Assalamu'alaikum,
Lama benar saya tidak bersiaran di blog FAMF Tower ini. Sibuk melunaskan urusan harian. Kemudian sempat luangkan masa bersama keluarga untuk short getaway. Balik cuti, terbawa-bawa semangat cuti tu sampai seminggu. Malas nak buat kerja. Tak ada mood nak masuk blog.
Hari inilah baru ada semangat sikit. Itupun lepas simpati terhadap blog sendiri, entri terakhir saya pada 13 Februari yang lepas. Ini dah nak masuk bulan Mac! Sibuk bebenar nampak gayanya hehehe
Sebut tentang sibuk, dalam pada kita sibukkan itu ini, kita kena belajar untuk terus hargai kehidupan. Kebanyakan kita, lemas tenggelam dalam tekanan hidup dan beban kerja sampai kita jadi lupa untuk hargai perkara-perkara yang ada di sekeliling kita. Perkara inilah yang saya tulis dalam artikel saya untuk THREAD ZALORA bulan lepas. (Again, sibuk sangat sampai lupa nak update di sini 😀)
Klik gambar di atas untuk baca artikel. |
Melalui artikel santai saya kali ini, saya kongsi 9 cara mudah untuk kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari supaya kita dapat lebih hargai setiap detik dalam hidup kita. Treasure and cherish what we have. Bersyukur dan content dengan apa yang kita ada.
Apa caranya? Antara yang kita boleh lakukan ialah,..
Bangun dengan minda dan aura yang positif.
Bagi saya, yang ini sangat penting. Bangun pagi tu, kita dah kena set mood baik-baik. Jangan bangun dengan negative thoughts. Tak perlu fikir masalah-masalah yang ada, kerja-kerja yang tertangguh. Fikirkan yang baik-baik sahaja. Apabila kita bangun dengan mood and mindset yang betul, insya Allah, hari kita akan berjalan dengan baik. Bayangkan jika kita bangun dengan grumpy, rusuh hati,...perkara yang baik berlaku pada kita pun kita akan perceive the other way round.
Jadi, bagaimana nak bangun dengan mood ceria? Mudah. Pertama sekali, bersyukur kerana kita telah diberi peluang untuk hidup satu hari lagi. Then, fikirkan insan-insan tersayang. Confirm sepanjang hari akan senyum lebar.
Enjoy the little things.
Biasa dengar kan? Enjoy the little things. Nampak biasa tetapi boleh beri kesan yang luar biasa pada diri kita. Apa yang perlu kita buat ialah mula lihat, alert, peka dengan benda atau perkara kecil di sekeliling kita. Nikmati dan hargai setiap satu daripadanya. Aroma kopi yang mengasyikkan, bau rumput selepas dipotong, dengar lagu kegemaran di radio dan banyak lagi
Hanya dengan 'Terima Kasih'.
Sejak kecil saya diajar yang 'Tolong', 'Maaf' dan 'Terima Kasih' merupakan magic words yang kita harus guna apabila berkomunikasi/berurusan dengan orang. These magic words jugalah cara berbudi bahasa paling simple (tetapi tinggi nilainya) yang kita boleh ajar pada anak-anak. Jadi, pupuk tabiat ucap terima kasih pada insan-insan di sekeliling kita yang lakukan sesuatu untuk kita, bantu kita atau beri perkhidmatan pada kita sebagai tanda kita hargai mereka. Apabila kita belajar hargai orang, secara tidak langsung kita akan lebih hargai diri kita sendiri.
Tak sukar mana pun kan? Ada banyak cara lagi. Terpulanglah nak pilih yang mana. Jika ingin tahu lebih lanjut, jemputlah baca artikel saya sepenuhnya di sini.
Pssttt!! Insya Allah nanti saya blogwalking dan balas komen ye.
thanks for sharing...jangan bandingkan hidup kita dgn kehidupan orang lain, enjoy life!!
BalasPadamSetuju. Banding-banding ni akan buat kita lagi stress :)
PadamAllhamdulillah... akak pun lama tak jenguk farah... apa pun semoga farah sentiasa sihat dan gembira dgn hari2 yg dilalui
BalasPadamAminnnn. Same goes to you, my dear sis :)
Padamdr fadzilah kamsah ckp, nk positif spnjg hari lps bgn senyum tanda bersemangat nk mulakan hari baru
BalasPadammari kita sama-sama amalkan. senyum,...senyummmm lagi,... :)
PadamSetujuu sangat kak Farrah. Paling penting syukur dengan apa yang kita ada :)
BalasPadamItu yang utama kan,..
Padamsurround yourselves with positivity and be happy. nice tips akak.. will trrrrryy to apply them in my life =D
BalasPadamYou already have that, dear. Trust me! :)
PadamWahh..!
BalasPadamAda tulis artikel untuk majalan rupanya.
Tahniah!
Tulis untuk e-majalah Zalora je kak. Saja buat isi masa dan latih diri menulis dalam Bahasa Inggeris :)
Padam'Tolong', 'Maaf' dan 'Terima Kasih'.. Tiga perkataan yang semakin sukar dituturkan.. semoga dengan perkongsian artikel ini akan menyebarkan lagi penggunaan tiga perkataan ini..
BalasPadamaida sgt berpegang teguh no 1 tu.
BalasPadambangun pagi, senyum dan happy.
ada problem, buat dunno aje.
nikmati pagi hari dgn indah dulu.