Sebelum ini, ada beberapa peminat kraf kertas yang e-mel dan bertanya kepada saya, berbaloi atau tidak untuk beli alphabet stamps kerana mereka masih newbie. Baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, jadi ingin utamakan bahan-bahan asas yang patut ada dahulu.
Antara koleksi alphabets stamps milik saya. |
Secara peribadi, jika kalian tanya pada saya, saya akan jawab berbaloi. Lagi-lagi buat beginners. Mengapa? Sebab, dengan alphabet stamps ini, banyak projek kraf kertas yang kita boleh buat. Saya sarankan untuk ada sekurang-kurangnya dua set alphabet stamps. Satu saiz besar dan satu yang fontnya lebih kecil atau satu yang font tebal manakala satu lagi yang bertulisan halus (or cursive).
Adanya huruf-huruf ini, senanglah kita hendak buat sentimen (ucapan/kata-kata) pada kad atau projek-projek kita. Contohnya apabila nak buat kad - kita nak tulis Happy Birthday. Kita kena ada cap getah/stamp Happy Birthday. Untuk occasions lain seperti Happy Mother's Day, Hello, Missing You - kena ada stamps yang berbeza. Jika hendak beli setiap satu, memang costly. Sangat tidak praktikal untuk beginners lagi-lagi yang punya peruntukan bajet yang terhad.
So, this is where alphabet stamps will become handy. Susun-susun dan cap sahaja huruf untuk membentuk sentimen yang kita inginkan. Lagi-lagi kalau nak tulis ucapan dalam bahasa Melayu - Selamat Pengantin Baru, Tahniah, Selamat Hari Guru,...sukar, in fact saya tak pernah jumpa pun clear stamps dalam bahasa Melayu.
Di bawah ini ada beberapa contoh projek kraf kertas saya dulu-dulu yang menggunakan alphabet stamps.
- Tag | Penanda Buku (Tutorial di sini)
Dengan alphabet stamps, bukan setakat Best Wishes dan For You, kita boleh cap nama kita/simple quotes buat si penerima (jika nak diberikan pada orang lain). Tag/penanda buku ini akan jadi istimewa sebab kita dapat personalised :)
- Scrapbook | Scrap page
Syawal 1437 pada title page tu saya guna alphabet stamps.
- Kad Ucapan (Tutorial di sini)
Untuk kad hari raya di atas pula, saya gunakan dua set alphabet stamps yang berbeza. Nampaklah sedikit elemen kontranya. Perkataan SALAM saya gunakan cap bersaiz kecil dan semuanya huruf besar. SYAWAL pula saya gunakan cap yang lebih besar tetapi semua huruf kecil.
- Hias planner
Ini spread untuk planner saya bagi minggu ke-2. Tema muzik. Bahagian WEEK 2, saya guna alphabet stamps.
Bukan sahaja projek kraf, malah saya gunakan alphabet stamps untuk buat bahan mengajar anak didik saya dan perkara-perkara yang berkaitan. Di bawah ini, saya guna alphabet stamps, menyiapkan buku MYVI.
Baca lebih lanjut mengenai apa itu MYVI di sini.
Selain itu. saya gunakan cap-cap huruf ini untuk buat aktiviti/lembaran kerja anak didik saya terutamanya yang berada di kelas membaca. Kenal dan padankan huruf, bina perkataan dan macam-macam lagilah. Berguna kan?
So, bagi yang tengah berfikir-fikir, masih berkira-kira sama ada berbaloi ataupun tidak beli alphabets stamps,...jawapannya berbaloi-baloi! (Tapi kena gunalah. Jangan simpan dalam almari pulak!)
Psstt! Misi blogwalking saya masih belum sempat dimulakan. Harap sabar ye kawan-kawan. Insya-Allah, saya pasti akan datang berkunjung.
perghh
BalasPadamcantik2 lah
memang kreatif
Terima kasih, Hans :)
PadamCT ade yang huruf2 tu je tapi set x lengkap da. manyak ilang pindah2 rumah. ayah punya tu dulu. ingat time xde lagi yang buat nama terus.. saru satu ayah cop kat buku..
BalasPadamooh ayah =‘)
Alahai..sian dia rindu ayah. Stay strong, dik. He's in a better place.
PadamAl-Fatihah.
berbaloi sebab boleh guna sampai bila2 selagi tak rosak. lagi pon cantik.
BalasPadamBetul. Berbaloi-baloi :)
PadamKreatifnya.. Suka tengok hasil seni macam ini.. Menarik..
BalasPadamada mcm2 font ke? or sejenis shj?
BalasPadamkalau kat opis aida, anies, ada 2 jenis kalau tak silap.
Padamkecik & besar.
aida jumpa cop cop blok huruf tu kat opis. utk fail.
BalasPadammasih lagi perlu guna cop gitu tau.