Be A Man in The Storm

Jumaat, Oktober 29, 2021

Assalamualaikum. Seminggu lebih saya tidak jenguk blog. Entri terakhir pun entri Wordless Wednesday sahaja minggu lepas. Sebenarnya, banyak benda hendak dicerita ... hendak dikongsi. Tetapi, rasa malas menulis tu berlapis-lapis. 😂

Ditambah pula dengan masalah talian internet yang menduga setiap petala sabar. Entah sampai bilalah syarikat-syarikat telekomunikasi ini mahu guna alasan servis disedang dinaiktaraf demi kebaikan dan kesenangan anda entah. Si Kursar (kura-kura besar) yang viral tu jalan lagi laju! 

Kadang-kadang, rasa macam tercampak kembali ke zaman penggunaan telefon hanya untuk membuat dan menjawab panggilan. Dah, data internet ada banyak-banyak G pun tak berfungsi! Jadi, hari-hari lepas memang banyak diluangkan dengan aktiviti tanpa sambungan internet. Puas dan tenang hati saya tak perlu fikir tentang line laju ke line siput.

Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja. 


Masuk-masuk, dah suruh jadi man in the storm. Haa ... ingat lagi entri saya mengenai apa jawapan unggul untuk persoalan bagaimanakah cara terbaik mendepani halangan dan cabaran hidup? How do you face setbacks in life?

Saya rasa saya jumpa sesuatu yang boleh dipertimbangkan sebagai jawapannya.

Ini merupakan kata-kata daripada seorang penyajak Perancis, René Char.


Il faut être l'homme de la pluie et l'enfant du beau temps


Be a man in the storm and a child when the day is clear.



Apabila kita berdepan dengan kesulitan atau masalah (di sini penyajak melambangkan kesulitan dengan keadaan cuaca yang buruk), kita kena kuat,  kena berani tempuh permasalahan dengan yakin. Act and think like a reasonable man, bukannya lari dari permasalan atau mula tunding jari sana sini.


Saat ‘cuaca baik’, bolehlah kita let loose dan serlahkan inner child kita untuk nikmati hari sebaiknya.


Setuju tak? Okey, insya-Allah jumpa lagi nanti. Selamat berhujung minggu!

5 ulasan

  1. Ye.. Kadang2 kita pun tak sangka kita kuat. Tau2 je dah settle kesulitan tu

    BalasPadam
  2. Sesuai quote ni dengan cuaca sekarang yang kerap hujan ribut

    BalasPadam
  3. Apa apa berlaku. Tetap kena tempuh. Nak mengumpul kekuatan tu perlukan usaha.

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang tidak pasti apa yang dibuat itu betul.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.