saya akan explore Shopee Choice terlebih dahulu. Lebih murah dan berbaloi.

Dalam pada mencari tu, saya perasan ada banyak pek sticker ditanda dengan harga RM0.18 bermula pada pukul 8 malam. Kena grab ni, buat stok untuk hias jurnal dan scrapbook.

Saya add to cart pek-pek sticker yang berkenan di hati. Tak pasti sama ada ada had pembelian untuk barangan RM0.18 ini ataupun tidak, saya tumpang guna akaun Bott sekali. Pukul 8 malam nanti baru check out.


Dipendekkan cerita, inilah hasil tangkapan lapan belas sen saya!

My 8.8 Shopee haul 😊

14 item semuanya. Kalau diikutkan ada beberapa pek lagi saya nak tambah. Tetapi, tak berjaya. Ada beberapa item saya tekan untuk pilih, harga item terus berubah. Mungkin dah cecah had pembelian. Tidak pun, limit pada masa jualan atau kuantiti item itu sendiri.

Tak mengapalah, tak ada rezeki. 14 item ni pun dah berbaloi-baloi. Harga asal pek-pek sticker di atas lazimnya antara RM2 - RM4.++. Memang puas hatilah!

Payday Sale baru-baru ini saya tak beli apa-apa. Tiada yang berkenan. Tunggu promo 9.9 pula nanti. 




7 ulasan

  1. kalau sy pun rambang juga bla tgk harga terlajak murah ni😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rambang mata dibuatnya, Anies! Kalau boleh nak grab semua 😁

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah. Happy dapat sticker baru, Ayu 😂

      Padam
  3. Memang worth it yg didapat 😄😍. Apalagi bisa digunakan utk hobi kakak menghias jurnal 😍.saya tak beli apa2 8.8 kemarin. Terkadang malah lupa kalo dah tanggal kembar 😅

    BalasPadam
  4. Waa cantik2 dan comel semuanyaaa... sy pun rambang mata tgok sticker2 nie

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.