NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Selasa, 13 Februari 2018

Foil Embellishments untuk Kraf Kertas

Setiap kali saya pergi beli barang untuk buat kraf, jika terjumpa sebarang foil embellishments memang saya akan beli. Apa itu foil embellishments? Foil embellishments merupakan hiasan kraf yang menggunakan kertas logam nipis berkilat. Logam nipis ini dipanggil kerajang. Ala macam aluminium foil tu. Kilat-kilat begitulah. Ada kerajang perak, kerajang emas dan warna-warna lain.



Gambar di atas ini sebahagian daripada koleksi foil embellishments saya yang ada dalam simpanan. Memang banyak kegunaannya buat saya mencantikkan projek-projek kraf kertas saya. Dari kiri:- foil stickers sentiments yang biasa digunakan misalnya be happy, celebrate, you are amazing, happy thoughts, today is the day dan special moments. Kemudian, ada foil clear sticker pad, foil butterflies (love these butterflies very much!!!), foil alphabet fonts dan akhir sekali di sebelah kanan tu, foiled statement pad (boleh baca lebih lanjut di entri ini.)

Cantik-cantik kan? Jika kita guna foil embellishments, projek kita,.. tidak kiralah kad, scrap page atau craft/art project yang lain akan jadi lebih menyerlah. Lebih berseri dengan adanya elemen kilat-kilat. Di bawah ini salah satu hasil kraf menggunakan foil alphabet fonts

Entri lanjut mengenai projek ini di sini.

Foil Clear Sticker Pad ini antara kegemaran saya. Produk Rosie's Studio. Kebiasaannya barang-barang Rosie's Studio saya beli di Mr. D.I.Y.  Tak berapa ingat harganya. Apa yang best, one whole pad dipenuhi dengan foil stickers as embellishments. Mari saya bagi sneak peak :)



Antara lembaran foil stickers. Sentiments/Quotes best-best yang inspiring. Saya suka setiap satu foil sticker dalam pad ini.


Yang ini pula various words or adjectives to spice up your projects: -  Setiap satu dipotong secara berasingan. Just peel satu atau beberapa perkataan yang sesuai, susun atas projek dan tekan supaya ditampal dengan sempurna.



Contoh kad-kad saya yang guna foil embellishments.

YOU ARE INCREDIBLE & PHENOMENAL



...yang ini kad Jedi, kononnya ikut tema Starwars. Boleh baca di sini.


...dan yang terkini, planner spread saya untuk mingu ke-6. Untuk minggu ini, saya buat tema A Touch of Gold. Semua guna foil stickers. Washi tape pun saya pilih yang ada foil polka dots.



Suka tak? Bagi saya, foil embellishment/s is a must have. Tak perlulah semua benda kena guna foil embellishments. Kadang-kadang dah siap buat kad, tiba-tiba rasa macam kad tu dull. Haaa, kita tambahlah sedikit hiasan foil untuk bagi nampak lebih menyerlah. 
  
Seandainya berminat boleh cari di Mr. D.I.Y. atau kedai buku POPULAR. Kebanyakan foil embellishments saya memang selalu beli di dua kedai ini.


36 ulasan:

  1. cantik.. jujurnya kan kalo CT jalan mana2 trjumpa kraf2 comel ni mesti ingat kat akak.. i love all these cute things but i wont use them. so gatai tangan nak membeli ada tapi tau nanti buat tangkap habuk kt rumah.. coz x guna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab teringat kat akak tu yang mahal tu hihihi betullll,...kalau rasa tak guna,...baiklah jangan beli. Ikutkan cantik comel kiut memang akan tergoda kita dibuatnya 🤣

      Padam
    2. kan kak sym, tgk bnda2 kraf ni mmg taw da sape suka..

      Padam
    3. Heheeh sekurang-kurangnya ada something yang boleh buat kalian ingat pada akak kan,...ekekekeek (gelak gedik kejap kat sini)

      Padam
    4. coz i dont have many friends yang suka craft mcm ni.. tula yang tengok je benda2 ni memang tingat akak.

      Padam
    5. Alhamdulillah, rezeki akak ada adik-adik nak ingat heheheh

      Padam
  2. p/s assalamualaikum... hadiah dah pos. in case x terima dlm tempoh lbh 2 mggu inform sy ya... terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Hadiah telah selamat saya terima. Thanks so much, Anies! MMuaahhhhhhhh!

      Padam
  3. Untungnya orang pandai dalam kraf ni. Semua benda yang dia nampak, boleh dijadikan seni. Tahniah Farrah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Cik Azz. Saya taklah pandai mana. Sekadar jadikan hobi,..isi2 masa lapang :)

      Padam
  4. wow ! cantiknyaaa... suka tengok hasil kerja kak Farrahh... nak lagiiii

    BalasPadam
  5. kalau gi popular tengok embellishment atau barangan kraf memang automatik teringat kak Farrah. hehe, terharu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terrrrrharuuuuuunyaaaaaa! :)
      Akak pun kalau nampak bola, akan teringat pada Sal dan Anies. Diulangi, Sal dan Anies hehehe

      Padam
    2. patut laa tersedak je ada org petik nama kita rupanya😆

      Padam
    3. Tersedak ye....baik-baik... heheh

      Padam
  6. Cantikkk! Suka lah tengok kak Farrah ni, kreatif sangat okay!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa2 aja, Nani. Benda tu dah sedia cantik. Akak tepek2 kan aja :)

      Padam
  7. Selalu nampak benda alah ni kat DIY.. TApi tak pernah terlintas nak beli..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tau nanti mummy ada project baru, bolehlah cuba guna hiasan2 ni :)

      Padam
  8. Lepas nampak Farah buat ni..mana tau boleh bercambah idea mummy create sesuatu yang lebih menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencambahkan idea, Mummy! I support you!

      Padam
  9. Apa2 hasil kerja Farah memang terbaekk.. Cayalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala Mummy,...mende potong2 tampal2 ni saya retilah. Lukis dan cat kat kasut saya tak pandai,...tangan ketaq melampau ;)

      Padam
  10. Anw nak tanya geng ketaq sihat..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sihat seadanya. Ketaq tu tetap ketaq la....Mummy sihat?

      Padam
  11. hye farrah. lama tak singgah sini. saya pun suka embelishment mcm ni, buat hias planner. biasanya saya beli kat Mr DIY jer. popular tu jarang sangat pergi. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Intan. Saya pun sekarang prefer beli di Mr. DIY je. Di POPULAR, barang2 arts and crafts dah naik harga :(

      Padam
  12. suka sangat sticker dr mr diy dan popular.

    BalasPadam
  13. Lawa dan sangat kreatif.. serius..

    BalasPadam
  14. ari tu aida belek2 stiker ni kat mr.diy.
    harga murah & cute miut. tapi aida tak beli.
    sebab projek lom on. utk hari guru.
    skang busy dgn assignment & task kelas.
    sian plak kalau da beli, nanti tersadai!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...