Salam Israk Mikraj | Penawar Buat Muhammad

Khamis, Mac 11, 2021




Assalamu’alaikum w.b.t.



Terjemahan: 


Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Surah Al-Isra’, ayat 1


Selamat mengenang peristiwa Israk Mikraj, peristiwa yang membawa kepada titik tolak bermulanya kita sebagai hamba Allah diperintahkan dan diwajibkan bersolat.

Sambil itu, renungkanlah peristiwa-peristiwa yang dilihat baginda semasa kembara israknya yang diiringi oleh malaikat Jibrail:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. 


👉 Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah, pahala mereka digandakan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.



2. Tempat yang berbau sangat harum. 


👉 Itulah bau kubur Mashitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.


3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali kepala mereka sembuh, mereka akan memecahkan kepala semula berulang kali.

👉 Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Yang Maha Esa.



4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain dan dihalau seperti binatang ternakan. Mereka memakan bara api dan batu dari neraka Jahannam. 


👉 Itulah orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat harta mereka.



5. Suatu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. 


👉 Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing sudah berkahwin.



6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. 


👉 Itulah orang yang makan riba`.



7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. 


👉 Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.



8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. 


👉Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.



9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. 


👉 Itulah orang yang memakan suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.



10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit kemudian tidak dapat memasuki semula lubang itu. 


👉 Itulah penyesalan orang yang bercakap besar tetapi penyesalannya sudah terlambat.



11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak membenakannya.


👉 Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.



12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak mempedulikannya.


👉 Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.



13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. 


👉 Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.




Penawar Buat Muhammad

Kecundang Nabi, Tahun Kesedihan,
Pemergian isteri melumpuhkan diri,
Diturunkan penawar dari Tuhan,
Pembakar semangat terus berjuang.

Maha Suci Allah, isra'kan Muhammad, 
Minal Masjidil Haram ilal Masjidil Aqsa,
Di malam yang hening, mulianya Rejab,
Bukti kekuasaan Tuhan.

Berangkatlah baginda, berkembara biidznillah,
Tujuh petala langit yang diteroka,
Siapa dia penghuni syurga,
Siapa meringkuk diseksa di neraka.

Yakinilah, yakinilah, bersaksilah, berimanlah,
Bersyahadah Nabi depan Tuhannya,
Pertemuan antara Rasul dan Pencipta,
Terpahat sirah bermakna..




19 ulasan

  1. Ingatan untuk kita tentang balasan di akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita tidak lupa apa yang bakal menunggu kita di sana.

      Padam
  2. Alhamdulillah, terima kasih sharing :)

    BalasPadam
  3. seram abaca..terima kasih atas peringatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seram kan... kita ni yang kadang-kadang tak beringat huhuhu

      Padam
  4. Kisah yang ngeri kalau didengar, tapi bagus untuk peringatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Almaklumlah sebagai hamba-Nya kita ni cepat lupa...

      Padam
  5. nice sharing akak.. kadang2 tu belum tahu makna sebenar israk mikraj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... kadang-kadang kita tak betul-betul hayati apa di sebalik israk mikraj ni

      Padam
  6. terima kasih berkongsi...


    btw, ni just sharing je. kalau sempat jumaat nanti tontonlah ceramah ustaz asraff ayob live kat FB beliau tentang sisi lain isra' mi'raj ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.