Dua bulan belakangan ini, sejak saya sibuk ulang alik ke hospital (untuk rawatan susulan hipertiroid dan asma), saya semakin ambil berat isu kesihatan minda. Doktor saya pun asyik tekankan hal yang sama. Selain rekodkan simptom biasa, beliau tidak lupa untuk bertanya tentang keadaan mental dan emosi. Sekadar perkongsian - ketidakstabilan hormon tiroid to certain extent boleh menyumbang ke arah anxiety dan kemurungan. Ini antara perkara utama yang tidak boleh saya ambil mudah sebenarnya.
Saya sentiasa pastikan saya dalam keadaan relaks. Saya ini cepat gelabah orangnya. Jadi, kalau tiba-tiba rasa macam down, tertekan seolah-olah tiada motivasi, saya akan berhenti lakukan perkara yang sedang saya buat dan alih tumpuan kepada sesuatu yang baharu. Tukar persepsi, tukar angin sedikit. Tak adalah otak tu tepu semacam.
Di bawah ini, ada grafik menarik mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan apabila angin baik tidak menyebelahi kita. Maaf, tidak dapat kreditkan grafik ini kepada pemiliknya. Ini perkongsian melalui group Whatsapp kawan-kawan crafters.
Are you feeling down? |
Apa yang Perlu Dilakukan Andai Rasa Tertekan atau Tiada Motivasi?
- drink a cup of tea - Minumlah secangkir teh untuk relaks. Teh kaya dengan antioksida dan Theanine yang boleh membantu kita untuk bertenang.
- read - Jauhkan fikiran daripada memikirkan masalah atau perkara rumit. Bacalah majalah, komik atau novel kegemaran.
- call a friend - Hubungi teman yang boleh dijadikan teman bicara. Teman ini pasti dapat menceriakan anda semula.
- take a nap - Ini antara kegemaran saya. Bobok! Turu! Forty winks.
- write on your journal - Kegemaran saya juga. Tulis dan hias jurnal. Terus hilang angin tidak baik saya.
- gardening - Salah satu cara untuk suburkan mood anda. Berjinak dengan alam, luang masa dengan pokok-pokok.
- listen to music - Dengar lagu kegemaran atau cuba explore pilihan muzik baharu. Jika tidak tahu hendak dengar apa, boleh cuba muzik low fi. Selain itu, buat kita yang beragama Islam, tentunya alunan zikir dan ayat-ayat al-Quran dapat membantu hari kita.
- clean - Ini Bott. Bukan saya. Bott kalau tak ada mood, dia suka mengemas. Nanti dengarlah dia membasuh, menyental, menyusun dan hasil akhir - spick and span!
- ride a bike - Sekali lagi bukan saya 😆
- get artsy - Bab ini tidak perlu penjelasan lanjut. Lakukan sesuatu yang mendorong kita menggunakan daya kreativiti memang akan baiki mood kita.
- take a bath - Terapi air, sejukkan hati, tenangkan minda.
teringat masa saya awal-awal dapatkan rawatan psikiatri dulu memang ada ambil darah untuk buat ujian tiroid. tapi kes saya bukan tiroidlah puncanya. mengemas itu saya! saya suka declutter. siap tolong susun baju almari adik.
BalasPadamBetul, before treatment psy akan ada kemungkinan doktor suruh buat blood test untuk tengok hormon tiroid. Lagi-lagi Sal bertubuh kecil, kan... selalu orang kena hypertiroid akan kurus melengking apabila hormon haywire. Akak je yang special kekal bam bam hahahah!
PadamOkey, dah tahu nak panggil sapa tolong akak mengemas lepas ni! Beritahu sahaja pengerasnya :D
kalau saya suka listen to music.. mmg hilang kejap tension
BalasPadamTk perkongsian ilmu
BalasPadamdulu2 lebih suka dngr lagu atau menulis. skrg sy pilih utk tido. hahaha
BalasPadamgreat sharing.. tq! relax dgr lagu..i like!
BalasPadamTips yg sangat berguna .
BalasPadamTake a nap dengan take a bath tu memang selalu Sha amalkan.. Sangat membantu kalau down.. Paling suka berendam bawah shower lepas tu guna mandian yang wangi dan menyegarkan.. Memang tenang jadinya.. Lepas tu tidur.. Ini paling best..
BalasPadam